Tuesday, 31 July 2012

Peristiwa Sufyani Serang Makkah


Dalam satu lapuran yang bersumber dari Timur Tengah dan Eropah melapurkan bahawa Ketua Perisikan Saudi Putera Bandar bin Sultan di lapurkan telah dibunuh.

Lapuran oleh Voltaire Network di Paris melapurkan bahawa Bandar telah terbunuh dalam serangan bomb pada 26 Julai baru-baru ini. Dia dikatakan dibunuh oleh pasukan rahsia Syiria bagi membalas peranannya dalam pengeboman 18 Julai lalu yang membunuh empat pembantu kanan President Bashar al-Assad termasuk Menteri Pertahanan Dawoud Rajiha dan penolongnya Asser Shawkat.

Walau bagaimanapun, samada pihak Saudi atau Syiria tidak mengesahkan pembunuhan tersebut. Putera Bandar merupakan seorang yang rapat dengan Pentadbiran US dan menjadi duta Saudi ke US dari tahun 1983 hingga 2005. Dia dilantik sebagai ketua perisikan Saudi awal bulan ini dan dilapurkan memainkan peranan penting dalam pengeboman di Damsyik. 

Didalam hadis tentang peristiwa akhir zaman ketika hampir munculnya Imam Mahdi di beritakan tentera Sufyani akan melancarkan serangan untuk menakluk Mekkah. Dalam konflik Syria (Syam) hari ini kita nampak Al-Assad memenuhi ciri-ciri Sufyani yang amat kejam itu.

Riwayat dari sahabat mengatakan,

“Penguasa Madinah (Hijaz) mengirimkan tentera kepada al-Hasyimi (untuk melawannya) di Makkah. Tentera ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam iaitu as-Sufyani daripada keturunan Abu Sufyan bin Harb. Seterusnya as-Sufyani mengirimkan pasukan (tentera) ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka singgah di al-Baidak yang pada ketika itu kebetulan bulan purnama sedang mengambang. Kemudian ada seorang penyeru yang memerhatikan keadaan pasukan tersebut, lalu berkata, “Aduh! Celakalah kamu semua wahai penduduk Makkah kerana telah didatangi oleh pasukan (tentera) ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Namun, setelah datang, dia tidak melihat lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah! Mereka telah berangkat sebentar tadi” Lantas dia meneruskan perjalanannya. (Dalam perjalanannya) di sana dia menemui pasukan tentera tadi dalam keadaan terbenam separuh badan (ke dalam tanah). Dia berhasrat untuk menolong, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia mengetahui bahawa pasukan itu (sebenarnya) telah ditelan oleh bumi. Dia pun bergegas pulang ke Makkah untuk menyampaikan khabar tersebut. Mendengarkan berita ini, penduduk Makkah mengucapkan Alhamdulillah, kemudian mereka berkata, “Inilah dia tanda-tanda yang sangat-sangat kami tunggu (selama ini).” Lantas mereka segera pergi ke Syam.”

Abdullah bin Amru RA berkata,

“Apabila sepasukan tentera ditelan bumi di kawasan gurun, itulah tandanya akan muncul Al-Mahdi.”

Bacaan lanjut;

Friday, 27 July 2012

Olimpik 2012 - Pemasyhuran Fasa 3 Dajjal

Medal Emas Olimpik Mengambil Figur Berhala Baphomet


Temasya Olimpik 2012 London kali ini banyak memberikan petunjuk perancangan Dajjal melalui rangkaian Illuminati bagi menonjolkan pengaruhnya. Mengikut Sheikh Imran Hossein kita sekarang berada di ambang fasa ke tiga Dajjal yang sedang menguasai dunia ini. 


Dajjal ketika ini sedang menguasai olimpik 2012, berdasarkan kononnya acara sukan tetapi sebenarnya secara tidak langsung upacara pemujaan terhadap keagungan dirinya. Masanya semakin hampir untuk dajjal menonjolkan dirinya secara nyata didunia ini dan memerintah dunia berpusat di Israel. Pesta olimpik inilah saat yang paling sesuai untuk menyatakan peristiharan tersebut.



