Tuesday 5 February 2013

Asteroid 50 meter akan menghampiri Bumi 15 Februari ini


Asteroid 2012 DA14 akan berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi pada 15 Februari 2013 ini.
Imej di atas menunjukkan ianya akan melalui pada kedudukan lebih dekat dari orbit Bulan - lebih dekat walaupun ia sebenarnya mengorbit satelit-satelit geosegerak iaitu pada jarak kira-kira 27,680 kilometer. Kredit Imej : NASA

Pada 15 Februari 2013 ini, asteroid 2012 DA14 yang bersaiz 50 meter akan mendekati Bumi pada jarak kira-kira 27,680 kilometer, di dalam orbit navigasi GPS geosegerak dan satelit komunikasi yang terbang kira-kira –kira 36,000 kilometer dari permukaan Bumi. Walau bagaimanapun asteroid 2012 DA14 tidak akan menimbulkan ancaman kesan hentaman kepada Bumi ketika ia terbang melaluinya. Berdasarkan model orbitnya yang dikeluarkan oleh NASA asteroid tersebut akan memasuki orbit bulan dan juga orbit satelit sekaligus.

Menurut ahli astronomi Phil Plait beliau mengatakan;

The asteroid spends most of its time well away from our planet. However, the path of the rock does bring it somewhat close to the Earth twice per orbit, or about every six months. The last time it passed us was on February 16 [2012], when it was about 2.5 million km (1.5 million miles) away, equal to about 6 times the distance to the moon. That’s usually about the scale of these encounters — it misses us by quite a margin.

Saintis menekankan bahawa tiada bahaya kesan hentaman oleh asteroid 2012-DA14 ini, tetapi ia adalah satu lagi peringatan yang di dalam rantau sistem suria kita ini kita tidak bersendirian.

"2012-DA14 pasti tidak akan menghentam Bumi," kata pakar Objek Dekat Bumi dari Makmal Pendorong Jet, Don Yeomans. “Orbit asteroid itu diketahui cukup bagus untuk mengetepikan satu kesan hentaman.”

Tetapi dengan kehadiran asteroid 2012-DA14 yang akan mendekati Bumi pada 15 Februari ini, ia akan mencatatkan "satu rekod pendekatan yang paling dekat."

Asteroid berbatu itu akan datang dalam jarak kira-kira 4 kali jejari Bumi, di dalam orbit satelit geosegerak. Ketika berada pada jarak paling dekat iaitu pada jam 19:26 UTC (03:26 pagi waktu Malaysia), ia sepatutnya dapat dilihat di langit dengan menggunakan teleskop amatur tetapi bukan dengan mata kasar, dan akan menjadi secerah bintang magnitud ke-7 atau 8.

Balaicerap radar akan memerhatikan 2012-DA14 ketika hari-hari ia menuju ke Bumi dan seterusnya ketika ia mendekati Bumi di dalam usaha untuk menentukan saiznya, bentuk dan trajektorinya. Kemudahan-kemudahan milik NASA akan digunakan untuk memerhatikan 2012-DA14.

Asteroid 2012 DA14 seterusnya akan terbang melepasi Bumi pada tahun 2020 dan, menurut NASA, tiada peluang untuk ia menghentam Bumi ketika terbang melepasinya. Earth Sky melaporkan pada bulan Mac tahun lalu yang ahli astronomi NASA, Donald Yeomans berkata, terdapat peluang kesan hentaman"1 di dalam 83,000 peluang".

Walaupun kita terselamat daripada ancaman hentaman asteroid untuk sekurang-kurangnya sedekad seterusnya, masa depan kita adalah tidak begitu menentu. Asteroid terkenal iaitu 99942 Apophis dijangka akan memecut menuju ke Bumi di dalam tahun 2029 dan, tidak seperti 2012 DA14 , terdapat satu peluang untuk hentaman sekalipun peluangnya adalah kecil.

Anggaran awal mencadangkan bahawa kebarangkalian hentaman adalah di dalam julat 2.7%, membuatkan ia kebarangkalian tertinggi yang pernah dicatatkan. Risiko itu kemudiannya diturunkan selepas ahli astronomi mempunyai lebih banyak masa untuk mengkaji asteroid itu, tetapi peluang hentaman masih wujud iaitu 1 di dalam 250,000 peluang.


No comments:

Post a Comment

Belajar Quran