Wednesday 12 March 2014

MH370 Mangsa Kuasa Besar Dunia?

Kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan ke Beijing masih lagi kekal sebagai misteri. Setakat ini berbagai-bagai komentar diberikan tetapi semuanya buntu kerana tidak ada satu penjelasan yang munasabah dapat diberikan. Penjelasan yang diberikan oleh semua pakar penerbangan dari segi pengendalian, kejuruteraan dan penerbangan juga tidak dapat menemui sebab yang dapat menjelaskan bagaimana pesawat itu ghaib secara tiba-tiba sehingga langsung tidak dapat dijejak.

Sebelum kita meneliti lebih lanjut, sekalung tahniah diucapkan terhadap Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) kerana tidak lalai menjalankan tugas menjaga negara walaupun tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai teknologi untuk mengatasinya. Kemungkinan besar pesawat tersebut dirampas melalui pesawat AWACS.  AWACS merupakan teknologi ketenteraaan yang dibangunkan untuk USAF oleh syarikat Boeing iaitu syarikat yang sama membina MH370. Peranan utama AWACS ialah menjalankan pengawasan udara, arahan, kawalan dan komunikasi sama ada untuk tujuan taktikal atau pertahanan. 

http://www.airforce-technology.com/projects/e3awacs/

Pesawat AWACS
Walaupun MH370 hilang dari radar awam tetapi ia masih dapat dikesan oleh radar tentera selama sejam. Pesawat malang itu masih lagi berada dalam jangkauan radar awam ketika ia tiba-tiba ghaib dan bukanlah kerana transponder dimatikan.

Persoalannya apakah yang menyebabkan pesawat tersebut hilang dari radar awam tapi masih lagi dapat dikesan oleh radar tentera? Ada yang menyatakan ia dirampas oleh hacker yang mengambil alih kawalan data yang dipancar oleh satelit oleh teknologi Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B) dan Aircraft Communications Addressing and Report System (ACARS). Ia boleh dikendalikan menggunakan hanya perisian ANDROID!


Tetapi manupulasi ini tidak dapat menghilangkan pesawat dari radar, ia cuma dapat merampas pengendalian pesawat. Sebagaimana kita diberitahu pesawat tersebut hilang dari semua radar awam tetapi masih lagi dikesan oleh satelit tentera membuktikan bahawa ia pasti dirampas melalui AWACS. Seperti kejadian 9-11 dimana pesawat AWACS berada dikawasan kejadian dikatakan memerhatikan kejadian ataupun boleh juga mengemudikan pesawat untuk melanggar Twin Towers. AWACS boleh menghentikan operasi radar sama ada awam atau tentera dengan membatalkan isyarat yang dikeluarkan oleh radar. Inilah yang berlaku ketika MH370 ghaib dalam radar pada ketinggian 29,500 ka.

Motif utama ialah pertelingkahan antara kuasa besar yang melibatkan teknologi ketenteraan yang paling maju akan dibangunkan China. Malaysia merupakan pusat elektronik termaju didunia, sebab itulah dua kilang elektronik terbesar didunia iaitu Freescale dan AMD berpusat di sini. Lebih daripada 20 orang pakar elektronik Freescale berada didalam pesawat tersebut dan dikatakan untuk menjalankan latihan selama sebulan di China. Latihan apakah yang diperlukan jika semuanya adalah pakar dan umur sudah melebihi 50 tahun, melainkan membangunkan sistem elektronik termaju yang diperlukan oleh China untuk dibangunkan di tempat strategik di China. Kepentingan paling utama ialah tentera kita perlu memastikan bahawa pihak kita dapat menemuinya walau dalam apa keadaan sekalipun untuk menjaga kedaulatan negara sebelum diperolehi oleh pihak-pihak lain demi kedaulatan negara!

Rujukan:
http://www.jimstonefreelance.com

3 comments:

  1. Sya setuju dgn nursi..kehilangan yg penuh misteri.kalo diprhatikn kejadian kpltrbg jatuh atau meletup.akan ada cebisan pesawat.ini zero.malysia mnjd kambing hitam dlm kes ni.tiada kaitan dgn politik.sebnr secara peribadi mh370 telah dihijack.

    ReplyDelete
  2. Mayday mayday mh370 is hijacked!

    ReplyDelete
  3. Kalau terbakar pasti meletup di udara, tak dapat nak terbang lebih jauh lagi, kalau kegagalan mekanikal pasti terhempas di darat atau laut yang akan meninggalkan bekas selepas berkecai. Kalau rampasan oleh pertubuhan atau individu tertentu pasti akan mendarat di sesuatu lapangan pendaratan pesawat kemudian perampas menuntut sesuatu ganjaran. Bukan senang nak menceroboh ruang kokpit untuk mengambil alih kawalan penerbangan. Tak kan pilot nak khianat yang akhirnya akan memberi keburukan pada diri. Mungkinkah di rampas oleh satu entiti besar yang mampu merancang dan melaksanakannya dengan penuh kelicikan? Hanya Allah SWT tempat mengadu.

    ReplyDelete

Belajar Quran