Kali ini Dajjal melalui rangkaian illuminatinya secara terang-terangan menunjukkan semua lambang yang dikenal pasti sebagai tanda pengaruhnya didalam sukan tersebut. Satu-satunya negara yang menyedari dan menentang rancangan Zionist didalam Olimpik London 2012 ialah negara Republik Islam Iran yang memboikot sukan tersebut kerana menggunakan logo ZION yang dapat dilihat dalam logo Olimpik 2012. Seperti biasa seluruh negara umat Islam yang turut meraikannya bahkan memberi fatwa boleh meninggalkan puasa kerana menyertai sukan Olimpik!



Perarakan raksasa olimpik yang mengumpulkan semua manusia dari seluruh dunia dianjurkan oleh Dajjal melalui rangkaian illuminatinya adalah persis perhimpunan yang di anjurkan oleh Raja Diqyanus ketika mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan seperti dirakamkan didalam al-Quran dalam surah al-kahfi.

Di dalam riwayat kitab kisah anbiya dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang yang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Ephese). Setelah Islam datang, kota itu berubah nama Tharsus (Tarse) sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meniggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang Raja Persia bernama Diqyanus. Diqyanus adalah seorang raja yang kafir dan amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus. Olehnya, kota itu dijadikan, ibu kota kerajaan lalu dibina sebuah istana yang agam.

Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun tanpa dapat digugat. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana Diqyanus merasakan dirinya sedemikian kuat dan sihat, kesombongannya mula membuak ; kehairanannya sama seperti apa yang dirasa oleh Namrud. Sehingga dia berani mengaku dirinya sebagai 'tuhan' dan dia menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh langit dan bumi.

Bermula dari saat itu, Diqyanus memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dengan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan - ia umpama pesta. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan tanpa kecuali di dalam satu perarakan raksasa yang maha hebat.

Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya disamping berhala-berhala lain yang diciptanya. Pesta pada hari itu tidak hanya diiringi dengan bunyi-bunyian bahkan dipersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut...


Perhatikan hadith di bawah ini. Ia seperti menceritakan mengenai insiden ini. Manusia seolah-olah terpukau dan mahu menyertai perhimpunan yang diaturkan oleh Dajjal ;

"Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya, anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikat mereka dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal..."
Riwayat Ahmad dari ahmad bin Abdul Malik, sumber dipetik dari kitab Ibnu Katsir, Malapetaka Menjelang Kiamat.

Inilah percubaan kemuncak Dajjal yang mahu menipu manusia. kemuncak fitnah ini turut menyamai Namrud dan Firaun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan di hadapan manusia di dalam perhimpunan besar dan perdana.

Inilah peristiwa yang amat penting untuk disingkapkan supaya kita tidak terpedaya oleh Dajjal dan kita temui semua persamaan ini di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 ~ 16. Perhimpunan raksasa olimpik ini mempunyai persamaan dengan perhimpunan raksasa Dajjal dengan segala acara dan simbol yang dibuat adalah mempunyai maksud pemujaan dan persembahan ritual kepadanya.

Monday, 23 July 2012

Olimpik 2012 - Zionist Rancang Serangan

Olimpik Stadium London


Nampaknya tektik pengebomam yang dijalankan oleh Mossad terus menjadi senjata utama bagi mengenakan Iran seperti yang telah dilakukan di Thailand dan India sebelum ini, dan terbaru di Bulgaria. Peristiwa serangan bom di Bulgaria tersebut di katakan akan menimbulkan ancaman keselamatan di olimpik. Nampaknya kenyataan tersebut adalah pelik kerana olimpik di jalankan di London, British bukan di Bulgaria...

Tetapi begitulah rencana yang dijalankan apabila dikatakan perancang serangan tersebut yang memegang pasport US dengan nama David Jefferson, akan melakukan serangan yang sama keatas atlit Israel di olimpik.

Petikan berita dailymail;

Wanted: A terrorist believed to have been involved in a horrific suicide bomb attack in Bulgaria last week has emerged as one of the biggest security threats to the Olympics. A sketch of the man is pictured
Wanted: A terrorist believed to have been involved in a horrific suicide bomb attack in Bulgaria last week has emerged as one of the biggest security threats to the Olympics. A sketch of the man is pictured
A terrorist believed to have been involved in a horrific suicide bomb attack in Bulgaria last week has emerged as one of the biggest security threats to the Olympics.
The man is thought to be carrying a U.S. passport under the name of David Jefferson and fled following the attack which killed six people last Wednesday in the resort of Burgas.
He has emerged as a top target for Israeli security agents who fear their athletes will be attacked by an Iranian terror squad operating in Europe.
The terrorist, who is suspected of helping the suicide bomber, is thought to have another powerful bomb similar to the one which destroyed the Israeli tourist bus.
Following the Israeli concerns, security has been stepped up around its athletes taking part in the Games.


