Wednesday, 23 March 2011

Kejatuhan Diktator Petanda Muncul Kembali Khilafah

Krisis asia barat berlaku tidak semena-mena. Bermula dari Tunisia merebak ke Mesir, Yaman, Bahrain, Libya, Syiria dan bahkan berlaku di semua tanah arab tanpa kecuali. Bila berlakunya penentangan terhadap kezaliman pemerintah yang bermula di tunisia, dunia tidak ambil kisah dan menganggap ia adalah masalah setempat. Tapi tiba-tiba sahaja ia meletus di Mesir hingga menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak yang boleh di anggap boneka Israel, maka mula mendapat perhatian Amerika khususnya. Mulalah kedengaran kebimbangan dari Israel akan bangkit kerajaan yang berlandaskan Islam yang akan menggugat kedudukan mereka. Kita yakin sesungguhnya sampailah masa yang dijanjikan oleh Allah seperti di dalam hadis Rasulullah s.a.w.


“Dari Numan bin Basyir, ia berkata : Kami duduk-duduk di Masjid Rasullullah SAW. Basyir adalah orang yang tidak banyak bicara. Kemudian datang Abu Tsalabah seraya berkata, Wahai Basyir bin Sad, apakah kamu hafal hadits Rasullullah tentang para penguasa? Maka Hudzaifah tampil seraya berkata. Aku hafal khutbahnya. Lalu Abu Tsalabah duduk mendengarkan Hudzaifah berkata : Rasullullah SAW bersabda : Muncul kenabian di tengah-tengah kamu selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendaki.


Kemudian akan muncul khilafah yang sesuai dengan system kenabian selama mana yang dikehendaki Allah, kemudian Ia kan mencabutnya selama mana Ia mengkehendakinya, kemudian akan muncul raja yang menggigit selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendakinya. Kemudian muncul raja dictator selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendakinya. Kemudian akan muncul (lagi) khilafah sesuai denagn system kenabian. Kemudian beliau diam.”
(Riwayat Hidzaifah bin Al- Yamani)


Mengenai hadis ini bahagian pertama dan kedua cukup jelas, iaitu saat Nabi masih hidup dan kemudian diganti dengan Khalifah Abu Bakar, Umar ibn Khattab, Utsman ibn Affan serta Ali ibn Abi Thalib. Bentuk pemerintahan mereka ialah khilafah yang terpimpinsesuai dengan sistem kenabian. Akhirnya lembaran putih ini (masa khalifah rasyidin) diguling pada ketika seorang berdosa menikam dada Ali bin Abi Thalib ra.


Setelah itu, umat islam memasuki era pemerintahan baru dimana khilafah dijadikan barang warisan di antara Bani Umayyah di Syam. Pemerintahan Bani Umayyah sehingga zaman khalifah Utsmaniyah adalah zaman raja yang berkuasa. Pada tahun 1924, bahagian ketiga ini diakhiri oleh Dewan Nasional Turki yang menyatakan pembubarannya dan pemberontakan oleh negara-negara Arab termasuk Saud yang menguasai Hijaz ketika itu.

Dengan demikian umat islam telah melampaui bahagian ketiga ini dari periodisasi pemerintahan yang diramalkan oleh Rasulllullah SAW tersebut.

Selanjutnya memasuli bahagian keempat, iaitu zaman raja diktator dalam bentuk pemerintahan tentera dan lain sebagainya yang kita lihat pada abad ini. Apakah krisis yang berlaku di Asia Barat hari ini menjadi tanda akan munculnya bahagian kelima? Iaitu zaman khilafah yang akan terbentuk semula sesuai dengan system kenabian. Zaman yang menjadi cita-cita seluruh umat islam. Kerana zaman inilah yang mengembalikan zaman kegemilangan islam.

2 comments:

  1. Bermula setelah wafat Baginda Nabi SAW kebangkitan sistem Khalifah.
    Wasiat amanah Rasul melantik Imam Ali penggantinya dilanggari sudah.
    Kesatuan Islam telah retak terpecah belah dua Sunni (ASWJ) dan Syiah.
    Bermula tiga sahabat Nabi silih berganti terajui Islam dlm sistem Khalifah...
    Setelah 40+ tahun Imam Ali tersingkir diKarbala akhirnya terajui Khalifah....

    Kejatuhan diktator negara2 Arab petanda muncul semula sistem Khalifah?
    Selagi kejatuhannya diatur Yahudi Zionis hanya bawa padah tambah parah.
    Hingga 2 negara Dajjal Saudi Yahudi Zionis kojol terhapus terhincit sudah.
    Setelah bebas dari cengkaman Dajjal Yahudi negara2 Arab mula nak kebah.
    Terdiri Khalifah AlMahdi diMekah Madinah pasti Islam gemilang menyerlah...

    ReplyDelete

Belajar Quran