Moscow – Sebutir meteor yang memasuki ruang udara, menghujani kawasan Ural Mountains di Rusia, awal pagi Jumaat mengakibatkan beberapa letupan kuat.
Kira-kira 150 orang yang berada di kawasan sekitar dilaporkan tercedera.
Beberapa serpihan meteor berkenaan dikatakan jatuh di kawasan terpencil dekat wilayah Chelyabinsk. Tambah Kolesnikov, bumbung sebuah kilang zink sebesar 600 meter persegi, turut runtuh.Menurut jurucakap Menteri Dalam Negeri Rusia, Vadim Kolesnikov, 102 orang dilapor mendapatkan bantuan perubatan, kebanyakannya berpunca daripada kecederaan akibat terkena serpihan kaca kesan daripada letupan berkenaan.
Di ruang udara bandar Ural di Chelyabinsk, kelihatan kepulan asap kesan jatuhan meteor.
Bagaimanapun, terdapat percanggahan dalam beberapa laporan, apabila ada wakil kementerian yang mendakwa insiden melibatkan jatuhan sebutir meteor.
Manakala, satu lagi laporan menyebut ia adalah pancuran meteor. – Reuters
Berita terbaru dari BBC menyatakan lebih dari 400 orang tercedera. Lapuran lanjut; http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-21468116
Terbaru:
http://rt.com/news/meteorite-crash-urals-chelyabinsk-283/
http://rt.com/news/chelyabinsk-meteorite-witness-report-285/
http://rt.com/news/russia-meteor-meteorite-asteroid-chelyabinsk-291/
Sumber:
No comments:
Post a Comment