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2177160/Bulgarian-bus-bomb-attack-Terrorist-target-security-officials-Olympics-fear-strike-again.html#ixzz21QWcrrhs









Pihak Mossad juga telah berkerjasama dengan Kementerian Pertahanan British bagi mengadakan kawalan keselamatan olimpik seperti didedahkan oleh sumber dari British Olympic Association. Disamping itu juga pihak Mossad telah membantu pasukan keselamatan British mengadakan simulasi serangan keatas perkampungan olimpik sama seperti serangan Olimpik Munich tahun 1972.

http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4067585,00.html



Mossad helps UK secure Olympics


Israeli secret service participates in drill that simulates 1972 terrorist attack on Jewish athletes in Munich
Yaniv Halili
Published: 05.12.11, 10:27 / Israel News



Mossad officials participated in a security drill at London's Olympic Park last weekend.


A source at the British Cabinet told Yedioth Ahronoth that the drill simulated a terrorist attack on athletes, similar to the one that occurred in the Munich Olympics in 1972, when Palestinian terrorists took over the building where the Israeli delegation was staying, and killed 11 of them.

The UK's entire defense establishment, including the emergency services, participated in the massive drill, which was held secretly by the British Defense Ministry.

But British intelligence officials were not satisfied, and invited their Mossad counterparts to share their experience.

The drill simulated a scenario where athletes are held hostage by terrorists. A large part of the exercise took place inside the park's residential buildings, under live fire. The village was surrounded by guards who kept out onlookers.

Israel telah melakukan beberapa operasi serangan palsu sebelum ini seperti peristiwa 911 yang membawa penaklukan Iraq, perancangan serangan olimpik ini juga dijangka melibatkan peperangan besar bukan sahaja melibatkan Iran bahkan seluruh rantau Asia Barat. Rancangan serangan zionist tersebut cuba digambarkan didalam kartun China ini;







Thursday, 12 July 2012

Petunjuk Dari al Fatih



Sebelum kita bercita-cita menjadi pengikut atau tentera al-Mahdi, kita lihat dulu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menawan kota Constantinople. apakah kita mempunyai sifat-sifat tentera al-Fatih? Dimana pengikut al-Mahdi nanti pasti mempunyai amalan yang tidak kurang dari amalan tentera al-Fatih. 



Ini merupakan kandungan khutbah dari sebuah masjid di Shah Alam..

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ  اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar  kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Khalifah Umar al Khattab pernah mengibaratkan taqwa seperti seseorang yang berjalan di atas jalan yang berduri. Seseorang itu akan berhati-hati untuk mengatur setiap langkah agar tidak terpijak duri. Begitulah juga kita sepatutnya berhati-hati dalam  mengatur aktiviti seharian hidup kita agar kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan tidak melakukan perkara-perkara maksiat.  Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau menurun. Sayidina Umar al Khattab sentiasa berpesan kepada tenteranya yang keluar berjihad “ aku mengingatkan kamu dan orang-orang bersama kamu supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah dalam setiap keadaan. Takut kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam peperangan.”

Sidang jumat yang di rahmati Allah swt
 Sekiranya kita menyusuri sejarah kegemilangan Islam kita akan dapati ramai raja-raja yang soleh dan berjiwa rakyat seperti al Najashi di Ethopia, Khalifah Umar Abdul Aziz, Salahuddin al Ayyubi, Sultan Murad II di Turki, Aurangzeb di India dan juga beberapa sultan di alam Nusantara.  Namun, sejarah juga memaparkan golongan bangsawan yang bersultan di mata, bertuhan di hati seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Raja Farouk di Mesir dan Shah Iran di Iran.

Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering di dampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Ulama-ulama sering memberi peringatan, nasihat dan amaran kepada raja-raja untuk melaksanakan suruhan Allah swt. Salah seorang raja yang sentiasa mendampingi ulama dan sering mendapatkan pandangan ulama ialah Sultan Muhammmad al Fatih, sultan yang ke-7 dalam pemerintahan khalifah Uthmaniyyah.  Sultan Muhammad al Fatih juga adalah pembuka kota Constantinople atau pun Istanbul. Pembukaan kota Constantinople membenarkan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud:
Constantinople pasti akan ditawa. Sebaik-baik pemerintah adalah pemerintah penaklukan  tersebut dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut. (Riwayat Ahmad)
Hadis yang di ucapkan oleh Rasulullah saw ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak ini telah menimbulkan keinginan dan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam sebelum Muhammad al Fatih lagi. Mereka telah berusaha dan berjuang untuk menawan kota Constantinople. Usaha pertama telah di lancarkan pada 44Hijrah iaitu di zaman Mu’awiyah. Tetapi usaha tersebut di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah menemui kegagalan.  Seorang sahabat nabi yang bernama Abu Ayub al Ansari telah menyertai pasukan Yazid, walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun kerana ingin berada di dalam pasukan tentera yang terbaik. Beliau syahid di dalam peperangan dan berwasiat agar jasadnya di kuburkan di bawah kubu-kubu Constantinople. Apabila ditanya kenapa beliau ingin di kuburkan di situ maka beliau menjawab ”kerana aku ingin   mendengar hentakan tapak-tapak kaki kuda dari pasukan tentera yang terbaik semasa mereka membebaskan Constantinople.” Beberapa kempen lagi untuk menawan Constantinople di zaman Umayyah menemui kegagalan. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, beberapa usaha di teruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun ar Rashid. Ramai lagi raja-raja dan pemimpin Islam berlumba-lumba untuk menawan kota Constantinople untuk menjadi sebahagian daripada tentera terbaik. Tetapi kira-kira 800 tahun kemudian pada 1453M, Muhammad al Fatih telah membenarkan dan merealisasikan hadis Rasulullah tersebut.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah
Apakah kehebatan Sultan Muhammad al Fatih dan tentera-tenteranya sehingga dirujuk sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera oleh Rasulullah saw? Apakah ciri-ciri dan sifat-sifat istimewa yang ada pada Muhammad al Fatih?  Mengapa kejayaan ditakdirkan berlaku di tangan Muhammad al Fatih walaupun sudah ada percubaan yang pernah dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin? Kemunculan Muhammad al Fatih dan kejayaan menawan kota Constantinople bukan satu kebetulan. Ia di rancang dan di programkan oleh pemimpin sebelumnya lagi.

Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Muhammad al Fatih sangat menitikberatkan didikan agama terhadap anaknya. Ayahnya telah memanggil beberapa ulama terkenal di zamannya seperti Sheikh Shamsuddin al Wali dan Sheikh Ahmad Ismail al Kurani untuk mentarbiyyah  anaknya. Muhammad al Fatih telah ditarbiyyah dengan jiwa jihad dan sifat tawaduk sejak kecil lagi. Ayahnya begitu perihatin dalam pembentukan keperibadian Muhammad al Fatih sehinggakan beliau memilih sendiri gadis yang hendak dijodohkan dengan anaknya. Beliau sedar bahawa seorang pemimpin yang baik mesti mempunyai isteri yang baik juga. 

Di samping ilmu agama, Muhammad al Fatih juga di ajar ilmu peperangan, pentadbiran dan pemerintahan. Beberapa kali beliau diberi latihan praktikal dengan memangku jawatan ayahnya walaupun di usia yang masih muda. Muhammad al Fatih juga mampu menguasai tujuh bahasa iaitu Turki, Arab, Greek, Latin, Serbia, Parsi dan Hebrew. Dengan menguasai tujuh bahasa, Muhammad al Fatih mampu mengkaji dengan lebih teliti kelemahan-kelemahan musuh-musuhnya dan dapat berkomunikasi dengan baik  dengan bangsa-bangsa tersebut.

Muhammad al Fatih sangat menjaga diri dan pegawai-pegawainya daripada melanggar hukum Allah. Oleh sebab itu, pegawai-pegawai, pentadbir dan panglima-panglima tentera beliau terdiri daripada  orang-orang-orang yang mematuhi syariat. Sultan Muhammad al Fatih pernah berpesan bahawa ulama adalah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya Muhammad al Fatih di kelilingi oleh para ulama yang sentiasa menasihati beliau tentang permasalahan negara.

