Tuesday, 10 June 2014

Penemuan Saintis Terbaru - Puasa sekurang-kurangnya 2 hari dapat membina sistem immunisasi badan



Allah Yang Maha Berkuasa yang mencipta manusia ini tentulah lebih mengetahui tentang keperluan manusia. Umpama sebuah kereta yang di keluarkan dikilang, setiap pemandu mestilah mengikuti tatacara yag ditetapkan oleh pengilang bagi menjamin kereta tersebut dapat digunakan sebagaimana yang diperlukan.

Begitulah juga kejadian manusia, Allah yang mencipta manusia tidak membiarkan makhluknya begitu sahaja tetapi disediakan pedoman yang perlu di ikuti yang terkandung didalam kitab-kitab yang diwahyukan kepada para Nabi dan Rasul 'alaihissalam. Umat Islam akhir zaman ini dikurniakan al-Quran dan di utuskan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan segala hukum Allah untuk ikuti oleh manusia.

Setiap ibadat yang difardhukan kepada kita mempunyai hikmat yang amat besar bukan sahaja untuk akhirat sahaja bahkan bagi kebaikan manusia didunia juga. Kebaikannya melingkupi keperluan jasmani dan rohani. Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan yang dinantikan dimana didalamnnya terkandung berbagai-bagai kebaikan yang tidak ada tolak bandingnya. Sama-sama kita berdoa semoga Allah memanjangkan usia kita supaya dapat mengerjakan ibadat didalam bulan Ramadhan nanti.

Puasa bukan sahaja mendatangkan pahala dan keberkatan daripada Allah s.w.t sahaja malah memberi banyak kesan kebaikan kepada diri sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Satu hasil kajian terbaru saintis mendapati berpuasa dari makan dan minum sekurang-kurangnya dua hari dapat membentuk sistem immunisasi (pertahanan) yang membantu badan melawan penyakit. 

Para saintis di University of Southern California berkata penemuan tersebut membawa kesan yang besar terhadap warga tua dan pesakit yang menghadapi kerosakan immunisasi badan, seperti pesakit kanser. Valter Longo, merupakan professor Gerontology dan Sains Biologi di universiti tersebut berkata, " Ia dapat membolehkan pembentukan stem cells dan terus berkembang dan membina semula sistem pertahanan badan. Dan berita baiknya ialah badan akan menyingkirkan sistem yang telah rosak atau penuaan, bahagian yang tidak lagi berguna, semasa berpuasa."

Tambahnya lagi: " Oleh itu jika kita bermula dengan sistem yang telah mengalami kerosakan teruk akibat chemotherapy atau berusia, puasa boleh mengembalikan, secara tepatnya sistem immunisasi yang baru."

Kajian tersebut juga mendapati puasa dapat mengurangkan tahap enzim PKA, kesan yang diketahui boleh meningkatkan jangka hayat dalam organisma tunggal mudah, begitu juga tahap hormon IGF-1, yang dikaitkan dengan penuaan, pengembangan tumor dan risiko kanser. " Rawatan chemotherapy disamping dapat menyelamatkan nyawa, dimasa yang sama ia juga menyebabkan kerosakan terhadap sistem immunisasi. Hasil kajian ini menunjukkan puasa boleh mencegah beberapa kesan sampingan chemotherapy yang merbahaya," kata Tanya Dorff, penolong professor di jabatan perubatan klinikal di University of Southern California.

Besarnya hikmah setiap peraturan dan hukum yang telah ditetapkan Allah dalam semua perkara walaupun telah diwahyukan dalam al-Quran lebih 1400 tahun lalu, tetapi hanya dapat diketahui oleh manusia pada akhir zaman ini. Semoga segala bukti-bukti yang terbentang dihadapan kita terus memperkuatkan keimanan kita terhadap Islam dan segala ajarannya.

Rujukan;

  1. http://www.independent.co.uk/news/science/fasting-for-two-days-could-regenerate-the-immune-system-according-to-research-9506168.html
  2. http://www.universityherald.com/articles/9814/20140608/fasting-for-at-least-3-days-could-rejuvenate-immune-system.htm

1 comment:

Belajar Quran