Wednesday, 15 January 2014

Serigala, Tali Kasut dan Paha Bercakap


Berbicaranya Binatang Buas dan Benda Padat – Berbicaranya Ujung Cambuk – Berbicaranya Tali Sandal – Paha Seseorang mengabarkan tentang keadaan pemiliknya

Termasuk tanda kiamat yang dikabarkan Nabi adalah: akan berbicaranya Binatang buas, ujung cambuk, tali sandal dan paha seseorang.

Dari Abu Said al-Khudri r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak akan terjadi kiamat sehingga: binatang buas mengajak bicara manusia, dan sehingga: seseorang berbicara dengan ujung cambuknya, tali sendalnya, dan paha seseorang mengabarkan tentang apa yang terjadi dengan pemiliknya" [HR. Tirmidzi, dan dia berkata: Hadits hasan gharib. Hadits ini dishahihkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim].

"Binatang buas mengajak berbicara": yaitu sejenis Singa, Serigala dan seluruh haiwan pemangsa.

"Manusia": manusia secara umum, baik itu seorang mukmin ataupun kafir.

"Ujung cambuk": cambuk adalah sesuatu yang dipergunakan untuk mencambuk.

"Tali sandal": atau tali kasut adalah tali yang dipergunakan untuk mengikat kasut.

Segala perkara yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w pasti akan berlaku walaupun hal tersebut diluar pemikiran manusia pada zaman tersebut bahkan jika umat Islam kini tidak berusaha mengkaji untuk memahaminya nescaya kita juga menganggap ia adalah mustahil. Tetapi Nabi s.a.w adalah utusan Allah segala perkara yang dikhabarkan adalah benar maka menjadi tanggung jawab umat Islam untuk mendalaminya.

Serigala Bercakap

Mishka anjing serigala baka Siberian Husky menjadi terkenal apabila video You Tube nya menerima 59juta hit. Ini kerana ia mempunyai keistimewaan boleh bercakap seperti manusia. Ia mempunyai kebolehan untuk bercakap " I love you", "hello", "I'm hungry" dan mengatakan "no" apabila ditanya adakah dia bodoh. Ini menunjukkan fenomena akhir zaman sedang berlaku sebagaimana telah diberitahu Rasulullah s.a.w.


↵ Use original player
YouTube
← Replay
X
i


Satu penemuan tentang rancangan Hitler untuk menyediakan pasukan tentera serigala terlatih yang boleh bercakap, membaca dan menulis semasa WWII yang dinamakan rancangan "Wooffan SS". Ia baru terbongkar hasil kajian Dr. Jan Bondeson, seorang pensyarah kanan di Cardiff University. Seekor serigala dikatakan dapat menyebut "Mein Fuhrer" manakala seekor lagi dapat menyebut perkataan yang diguris dengan kukunya diatas kertas.

Tali Kasut Bercakap

Ada kalangan yang berpendapat ungkapan ini adalah merupakan kiasan terhadap alat komunikasi tetapi yang terjadi sekarang ini adalah benar-benar tali kasut bercakap!

Tali kasut berbicara
Nike merupakan pengeluar kasut terkenal didunia sedang memajukan teknologi kasut dan tali kasut yang dapat mengumpulkan data tentang segala aktiviti yang dilakukan oleh kaki bagi tujuan menanalisa dan mengoptimakan kebolehan seseorang atlit. Teknologi yang dipasang di tali kasut tersebut akan mengukur seperti berapakah tinggi lompatan yang dibuat, kelajuan larian, begitu juga dengan data kalori.

Maklumat tersebut akan dimuat turun dalam iPhone atau iPad bagi tujuan analisa. Ia ibarat pelatih peribadi yang memberikan tindak balas terhadap pemakainya bagi meningkatkan prestasi.

Paha Bercakap

Bagaimana pula dengan paha yang berbicara? Sedar tak sedar paha saudara sedang berbicara sekarang ini...bagaimana pula hal ini berlaku? Sebenarnya fenomena ini bukan lagi pelik dan sudah menjadi kebiasaan pada ketika ini. Paha kalau diterjemah terus ke English akan membawa makna thigh, tetapi ia lebih membawa maksud yang tidak boleh dipisahkan dengan paha iaitu riba. Satu alat teknologi yang tidak dapat dipisahkan dengan paha ialah laptop, yang dikenali juga dalam bahasa iaitu komputer riba. Bukankah dengan laptop kita memperolehi segala maklumat yang dapat menyambaikan tentang berbagai-bagai kejadian yang berlaku?

Paha berbicara
Rujukan

3 comments:

  1. Assalamualaikum,.. bagus apa yang dikatakan... ada baiknya sebb Allah mnyukai orang yang berfikir... tapi apa yang dikatakan paha bercakap, tali kasut tu bercakap betul2 akan terjadi smsa atau selepas zaman nabi isa.. byk hadis yang mengatakan selepas nabi isa berjaya memerintah dunia, dan menghapuskan babi, segala agama lain selain islam, maka serigala akan berjalan bersama biri2 (kembali kpd zaman pelik mcm zaman nabi dulu kala dan lagi pelik daripada zaman nabi sulaiman)

    ReplyDelete
  2. Terimakasih atas perhatian, benar tuan ada pendapat mengatakan demikian ttp mungkin pada masa tersebut belum lagi berkembang teknologi yg menyebabkan perkara tersebut berlaku, jadi pendapat tersebut lebih menjurus kpd kelebihan Nabi Isa as, pendapat tersebut tidak juga kita nafikan. Tetapi tanda2 tersebut telah muncul sekarang. Bahkan kalau mengikut perawi hadis ni Said al Khudri peristiwa anjing bercskap telah berlaku keatas seorang pengembala di madinah.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Belajar Quran