Sultan Muhammad al Fatih bukan sahaja menjaga amalan-amalan yang wajib, tetapi konsisten dalam melakukan amalan-amalan yang sunat. Peristiwa pemilihan imam solat jumaat pada hari jumaat pertama selepas kota Constantinople ditawan mendedahkan sesuatu yang menarik. Muhammad al Fatih dan tenteranya masuk ke Hagia Sophia, sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid untuk mendirikan solat jumaat. Pada mulanya, Sultan Muhammad al Fatih mencadangkan gurunya; Sheikh Shamsuddin sebagai imam. Namun, gurunya menolak cadangan tersebut. Untuk mencari siapa yang layak, baginda telah memerintahkan seluruh pegawai dan tenteranya berdiri.

“Siapa di antara kamu yang  pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” kata Sultan Muhammad al Fatih. Tiada seorang pun yang duduk.

“Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh walaupun sekali, sila duduk” Ada sebahagian daripada tentera yang duduk.

“Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan  solat sunnat tahajud sejak baligh walaupun satu malam, sila duduk” Kini, semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad al Fatih. Inilah peristiwa yang berlaku ketika pemilihan imam untuk solat jumaat yang pertama di masjid Hagia Sophia. Peristiwa ini menunjukkan betapa istiqamahnya  Sultan Muhammad al Fatih dalam beribadat kepada Allah swt dan terserlah bahawa baginda sendiri adalah orang yang paling layak menjadi imam.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah
Sultan Muhammad al Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik bukan kerana ketaqwaan mereka sahaja. Mereka  juga mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan keberanian. Untuk menembusi pertahanan kota Constantinople yang kebal di segenap penjuru perancangan yang rapi dan strategi serangan yang kreatif sangat diperlukan sesuai dengan firman Allah swt.
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّ‌بَاطِ الْخَيْلِ تُرْ‌هِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِ‌ينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠
“Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”  ( al Anfal:60)

Selepas menaiki takhta, Muhammad al Fatih mengkaji pelan kota Constantinople untuk mengenal pasti kelemahannya. Bentuk muka bumi, keadaan topografi, musim dan cuaca diambil kira dalam menentukan permulaan serangan dan kepungan. Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk diguna pakai. Beliau melantik jurutera yang terbaik untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak peluru seberat 300kg melebihi 1km. Sayidina Ali pernah berpesan bahawa “kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” Mengambil iktibar dari pesanan ini,  Muhammad al Fatih melakukan beberapa langkah strategik  lagi dalam persediaan untuk menawan Constantinople.

Sultan Muhammad al Fatih mengambil langkah memencilkan kerajaan Rom Byzantin dengan mengikat perjanjian-perjanjian damai dengan kerajaan-kerajaan di sekitar wilayahnya seperti Serbia dan Hungary. Benteng-benteng pertahanan di bina di tempat-tempat yang strategik untuk mengawal laluan kapal di Selat Bosphorus sekaligus mengawal bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantin. Langkah ini memberi  kesan yang lebih  ke atas kepungan yang akan dilancarkan kemudian.

Pada 6 April 1453 Sultan Muhammad al Fatih mengetuai pasukan tentera yang terlatih seramai 250,000 orang untuk mengepung kota Constantinople. Tentera ini terdiri dari orang-orang yang soleh, sangat menjaga solat mereka, berani dan bersedia untuk syahid. Muhammad al Fatih juga membawa bersama tenteranya para ulama untuk memotivasikan barisan tenteranya dengan ayat-ayat al Quran dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan tentang kemuliaan orang-orang yang gugur di jalan Allah. Setelah segala persiapan siap diatur, Sultan Muhammad al Fatih menghantar utusan kepada Raja Rom Byzantin meminta beliau menyerah kalah. Keengganan Raja Rom mengakibatkan kota Constantinople dikepung dan serangan dimulakan.
Pope di Rom menghantar bantuan lima buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi oleh tentera Rom untuk menghalang kemaraan kapal-kapal tentera Muhammad al Fatih. Kapal-kapal Muhammad al Fatih tidak dapat meneruskan perjalanan menuju ke bahagian belakang benteng pertahanan kota Constantinople. Mereka di serang dengan hebat dan terpaksa berpatah balik.

