Monday, 23 May 2011

Katadua China Kepada US, Serang Pakistan, China Masuk Campur


Berita: China Bekalkan 50 jet pejuang kepada Pakistan

Jangkaan Barang Naik Melampau



Graf statistic terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan trend peningkatan harga yang membimbangkan. Walaupun peningkatan CPI indek hanyalah 3% tetapi peningkatan harga barang makanan adalah lebih tinggi iaitu 5%. Perbandingan harga bulanan juga menunjukkan peningkatan sekitar 0.3%. Peningkatan harga makanan ini memberi kesan secara langsung kepada kita semua dan kesannya sudah kita rasai.

Apakah kadar inflasi pada 2008 yang teringgi dalam sejarah negara akan berulang? Kalau kita perhatikan trend peningkatan harga makanan adalah seperti tempoh bulan April 2008, yang meningkat hingga 12% sebelum turun pada tahun 2009. Kenaikan harga makanan ketika itu disebabkan kenaikan harga minyak RON 97 kepada RM2.70. Pada April tahun ini RON 97 dinaikkan kepada RM2.70 sama paras harga tertinggi 2008 dan 5 mei baru-baru ini dinaikkan lagi kepada RM2.90.

Jadual 1: Harga minyak dari tahun 1990 hingga 2008

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagatPerubahan
RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)
Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 20082.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)
1 September 20092.0513.969.9651.2


Jadual 2: Harga minyak selepas RON 95 diperkenalkan
Harga runcit minyak Malaysia
TarikhRON 95BezaRON 97BezaDieselBeza
RM/literPeratus (%)RM/literPeratus (%)RM/literPeratus (%)
1 Sept 20091.75/1.80 -2.0513.91.70 -
16 Julai 20101.852.82.102.41.752.9
2 Nov 2010 -2.152.4 -
1-4 Dis 20101.902.72.307.01.802.9
5 Jan 2011 -2.404.3 -
1 Feb 2011 -2.504.2 -
1 April 2011 -2.708.0 -
5 Mei 2011 -2.907.4 -


Kita lihat lagi petunjuk kenaikan barangan apabila pihak bank menaikkan kadar BLR sehingga 6.6% baru-baru ini.

Year
BLR (%)
Remark
2011
6.60
Adjusted May 2011
2010
6.30
Adjusted July 2010
2010
6.05
Adjusted May 2010
2010
5.80
Adjusted March 2010
2009
5.55

2008
6.50
Adjusted March 2009
2007
6.75

2006
6.00

2005
6.00

2004
6.00

2003
6.50

2002
6.50

2001
6.75

2000
6.75

1999
8.00

1998
10.50

1997
9.25

1996
8.50

1995
6.60



Daripada kesemua graf dan jadual-jadual diatas jelas menunjukkan peningkatan harga barangan yang melampau tidak dapat dielakkan. Melihat kepada data tersebut, adalah jelas sekarang ini kerajaan adalah dalam keadaan terdesak menaikkan harga barangan; tetapi tidak dapat dilaksanakan buat masa terdekat ini kerana bimbang kemarahan rakyat jika pilihanraya diadakan dalam waktu tersebut. Dalam situasi ini kenaikan melampau adalah dijangkakan selepas pilihanraya kerana disamping faktor-faktor sedia ada ditambah lagi perbelanjaan pilihanraya dan perlaksanaan projek-projek segera yang tentunya memakan belanja yang besar. Contoh kenaikan melampau harga barangan seperti harga beras, sebelum inflasi 2008 untuk 10kg harganya sekitar RM15 tapi ketika kemuncaknya sehingga lebih RM30; ketika ini harga beras sekitar RM20 kalaulah trend tersebut berlaku, harganya boleh meningkat melebihi RM40!

Dalam dasar ekonomi riba-kapitalis, kesan kenaikan harga menyebabkan inflasi memberikan kesan secara langsung kepada Time Value Money (TVM). Inflasi merupakan komponen utama kadar faedah (interest rate) yang menjadi asas kepada pengiraan TVM. Sehubungan perubahan keatas kadar inflasi seterusnya menyebabkan kadar faedah juga turut berubah. Bank mengetahui bahawa inflasi akan menghakis nilai wang dalam tempoh masa pinjaman, oleh itu mereka meningkatkan kadar faedah bagi mengimbangi pengurangan nilai tersebut. Secara tidak langsung kerugian yang mereka alami dipindah kepada masyarakat, inilah dikatakan perompakan secara tersembunyi.

Sementara pihak bank sentiasa mengaut keuntungan berganda, kita semualah yang menanggung akibatnya dengan kenaikan harga barang yang menyebabkan nilai wang kertas semakin berkurangan. 
Langkah pihak bank menaikkan BLR sehingga 6.6% berikutan kenaikan OPR oleh Bank Negara memerlukan penjelasan dari kerajaan. Pihak bank telah meningkatkan kadar margin keuntungan tanpa sebarang penjelasan munasabah. Berbanding 2008 ketika OPR adalah 3.25% dan BLR adalah 6.5%, tetapi sekarang ini OPR 3% dan BLR adalah 6.6%. Bermakna pihak bank telah meningkat kadar margin keuntungan sebanyak 35 basis point tanpa sebarang halangan dari pihak kerajaan. Kenaikan kadar margin ini seolah-olah jaminan kerajaan terhadap keuntungan berganda oleh pihak bank. Dengan jumlah pinjaman sebanyak RM900bil akan melonjakkan keuntungan bank sebanyak RM3.2bil dengan mencekik rakyat!

Kenaikan ini pasti membebankan keseluruhan masyarakat, walaupun kita tidak membuat sebarang pinjaman dengan bank tetapi kebanyakan perusahaan yang mengeluarkan keperluan pengguna membuat pinjaman bank. Sudah tentu pertambahan kos dalam operasi akan dibebankan kepada pengguna melalui kenaikan caj perkhidmatan atau harga barangan.

Belajar Quran