Tuesday 12 June 2012

Objek Cahaya Misteri Muncul di Langit Syria


Apakah UFO muncul di Syiria? Apakah satelit ataupun ujian senjata rahsia? Sebuah objek terbang yang tidak dikenali telah muncul di kebanyakan negara Timur Tengah pada malam Khamis lepas menimbulkan suasana panik di kalangan orang ramai, balai polis dinegara-negara tersebut telah dibanjiri dengan panggilan kemunculan UFO.

Objek misteri bercahaya terang tersebut telah terbang dilangit berpusing dengan mengeluarkan putaran seperti asap. Objek terbang misteri tersebut dilapurkan dilihat di Israel, Armenia, Turki, Lebanon, Jordan dan kebanyakan negara di rantau tersebut.

Kementerian pertahanan Israel mengeluarkan kenyataan menafikan mereka menjalan sebarang operasi ketenteraan di kawasan tersebut.

Sebahagian ahli astronomi berpendapat bahawa objek tersebut merupakan satelit yang meletup ketika memasuki orbit, lapur akhbar Times of Israel. Lapuran dari Lebanon menyatakan kemungkinan objek terbang tersebut adalah meteorite yang meletus dan mengeluarkan jejak debu yang bersinar di sepanjang laluannya.

Ada pihak mendakwa ia adalah ujian peluru berpandu rahsia, ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan Menteri Pertahanan Russia yang mengatakan bahawa negaranya telah berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Topol merupakan peluru ballistic antara-benua yang berkeupayaan nuklear. Rangkaian berita Russia, Vesti-24 memetik sumber tentera mengatakan ujian peluru tersebut berjaya mengenai sasaran yang ditetapkan walaupun mempunyai trajektori luar biasa.

Penganalisis angkasa, Jim Oberg mengatakan, putaran Topol pada peringkat ketiga pelancaran adalah fungsi tambahan bukan kecacatan bertujuan mengelirukan sistem senjata anti peluru berpandu US. Walau apa pun objek misteri tersebut, ia mungkin membawa petanda sesuatu yang besar mungkin berlaku di kawasan tersebut. Apatah lagi jika ia merupakan ujian senjata pemusnah termoden Russia, ia menunjukkan Russia bersedia menghadapi perang besar-besaran di asia Barat!

Lagi video objek tersebut;




Rujukan;

1 comment:

  1. Suatu post yang baik diisi informasi yang dipercayai selebihnya boleh diakses terhadap senjata pertahanan Russia.Terima kasih Admin.

    ReplyDelete

Belajar Quran