Monday 27 June 2011

Langkah Kawal Inflasi - Kurangkan Margin Keuntungan Kontraktor


Langkah kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengurangkan margin keuntungan kontraktor adalah tepat dan kena pada masanya untuk mengawal inflasi kenaikan harga barang. Langkah ini sepatutnya juga dituruti oleh negeri-negeri lain dan terutamanya kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak, bukan sahaja keatas kontraktor tetapi terhadap keseluruhan sektor melibatkan syarikat-syarikat gergasi. 

Contohnya bagaimana Petronas Dagangan mengisytiharkan keuntungan sebanyak RM90 Billion tetapi pada masa sama harga minyak petrol dan diesel subsidi dinaikkan. Begitu juga langkah pihak bank menaikkan margin keuntungan sebanyak 35 basis point dan mendapat untung berkali ganda secara atas angin dengan mengambil kesempatan keatas keperluan rakyat, diluluskan Bank Negara tanpa sebarang sekatan. Yang terbaru ialah langkah TNB menaikan tarif elektrik, padahal keuntungannya pada suku tahun pertama tahun ini saja adalah RM1.34 Billion!

Apabila harga kontrak meningkat akibat keuntungan berlebihan oleh pihak syarikat, wang sepatutnya untuk kepentingan rakyat terpaksa digunakan untuk bayaran tersebut. Tetapi yang lebih membebankan lagi kepada rakyat ialah ia boleh menyebabkan inflasi kerana sebahagian besar kewangan negara diperolehi melalui penjualan bon atau sukuk-kononnya islamik! (atau hutang kerajaan dalam bentuk produk kewangan) kepada pelabur-pelabur luar yang dijamin keuntungannya apabila tiba tempoh matangnya. Bagi mendapatkan kewangan bagi tujuan tersebut kerajaan akan memperkenalkan berbagai-bagai cukai keatas pengusaha dan rakyat (antaranya GST), dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barang.

Membenteras keuntungan berlebihan yang di ambil oleh satu-satu pihak hingga menyebabkan kesusahan  kepada rakyat adalah amalan yang dituntut dalam Islam, seperti ditegaskan didalam al-Quran;
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188)

sumber: malaysiakini
S'gor mahu potong margin keuntungan projek negeri

Kerajaan Selangor mahu mengurangkan margin keuntungan kontraktor bagi projek-projek infrastruktur kerajaan negeri - daripada 30 peratus kepada hanya 7 peratus - untuk menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin.


Mengumumkan demikian di sesi dialog Bajet 2012 pagi ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau sedang berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini dan berharap dapat menjadikannya satu dasar.


NONE"Saya telah bertemu (JKR) tetapi perbincangan kita perlu 
diterjemahkan kepada surat pekeliling (bagi penjawat awam). Terdapat beberapa masalah yang kita perlu selesaikan," katanya kepada pemberita.


Beliau berkata, 30 peratus margin keuntungan mungkin munasabah untuk berdepan dengan risiko lewat menerima pembayaran daripada kerajaan 20 tahun lalu, tetapi kini ia telah dikurangkan ekoran peningkatan kecekapan kerajaan negeri dalam menguruskannya.
Dalam ucapan perasmiannya, Khalid berkata margin keuntungan yang besar akan membolehkan kontraktor untuk sub-kontrak kerja-kerja mereka dan masih boleh "mengaut 15 peratus keuntungan tanpa berbuat apa-apa".


Katanya, Pakatan mahu menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin, yang menimbulkan masalah sosial dan politik kerana menurutnya, amalan tersebut telah bertukar menjadi menjadi 'kepakaran korporat' untuk parti-parti politik seperti MCA.


"Aset MCA adalah RM2 bilion hingga 3 bilion, (walaupun ia) hanya... sebuah parti politik," katanya.

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran