Medal Emas Olimpik Mengambil Figur Berhala Baphomet |
Temasya Olimpik 2012 London kali ini banyak memberikan petunjuk perancangan Dajjal melalui rangkaian Illuminati bagi menonjolkan pengaruhnya. Mengikut Sheikh Imran Hossein kita sekarang berada di ambang fasa ke tiga Dajjal yang sedang menguasai dunia ini.
Dajjal ketika ini sedang menguasai olimpik 2012, berdasarkan kononnya acara sukan tetapi sebenarnya secara tidak langsung upacara pemujaan terhadap keagungan dirinya. Masanya semakin hampir untuk dajjal menonjolkan dirinya secara nyata didunia ini dan memerintah dunia berpusat di Israel. Pesta olimpik inilah saat yang paling sesuai untuk menyatakan peristiharan tersebut.
Kali ini Dajjal melalui rangkaian illuminatinya secara terang-terangan menunjukkan semua lambang yang dikenal pasti sebagai tanda pengaruhnya didalam sukan tersebut. Satu-satunya negara yang menyedari dan menentang rancangan Zionist didalam Olimpik London 2012 ialah negara Republik Islam Iran yang memboikot sukan tersebut kerana menggunakan logo ZION yang dapat dilihat dalam logo Olimpik 2012. Seperti biasa seluruh negara umat Islam yang turut meraikannya bahkan memberi fatwa boleh meninggalkan puasa kerana menyertai sukan Olimpik!
Perarakan raksasa olimpik yang mengumpulkan semua manusia dari seluruh dunia dianjurkan oleh Dajjal melalui rangkaian illuminatinya adalah persis perhimpunan yang di anjurkan oleh Raja Diqyanus ketika mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan seperti dirakamkan didalam al-Quran dalam surah al-kahfi.
Di dalam riwayat kitab kisah anbiya dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang yang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Ephese). Setelah Islam datang, kota itu berubah nama Tharsus (Tarse) sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meniggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang Raja Persia bernama Diqyanus. Diqyanus adalah seorang raja yang kafir dan amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus. Olehnya, kota itu dijadikan, ibu kota kerajaan lalu dibina sebuah istana yang agam.
Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun tanpa dapat digugat. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana Diqyanus merasakan dirinya sedemikian kuat dan sihat, kesombongannya mula membuak ; kehairanannya sama seperti apa yang dirasa oleh Namrud. Sehingga dia berani mengaku dirinya sebagai 'tuhan' dan dia menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh langit dan bumi.
Bermula dari saat itu, Diqyanus memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dengan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan - ia umpama pesta. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan tanpa kecuali di dalam satu perarakan raksasa yang maha hebat.
Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya disamping berhala-berhala lain yang diciptanya. Pesta pada hari itu tidak hanya diiringi dengan bunyi-bunyian bahkan dipersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut...
Perhatikan hadith di bawah ini. Ia seperti menceritakan mengenai insiden ini. Manusia seolah-olah terpukau dan mahu menyertai perhimpunan yang diaturkan oleh Dajjal ;
"Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya, anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikat mereka dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal..."
Riwayat Ahmad dari ahmad bin Abdul Malik, sumber dipetik dari kitab Ibnu Katsir, Malapetaka Menjelang Kiamat.
Inilah percubaan kemuncak Dajjal yang mahu menipu manusia. kemuncak fitnah ini turut menyamai Namrud dan Firaun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan di hadapan manusia di dalam perhimpunan besar dan perdana.
Inilah peristiwa yang amat penting untuk disingkapkan supaya kita tidak terpedaya oleh Dajjal dan kita temui semua persamaan ini di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 ~ 16. Perhimpunan raksasa olimpik ini mempunyai persamaan dengan perhimpunan raksasa Dajjal dengan segala acara dan simbol yang dibuat adalah mempunyai maksud pemujaan dan persembahan ritual kepadanya.
No comments:
Post a Comment