Saturday 14 May 2011

Pensyarah Melayu Pertama di Oxford Lepasan Pondok




Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's),

MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr Afifi al-Akiti, merupakan seorang ulamak muda yang tersohor dalam keilmuan dunia Islam. Beliau sebenarnya berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ilmu yang luas bermula dengan mendapat pendidikan tradisional Islam (sekolah pondok) di pasentren di Jawa Timur, seterusnya di Maghribi dan Timur Tengah. Beliau mendapat ijazah pertamanya dari Queen's University of Belfast (First Class degree in Scholastic Philosophy and History of Science from the Queen's University of Belfast) dan kemudiaanya meneruskan pengajian di Oxford untuk ijazah sarjana dan PHD. Sejak Oktober 2008 selepas tamat PHDnya, beliau mengukir sejarah menjadi rakyat Malaysia petama mendapat pensyarah di Universiti Oxford.

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

1 comment:

  1. Terima kasih atas info tersebut...saya juga orang batu gajah..hehe..sungguh memberikan inspirasi baru pada saya...

    ReplyDelete

Belajar Quran