Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia). Kerana antara tanda-tanda dekatnya kemunculan Imam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;
عن رسول الله (ص):
(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )
مئتان وخمسون علامة: 122
Akan diperintah tanah Hijaz(Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh abangnya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).
Sedia kita maklum bahawa Raja Abdullah sekarang ini adalah raja yang menggantikan Fahd, makna Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang. http://babynamesworld.parentsconnect.com/meaning_of_Fahad.html
Raja Abdullah sekarang ini berusia lanjut dan dalam keadaan uzur oleh itu siapakah calun penggantinya sedang hangat diperkatakan dan diperhatikan oleh masyarakat dunia terutamanya oleh kuasa-kuasa besar kerana kedudukannya strategik dalam percaturan mereka untuk menguasai umat Islam.
Kematian Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz al-Saud sekali lagi menimbulkan tandatanya terhadap masalah pengganti takhta pemerintah Saudi Arabia yang semakin genting. Saudi Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.
Putera Nayef merupakan putera mahkota bakal pewaris takhta yang kedua meninggal dalam masa setahun ini selepas kematian Putera Sultan. Raja Abdullah yang berusia 88 tahun berada dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu, masa nampaknya makin suntuk untuk mencari pengganti bagi putera-putera kerajaan beraja tersebut yang memerintah sejak tahun 1953.
Kematian pimpinan yang berpengaruh sejak sekian lama itu tiba pada waktu kebimbangan Saudi menghadapi kebangkitan arab yang telah menumbangkan negara-negara arab yang lain. Kebanyakan waris pengganti adalah muka-muka lama dan ramai yang mempersoalkan sepatutnya ia diambil alih oleh generasi baru, yang kebanyakannya adalah cucu-cucu kepada pengasasnya Raja Abdul Aziz al-Saud, dan kebanyakkanya dalam lingkungan umur 50an dan 60an. Setakat ini bagaimana dan bila mereka akan melakukannya tidak diketahui.
Keputusan melantik pengganti dibuat oleh anggota keluarga yang paling tua dalam keadaan tertutup. Pemilihan Putera Salman bin Abdul Aziz al-Saud pada Isnin lepas sebagai Putera Mahkota yang baru dan pewaris takhta adalah tidak memeranjatkan.
Putera Salman yang 12 tahun muda dari Raja Abdullah, memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh berdekad lalu sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun lepas. Semasa menjadi gabenor beliau telah menukarkan Riyadh (Najd) ibukota Saudi itu dari sebuah bandar biasa kepada kotaraya metropolis seperti Dallas, lengkap dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi didunia, Kingdom Tower yang dimiliki Putera al-Waleed bin Talal.
Pemilihan seterusnya untuk pengganti putera mahkota dan takhta raja menjadi semakin sulit. Buat masa ini terdapat 16 orang putera kepada pengasasnya masih hidup, sebahagiannya tidak lagi layak atau tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam keluarga diraja tersebut.
Yang tinggal hanyalah dua orang sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, 72 yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz, 69 sebagai ketua Agensi Perisikan Saudi; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman.
Satu kemungkinan yang perlu diberi perhatian ialah bakal pemimpin de facto untuk takhta tersebut apabila terpilih sebagai timbalan perdana menteri pertama. Raja juga memegang jawatan perdana menteri dan putera mahkota sebagai timbalannya.
Namun begitu, di negara yang terkenal dengan “Piagam Abdul Aziz” yang tertulis, “selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah ke cucu-cucu saya”, bahaya pertelingkahan terbuka mengenai siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya kedua-dua Raja dan Putera Mahkota meninggal dunia. Ini kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telahpun lanjut usianya.
Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan bagi mengambil alih tahta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut hak.
Pastinya Amerika Syarikat dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris tahta negara tersebut sebulu dengannya. Amerika Syarikat sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan kewujudan negara Israel dan pendudukannya ke atas Baitulmaqdis.
Penguasaan ke atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan Amerika Syarikat dan Israel ke atas dunia keseluruhannya. Justeru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan “2 Tanah Suci” dari penguasaan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.
Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;
Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].
Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;
“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)