Pusat Hiburan Ferari di Abu Dhabi |
Dalam riwayat lain: "Apabila anda menyaksikan seorang yang bertelanjang kaki, lapar dan peminta-minta menjadi pemimpin masyarakat; maka itu termasuk salah satu dari tanda kiamat" seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah pemilik kambing, bertelanjang kaki, lapar dan menjadi peminta-minta? Beliau menjawab: "Bangsa Arab" [HR. Ahmad, dan dishahihkan oleh al-Albani dalam "as-Silsilah as-Shahihah" (3/332)].
Seperti yang telah kita maklum bahawa Rasulullah s.a.w telah mengingatkan akan tiba satu waktu di akhir zaman ini keluarnya golongan pengembala yang dulunya dalam kemiskinan tetapi telah menjumpai kekayaan tetapi menggunakan kekayaan tersebut untuk tujuan kemewahan dan menunjuk-nunjuk.
UAE merupakan sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang dulunya adalah seorang badui padang pasir. Ibu negerinya Abu Dhabi telah bertukar dari sebuah padang pasir menjadi sebuah bandar metropolis yang mempunyai segala bentuk kemewahan dan hiburan yang diimpikan oleh manusia. Bangunan pencakar langitnya tiada tandingan didunia ini. Burj al-Khalifa bangunan pencakar langitnya yang tertinggi hanyalah akan dapat diatasi oleh Kingdom Tower ketinggiannya mencecah 1km yang mula dibina tahun lepas di Jeddah, itupun dibina oleh bangsa Arab juga.
Allah menakdirkan Abu Dhabi dari sebuah perkampungan nelayan tibab-tiba berubah secara mendadak pada tahun 1960-an apabila telaga minyak yang terkaya di atas planet ini dijumpai dikawasan perairannya. Ia kini mempunyai 99% dari simpanan minyak dunia. Wang mengalir ibarat sungai di negeri padang pasir ini. Ia mengalir kedalam poket seorang lelaki badui yang dilahirkan pada tahun 1918: Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, yang mana pada tahun 1971 beliau diangkat menaiki takhta Abu Dhabi dan UAE. Dengan kekayaan tersebut beliau telah mula merancang metamorfosis Emiriyyah kedalam bentuk yang tidak pernah dimimpikan oleh puak Badui.
Bangsa Arab Badui ini telah menakrifkan semula apakah maksud kemewahan. Inilah cogankata risalah Hotel Emirates Palace, hotel 7 bintang hanya terdapat di Abu Dhabi. Mereka mengatakan telah menggunakan sebanyak 5 kilo emas tulen setahun semata-mata untuk menghiaskan kawasan gurun tersebut.
Hotel 7 bintang Emirates Palace di Abu Dhabi |
Arak bersalut emas ini hanya di hidangkan di Hotel Emirates Abu Dhabi |
Wildlife Park di Pulau Sir Bani Yas mempunyai berbagai binatang seperti kijang, dubuk dan zirafah yang dilepaskan bebas berkeliaran bagi pengunjung untuk merasai suasana sebenar binatang liar. Bangunan pencakar langit seperti Corniche, iaitu sebuah bangunan yang dibina mengadap laut dan menjadi pesaing kepada Havana di Cuba untuk kepelbagaian gaya terkini.
Dengan harta kekayaan yang melimpah-ruah berjumlah lebih 27 billion USD, Abu Dhabi merancang menukarkan tanah gurun tersebut menjadi pusat seni budaya dunia yang terulung. Iaitu mengembalikan segala khazanah budaya dunia yang berasaskan hawa nafsu yang dulunya ditentang oleh para nabi dengan kemurniaan kebudayaan Islam.
Mereka merancang membawa masuk muzium Louvre (http://www.louvre.fr/en) dari Perancis dengan membayar 4.8 billion dirham untuk mendapatkan hak menggunakan karya dan juga kepakaran muzium tersebut. Ini juga bermakna ia juga membawa masuk patung-patung yang dipuja oleh kaum jahiliyyah dahulu.
Patung Bactrian Princess dari 3000B.C yang dimiliki UAE |
Pada mulanya, jazirah arab dipenuhi oleh kesyirikan dan orang-orang yang menyembah berhala, kemudian Allah utus Nabi-Nya dan memberi kemudahan kepadanya dengan mengirim bala bantuan, sehingga dapat menghancurkan berhala dan mengajak mereka meng-Esakan Allah semata.
Akan tetapi bersamaan dengan semakin dekatnya kiamat, dan semakin jauhnya manusia dari agama serta dari menuntut ilmu, sebagian dari mereka akan ada yang kembali menyembah berhala, dan ini merupakan salah satu tanda kiamat. Usaha yang dilakukan oleh Arab Badui tersebut yang mula membawa masuk patung-patung berhala atas nama kesenian mengingatkan kita terhadap peringatan yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith tersebut;
Berkata Abu Hurairah r.a: bersabda Rasulullah s.a.w: “Tidak akan terjadi kiamat hingga bokong wanita suku Daus kembali bergetar terhadap Dzul Khalashah”[HR. Bukhari dan Muslim]
“Dzul Khalashah”: adalah nama berhala yang pada zaman jahiliyah disembah oleh qabilah Daus.
Rujukan
- http://www.bbc.com/travel/blog/20130111-abu-dhabi-takes-on-the-art-world
- http://www.saadiyat.ae/en/masterplan/saadiyat-cultural-district.html
- http://www.businesspundit.com/10-ways-people-eat-gold/