Saturday 15 March 2014

Rencana Illuminati Atas MH370 Dalam Lagu Shakira?


Adakah satu kebetulan apabila sebuah lagu yang digubah dan dinyanyikan oleh pengikut illuminati yang dikeluarkan pada tahun 2012 bertajuk 'Get It Started' mengandungi lirik yang menggambarkan kejadian pesawat Malaysia MH370. Ia dinyanyikan oleh penyanyi sensasi Cuba iaitu Pitbull bersama Shakira dan mendapat perhatian 7 juta hit di YouTube.

Berikut ialah lirik yang mengandungi persamaan mengejutkan sama seperti kejadian menimpa MH370:

“No Ali, no Frasier, but for now it's off to Malaysia”, “Two passports”, “Three cities”, “Two countries, one day” and “Now that’s worldwide”.

Apakah kebetulan?

Nama Ali dan dua passport dalam lagu itu merujuk kepada agen pelancungan yang menempah tiket untuk dua penumpang Iran, yang didakwa media mereka naik pesawat gunakan passport palsu. Tiga bandar mungkin Kuala Lumpur, Beijing dan Vietnam. Manakala dua negara mungkin merujuk kepada penerbangan Malaysia ke China.

Kehilangan pesawat MH370 telah mengalihkan tumpuan seluruh dunia kepada Malaysia dan dalam lirik tersebut seolah-olah telah menggambarkan tumpuan yang bakal diterima Malaysia dalam rangkap “Now that’s worldwide” dalam lagu tersebut.

Pengikut Illuminati dipercayai memasukkan agenda mereka kedalam lagu-lagu yang dimainkan sebagai upacara penyembahan terhadap master mereka. Banyak bukti tentang illuminati yang menggunakan industri muzik dan Hollywood sebagai alat untuk menjayakan rancangan mereka dalam mempengaruhi manusia supaya melupakan agama dan hidup bebas. Ini akan memudahkan mereka menjajah manusia melalui rancangan globalisasi.

Berikut adalah ulasan di laman sosial terhadap lagu tersebut yang disedari selepas berlaku kejadian MH370.


youtube

1 comment:

Belajar Quran