Monday, 9 December 2013

Banjir: Pahang Perlu Ambil Iktibar


Banjir yang menimpa Pahang khususnya Kuantan pada kali ini mengikut kata penduduk adalah terburuk sejak tahun 1970. Setelah banjir nampaknya mula reda, ramai yang tertanya-tanya apakah petunjuk dari ujian yang Allah timpakan itu. Banyak kejadian bencana besar yang berlaku terdapat hikmah disebalik ujian tersebut seperti bencana tsunami di Aceh, walaupun banyak berlaku korban akhirnya umat Islam dapat mengambil iktibar hinggakan peperangan selama Islam yang berpanjangan akhirnya menemui jalan perdamaian.

Begitu juga dengan banjir di Pahang, kita berharap semua pihak dapat mengambil iktibar diatas ujian tersebut dan perlu kembali kepangkal jalan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Saya tertarik dengan satu artikel yang mendedahkan perancangan menjadikan Kuantan sebagai pusat penyembahan berhala sedunia sebagai mana Mekah menjadi pusat ibadah umat Islam.


Berikut adalah petikan artikel tersebut:

Satu pusat tumpuan Keagamaan ( kecuali Islam ) TERBESAR Di Dunia menggunakan konsep Pelancungan Spiritual

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium (Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.

Kawasan terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari, perlukan 3-5 hari ! Satu bandar tersendiri yang lengkap segalanya.

Dalam laman web rasmi projek tersebut dinyatakan projek tersebut mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.(http://www.enchant1mst.com/index.html)

1MST Presentation Slides - New - Eng


Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam sebagai agama rasmi, cadangan untuk menjadikan Kuantan sebagai pusat tumpuan agama lain walau atas alasan pelancungan bagi mendapatkan sumber ekonomi sekalipun tidak sepatutnya berlaku.

Apakah tidak cukup lagi sumber rezeki yang diberikan Allah di bumi Malaysia ini hingga kita sanggup menggadai prinsip dengan mencari kemurkaan Allah? Ingatlah bencana banjir ini hanyalah amaran bagi semua pihak bahawa Allah berhak menarik balik segala kurniaNya jika kita melampaui batas. Ingatlah Allah lah sahaja pemberi rezeki sebagai mana dikurniakan di Mekah walaupun tanah tandus gersang tetapi Allah memberikannya kekayaan melimpah ruah melalui kedatangan umat Islam dari segala penjuru dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Begitu juga dikeluarkan dibawah perut buminya minyak yang menjadi bahan komoditi paling bernilai.

Masih lagi belum terlambat bagi pihak berkuasa untuk menilai semula rancangan tersebut, segala rancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan hendaklah mengikut landasan syariat yang telah digariskan dalam Islam. Kita juga menyeru alim-ulamak dari berbagai pihak terutamanya yang berada dalam kerajaan supaya menyuarakan bantahan terhadap rancangan tersebut. Ingatlah banjir yang menimpa ini adalah amaran dari Allah supaya kita kembali ke landasan yang sebenar.



Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).(4:79)

1 comment:

  1. Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com .

    ReplyDelete

Belajar Quran