Ramai yang menyangka bumi akan dihancurkan oleh asteroid dari langit. Tetapi kehancuran dunia boleh datang dari bumi yang kita pijak.
Letusan Super-volcanoes mungkin telah menyebabkan kebanyakan kepupusan berbanding dengan asteroid. Sebelum ini volcano raksasa dijangka mengambil ribuan tahun untuk terbentuk - dan kekal terkurung dalam kerak bumi untuk ribuan tahun lagi sebelum mendatangkan mudarat kepada bumi.
Tetapi kajian terbaru menemukan letusan malapetaka itu yang kemungkinan beribu kali lebih berkuasa dari letusan Mount St. Helens pada 1980 lalu, mungkin hanya mengambil masa yang singkat menurut kajian penyelidik di University Vanderbilt.
Kejadian sebegitu menjadikan kemungkinan perang thermonuclear atau kepanasan global adalah remeh, berbanding letusan tersebut yang memuntahkan debuan dan batu gunung berapi yang tidak terkira di ruang atmosfera hingga menghadang cahaya matahari. Akibatnya menyebabkan suhu sejuk melampau yang melenyapkan berjuta-juta spesis kehidupan. Letusan super-volvano 250 juta tahun dahulu di percayai telah menyebabkan kepupusan yang menyeluruh di dunia, melenyapkan 95% tumbuhan dan haiwan. Hinggakan beberapa saintis mengatakan letusan gunung berapilah yang menyebabkan kepupusan dinosaur 65 juta tahun dulu, menolak teori akibat hentaman asteroid.
Sesungguhnya Allah telah memberi amaran tentang gempa yang akan menghancurkan dunia pada hari kiamat:
Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.(Al-Hajj 22:1)
sumber:
No comments:
Post a Comment