Monday, 15 July 2013

Gaza Mangsa Sebenar Krisis Mesir

Muhammad, Hamza dan Yahya menceritakan keadaan di Gaza

Pagi tadi dalam radio Ikim telah menjemput tiga orang jemputan dari Gaza bagi menceritakan pengalaman mereka di Gaza sekarang ini. Mereka menceritakan keadaan di Gaza bertambah teruk selepas penggulingan Presiden Morsi. Rafah di Mesir merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke Gaza telah ditutup kembali oleh Tentera Mesir. Pintu masuk melalui Tebing Barat melalui Jordan tidak dibenarkan. Penduduk Palestin di Gaza kembali terkurung selepas mengalami sedikit kebebasan tidak sampai setahun semenjak pemerintahan Morsi. Bertambah malang lagi apabila mereka tidak dibenarkan kembali ke Gaza melalui lapangan terbang Mesir. Jika mereka ambil juga penerbangan melalui Mesir, pihak berkuasa Mesir akan menghantar mereka kembali ke Kuala Lumpur. Begitulah penderaan dikenakan terhadap penduduk Gaza seluruhnya oleh kerajaan Tentera Mesir.

Penduduk Palestin terkandas akibat dihalang memasuki Gaza
Nasib yang sama juga menimpa beribu-ribu rakyat Palestin tidak dapat pulang ke Gaza kerana tentera Mesir tidak membenarkan mereka melalui Mesir. Bagi sesiapa yang terkandas dilapangan terbang di Kaherah, mereka di kurung dalam sebuah bilik kecil hanya mampu muat 12 orang tapi dimuatkan seramai 60 orang hingga bertindih antara satu sama lain. Tidak dibenarkan keluar kemana-mana walaupun untuk mendapat barang keperluan. Bahkan untuk sembahyang pun tidak dibenarkan.

Sebelum ini mereka di beri bantuan oleh Mesir di bawah Morsi dengan di buka sempadan Rafah. Begitu juga dengan terowong boleh digunakan untuk membawa masuk bekalan makanan dan keperluan. Penduduk di Gaza juga dibenarkan mendapatkan rawatan di Mesir. Seorang wartawan telah menceritakan banyak kemudahan di berikan oleh Morsi kepada penduduk Gaza,

"The new Egyptian government has made good travel criteria that make sense and are well-known. Men aged 45 and older and all women are welcome to come into Egypt and are granted a seven-day entry pass. Males who are between ages 16 and 45 must have strong documentation in writing and good reasons to want to visit Egypt, like school, work, medical attention, family, etc. For Palestinians passing through like me, you have to show a valid visa or residency card to the country you want to travel to and a flight ticket for the next destination....I remember telling myself, "That was easy!" In the past, they customs officials would go through our bags and hassle us about any item they did not understand"

Sekarang ini bukan saja penduduk Gaza di tindas tetapi pihak berkuasa Hamas juga di serang oleh tentera Mesir. Seramai 32 orang pejuang Hamas telah dibunuh dan 45 lagi ditangkap di Sinai oleh Tentera Mesir atas tuduhan cuba mencetuskan kekacauan di Sinai. Dalam penggulingan Morsi pihak Hamas lah yang mendapat kesan yang paling teruk bila satu-satunya negara yang memberi bantuan telah digulingkan. Sebelum krisis Syria, Hamas mendapat bantuan dari Syria dan pejabatnya juga berada disitu.

Sekarang jelaslah krisis Timur Tengah di cipta bagi menjamin kekuatan Israel iaitu dengan menjatuhkan kumpulan pejuang Palestin dengan memutuskan semua punca bantuan mereka. Tetapi yang lebih malang apabila negara Arab sendiri terutamanya Saudi bersekongkol menjalankan rancangan zionis tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran