Radio Israel melapurkan sebuah pesawat superdronenya yang paling canggih telah jatuh terhempas berhampiran pengkalan udara Tel Nof di selatan Tel Aviv. Pesawat itu telah berada dalam perkhidmatan tenteranya sejak 2010. Punca kegagalan pesawat itu tidak dapat dipastikan, sumber tentera Israel menyatakan puncanya samada kegagalan teknikal atau kesilapan manusia.
Pesawat ini dinamakan IAI Eitan adalah pesawat UAV terbesar didunia menyerupai kemampuan peasawat sebenar dan berupaya sampai ke Iran. Panjang sayapnya 26m dan beratnya 4 ton. Kelajuannya 300km/h dan boleh terbang sejauh 10,000km dan mampu menampung berat 1.8 ton.
Tentera Iran baru-baru ini mendedahkan mereka mempunyai keupayaan untuk menggodam pesawat drone CIA yang menggemparkan dunia. Dalam peristiwa ini tidak dapat dipastikan apakah Iran berjaya juga menggodam pesawat drone Israel.
No comments:
Post a Comment