Friday 24 June 2011

Cukai Adalah Haram - Fatwa Mufti Brunei


Soalan:

Apa hukum cukai, kerana dalam sebuah kitab ada mencela dengan berbunyi: “Tiada seorang minta hajatnya kepada Allah melainkan pasti akan diberinya kecuali jika ia seorang sihir (tukang tenung) atau penagih cukai”?

Jawapan:

Cukai adalah tegah di dalam Islam, bagaimana tersebut dalam kitab-kitab fiqh Islam dalam kitab Az-Zawâjir bagi Imam Ibnu Hajar Asy-Syafi’e yang terkenal pada muka 167 juz awal dan dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyîdîn muka 157, 158 dan 253.

Katanya: “Cukai itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar...”

Dan dalam Qurrah Al-‘Ain bi Fatâwa ‘Ulamâ’ Al-Haramain muka 332 dan dalam kumpulan fatwa Mufti Libya Al-‘Allamah Asy-Syeikh Ath- Thahir Az-Zawi cetak tahun 1973 Masihi dan 1393 Hijrah.


Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dan ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1985

Nota: siri48/1985

Sumber: USIM

3 comments:

  1. Apakah jenis cukai seperti cukai jalan juga haram ?

    ReplyDelete
  2. Bolih kah diseneraikan apakah jenis cukai yang haram seperti dalam fatwa diatas ?

    ReplyDelete
  3. Cukai pendapatan (income tax) mungkin dimaksudkan disini. Dalam Islam kita sudah ada zakat.

    ReplyDelete

Belajar Quran