Monday 16 December 2013

Petanda Salji Arab

Saudi men walk as their footprints are seen after a snowstorm in Alkan village,
west of Saudi Arabia December 13, 2013. (Reuters)
Sesuatu yang luarbiasa berlaku di Saudi apabila turunnya salji yang sangat lebat di Tabuk hingga padang pasir memutih diliputi salji. Tabuk merupakan tempat sejarah dimana berlakunya peperangan Tabuk yang terkenal di zaman Rasulullah s.a.w. Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan kawasan gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang jarang ditemui.

Dalam akhbar Alyaum, pemerintah kerajaan beraja Saudi Raja Abdullah menyuarakan simpatinya terhadap keadaan sejuk melampau yang dialami oleh penduduk didaerah tersebut. Manakala Gabenor wilayah Tabuk, Putera Fahd bin Sultan memberi jaminan akan menyediakan segala bantuan keperluan bagi menjamin keselamatan penduduk untuk menghadapi kesukaran cuaca sejuk melampau. Akhbar Al-Arabiya pula menyatakan suhu sejuk melampau yang mencengkam beberapa wilayah di Saudi mencecah -6 darjah celcius.

"Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI"
Apakah turunnya salji di tanah Arab ketika merupakan petanda berakhirnya kerajaan beraja sekarang dan akan diambil alih oleh tentera Al-Mahdi?

Perhatikan bagaimana keadaan cuaca ketika berlakunya peperangan yang di pimpin oleh Mahdi dalam keadaan bersalji, padahal tanah Arab berada dipadang pasir!

Dari Tsauban r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga orang anak Khalifah akan saling membunuh untuk memperebutkan harta kalian, namun kemudian tidak satupun dari ketiganya ada yang berhasil… kemudian muncul bendera-bendera hitam dari arah Timur, mereka menyerang kalian dengan pertempuran yang belum pernah terjadi sebelumnya". Tsauban berkata: kemudian Nabi s.a.w menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu beliau melanjutkan: "Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI" HR. Ibnu Majah

Berlaku perubahan waktu yang ketara semasa munculnya Dajjal yang juga merupakan petanda utama yang mengesahkankannya. Dimana pada ketika itu, hari pertamanya bagaikan setahun, hari kedua bagaikan sebulan. Sebahagian dari para sahabat ada bertanya kepada Nabi tentang panjangnya hari yang ada Dajjalnya tersebut: (Apakah cukup dalam satu hari yang panjang tersebut untuk melaksanakan shalat seperti hari biasanya?) Nabi s.a.w menjawab: "Tidak, akan tetapi perkirakanlah padanya waktu-waktu shalat".

Hadis tersebut disamping mengisahkan tentang waktu kedatangan Dajjal tetapi ia juga memberi alamat tentang bilakah waktu kedatangan tersebut. Pada waktu tersebut berlakunya perubahan cuaca yang amat ketara di bumi ini hingga bertukarnya masa sehari menjadi begitu panjang sehingga setahun dan beransur-ansur mengurang kepada sebulan seterusnya seminggu dan hinggalah kembali kepada waktu asal.

Rujukan
  1. http://www.alyaum.com/News/art/109617.html
  2. http://www.huffingtonpost.co.uk/2013/12/16/saudi-arabia-snow-funny-video_n_4452157.html
  3. http://www.alamattaqs.com/vb/showthread.php?t=8295#.UqyUlv3HBVY.twitter

2 comments:

  1. DETIK2 PERUBAHAN ZAMAN... Salah satu petandanya perubahan iklim cuaca dunia yg sudah tidak ketentuan. Ada kalanya berlaku global warming, hingga hangat pijar kepanasan. Ada masanya berlaku global cooling, berlaku kesejukan terasa ketulang, hingga keparas beku berlarutan ada yg kematian.. Bencana alam kini bertaburan sana sini tidak henti2an. Panas terik berpanjangan hingga berlaku kebakaran hutan. Hujan lebat berterusa, akibatnya banjir besar2an berulang2an. Gempa bumi, tanah runtoh, tsunami, letupan gunong berapi dsbnya lagi menggegarkan.. Dajjal kecil, Yakjod Makjod kecilan sudah ketakutan lintang pukang, namun maseh degil ngak kesedaran keinsafan...

    PETANDA TURUN SALJI DIARAB SAUDI... Hingga menggemparkan negara2 Arab yg sentiasa panas kering kontang dilanda turun salji kesejukan, apakah itu puncanya dan ketandaan..?? Apakah itu petanda sudah berlaku Polar Shift, yg bisa mengubah iklim cuaca dunia? Apakah kedatangan Komet ISON menghampiran langit bumi, yg membawa 4 Anasir : Air (Salji), Tanah, Angin dan Api itu telah meninggalkan kesan2 dibumi? Jawabannya ngak ketahuan...

    KEDATANGAN ALMAHDI SUDAH DIAMBANG... Tapi ramei beranggapan fenomena2 perubahan turunnya salji dibeberapa lokasi dibumi Arab AlJazeera koq itu salah satu petanda sudah dekat kedatangan yg dinanti2, yaitu kemunculan Imam Zaman dialah AlMahdi. Itu petanda permulaan cuaca negara2 Arab yg panas terik bisa berkaleh dingin nyaman. Bumi Arab hampir keseluruhan kering kontang, bisa subur mewah dgn pertanian, kapan Allah turunkan rahmat hujan secukupnya. Itulah berkat doa Mukjizat AlMahdi...

    Bageimanakah naseb Pakatan Trinity - Sang Dajjal, Sang Yakjod dan Sang Makjod...??? Ngak ketahuan... Namun AlMahdi sentiasa memerhatikan mengarahkan.. Zulqarnaen sentiasa bersiap sedia meruntohkan menyeksakan meranapkan... Wallahu'alammm...

    ReplyDelete
  2. Kaji tentang HAARP, bgaimana cuaca dimanipulasi pihak dajjal dgn izin Allah

    ReplyDelete

Belajar Quran