 Sultan Muhammad al Fatih diberikan ilham yang luar biasa oleh Allah swt untuk mengatasi halangan rantai besi ini. Muhammad al Fatih mendapat idea untuk memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat.  Beliau telah memanggil tenteranya dan mengarahkan mereka membawa kapal-kapal merentasi bukit pada waktu malam dan dilucurkan ke perairan di belakang kubu pertahanan kota Constantinople. Pada malam tersebut penduduk Constantinople dikejutkan dengan gema takbir dan nasyid serta lagu-lagu iman yang bersahutan dari tentera Muhammad al Fatih. Dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa tentera Muhammad al Fatih berjaya mengangkut 70 buah kapal merentasi bukit sejauh 5km dalam satu malam sahaja. Apa yang berlaku ini menunjukkan kebijaksanaan sultan, kesungguhan dan kegigihan tentera-tenteranya, dan juga kehebatan mutu kejuruteraan  kerajaan   Uthmani. Kejayaan ini adalah kejayaan yang hebat dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Semuanya ini adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambanya yang bertakwa, yang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata setelah segala perancangan, usaha dan tenaga di gembeling dan di curahkan.

Setelah pertempuran berlarutan selama 53hari, pada 29Mei 1453M kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam. Di atas kemenangan dan kejayaan menawan kota Constantinople inilah Sultan Muhammad di beri gelaran al Fatih yang membawa maksud pemenang atau pembuka yang berjaya membebaskan Constantinople dari pemerintahan Rom. Constantinople dijadikan ibukota yang baru Empayar Uthmani. Beliau telah menukar nama Constantinople kepada Islam Bol (atau Istanbul sekarang ini)  yang bermaksud kota Islam.

Sultan Muhammad al Fatih mencapai kemenangan bukan kerana kepandaian dan kepintaran sahaja. Beliau dikurniakan kemenangan apabila tenteranya berjaya meninggalkan dosa-dosa. Beliau  dan tenteranya berjaya memenuhi syarat-syarat untuk mendapat pertolongan dari Allah swt. Allah swt berjanji akan memberi pertolongan kepada manusia yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah menegakkan syariat Allah. Allah berfirman di dalam surah al Haj ayat 40:
الَّذِينَ أُخْرِ‌جُوا مِن دِيَارِ‌هِم بِغَيْرِ‌ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَ‌بُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ‌ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرً‌ا ۗ وَلَيَنصُرَ‌نَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُ‌هُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata “ Tuhan kami ialah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat ibadat dan juga masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.  Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
Sidang jumaat yang di rahmati Allah swt

Inilah dia tokoh yang seharusnya menjadi idola kepada anak muda zaman sekarang kerana Muhammad al Fatih baru berusia 25tahun ketika beliau mengetuai tentera untuk menawan Constantinople. Inilah dia tokoh yang sepatutnya berada di dalam silibus pendidikan sejarah di sekolah-sekolah di negara kita.

Sejarah telah memberitahu kita bahawa Salahuddin al Ayyubi telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Kristian Rom pada 27 Rejab 1187M dan beliau berbangsa Kurdis.  Muhammad al Fatih telah membebaskan kota Constantinople dari tentera Kristian Rom pada 29 Mei 1453M dan beliau berbangsa Turki.Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu Islam  yang akan  membebaskan Palestin untuk kali ketiga. Peristiwa ini akan menjadi kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera Muhammad al Fatih ataupun tentera Salahuddin. Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt. Salahuddin al Ayyubi menyatukan bangsa-bangsa dan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari Mesir, Iraq hingga ke negeri-negeri di Syam di bawah payung Islam sebelum memulakan langkah untuk pembebasan Baitul Maqdis. Muhammad al Fatih mengemaskini pentadbiran dalam negeri, menyelesaikan masalah dalaman, memeterai perjanjian dengan negara-negara sekitar sebelum melancarkan serangan ke atas Constantinople. Untuk mengikuti jejak langkah mereka, bangsa Melayu Islam harus bersatu dan menyelesaikan masalah dalaman  di  negeri-negeri di Nusantara serta menjadi bangsa yang di segani  sebelum bercita-cita melangkah ke peringkat antarabangsa. Kita mesti kembalikan izzah dan jatidiri bangsa Melayu dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di waktu  pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat  dan Cina di Timor.  Dan tidak menjadi mustahil sejarah akan berulang kembali. 

Belajar Quran