Tuesday, 27 December 2016

Turki Tolak NATO, Sertai Blok Rusia


Di Moscow, sehari selepas pembunuhan Duta Rusia ke Turki, menteri-menteri luar dan pertahanan Iran, Rusia dan Turki bertemu untuk mencari penyelesaian isu Syria. Agenda utama adalah konflik Syria dan perang yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya setengah juta orang yang menyebabkan kehilangan separuh daripada penduduk di negara itu. Apa yang bermula enam tahun lalu di Tunisia sebagai kebangkitan rakyat dan memperoleh nama 'Arab Spring' kini mencetuskan kemusnahan di Yemen dalam perang yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dengan persenjataan dibekalkan Barat, pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Syria, dan harapan yang dimusnahkan di Mesir. Walau bagaimanapun, mengharapkan bahawa perjumpaan di Moscow dapat menyediakan jalan keluar terhadap tragedi tersebut dalam masa terdekat adalah sukar. Ia hanya memadai untuk mengharapkan gencatan senjata dapat dilaksanakan. 

Turki tidak lagi tunduk kepada NATO
Sidang 'Moscow Declaration’ menunjukan satu perubahan penting iaitu Turki tidak lagi tunduk kepada Amerika dan NATO. Walaupun Turki tidak memutuskan hubungannya dengan NATO dan ia juga tidak membuat sebarang kenyataan yang jelas mengenai hubungannya dengan Amerika Syarikat. Tetapi walau bagaimanapun, Turki telah memulakan perbincangan terbuka dengan Iran dan Rusia tanpa Amerika berada di meja rundingan. Ini dengan sendirinya sudah cukup sebagai kejutan. Semua percubaan sebelumnya oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk bersetuju mengenai tindakan yang diselaraskan telah menemui kegagalan, kata Ketua Pertahanan Rusia Sergey Shoigu. "Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengaruh sebenar ke atas keadaan di atas tanah".

'Moscow Declaration' yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga negara tersebut mengatakan bahawa Iran, Rusia dan Turki adalah bersedia untuk melaksanakan perjanjian yang telah dirundingkan antara kerajaan Syria dan pembangkang, dan menjadi penjaminnya. 

Mereka bersepakat dalam 8 perkara utama, antaranya; 
  • Menghormati kedaulatan Republik Arab Syria sebagai sebuah negara demokratik sekular yang berbilang kaum, agama dan mazhab. 
  • Tindakan ketenteraan melalui peperangan bukanlah penyelesaian kepada konflik di Syria 
  • Kepentingan mempercepatkan usaha gencatan senjata dan misi kemanusiaan 
  • Kesediaan menjadi fasilitator dan penjamin bagi perjanjian antara pihak kerajaan dan kumpulan penentang. Mereka menjemput negara lain yang berpengaruh turut berusaha bersama. 
  • Mengalukan usaha bersama di Timur Aleppo bagi membolehkan pemindahan sukarela orang awam dan kumpulan penentang bersenjata. Mereka juga mengalukan pemindahan sebahagian orang awam dari Fuaa, Kafraia, Zabadani dan Madaya. 
  • Berkeyakinan bahawa Perjanjian ini akan memainkan peranan penting untuk mewujudkan momentum yang diperlukan untuk menyambung semula proses penyelesaian politik di Syria selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254. 
  • Rundingan seterusnya bukan di Geneva tetapi di Kazakhtan setelah menerima tawaran Presiden Kazakhstan untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan tersebut di Astana. Kuasa Barat tidak lagi mempunyai pengaruh dalam rundingan tersebut.
  • Menegaskan kesungguhan untuk memerangi bersama kumpulan ISIL / Daesh, Al-Nusra dan untuk memisahkan mereka daripada kumpulan pembangkang bersenjata. 
Setelah kejatuhan Aleppo ke tangan pemerintah Syria pada awal December yang lalu. Turki sebagai salah satu pendukung penentang Syria nampaknya mulai bersikap realistik. Tidak ada lagi keinginan memaksakan jatuhnya Bashaar Assad dan tidak ada lagi sentimen sunni-syiah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan selama perang oleh corong media Amerika dan sekutunya. 

Tindakan Turki bebas dari pengaruh Arab sekutu Amerika
Langkah Turki condong ke Moscow berarti meninggalkan sekutu arabnya, iaitu Arab Saudi dan Qatar. Turki telah menunjukkan sebagai negara merdeka tidak takut dengan gertakan Amerika, NATO atau siapapun. Turki merasa berhak bekerja sama dengan siapapun tanpa memusuhi yang lain. Langkah Turki adalah langkah rasional sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Dan memang seharusnya demikianlah tindakan sebuah negara yang merdeka tanpa tunduk kepada tekanan asing.

Berbeza dengan Turki: Arab Saudi dan Qatar adalah negara dimana satu kakinya sudah dirantai oleh Amerika. Hampir tidak mungkin meninggalkan pakatan Amerika dan NATO. Kedua negara ini tidak berani membantah dalam banyak persidangan timur tengah terutama ketika ada kepentingan Amerika Syarikat disitu. Arab Saudi dan Qatar lebih banyak bersembunyi di ketiak Amerika dan NATO. 

Apakah Turki akan keluar dari NATO?
Jelas, Moscow Declaration menjadi petanda awal perdamaian dan pemulihan rakyat Syria. Sekaligus memberikan tamparan dan mengakhiri the dirty war atau perang kotor yang digagaskan Amerika dan NATO serta sekutu Timur Tengahnya. Mengakhiri perang paling mengerikan setelah WWII. Mudah-mudahan ia mengakhiri drama paling menjengkelkan dengan isu konflik sunni-syiahnya. Semoga kedamaian dan kesejahteraan dilimpahkan kepada rakyat Syria semuanya.

Rujukan;

Tuesday, 20 December 2016

Duta Rusia Ke Turki Di Bunuh Cetus WW3?

Kiri: Mevlut Mert Aydinta, Kanan: Gavrilo Princip yang bunuh Franz Ferdinand 1914

Pembunuhan Andrei Karlov Merupakan duta Rusia ke Turki mempunyai persamaan dengan pembunuhan Frenz Ferdinand, yang mencetuskan Perang Dunia 1. Konflik berdarah paling dahsyat dalam sejarah manusia itu dicetuskan apabila Archduke Ferdinand di bunuh oleh pejaung nasionalis Yugoslavia iaitu Gavrilo Princip di Sarajevo pada 28 June 1914. 

Pembunuhan waris takhta Austria-Hungary dengan cepat merebak menjadi krisis diplomatik yang akhirnya menyebabkan 16 juta jiwa melayang termasuk 7 juta orang awam. Selang sebulan selepas pembunuhan, kuasa-kuasa besar mula berperang dan di ikuti  sama oleh negara-negara lain yang menjadi sekutu masing-masing.

Mevlut Mert Aydintas berusia 22 tahun merupakan seorang anggota polis Turki telah menembak mati Duta Besar Rusia di Turki yang dikatakan sebagai bantahan terhadap campur tangan Rusia di Aleppo, Syria. Pembunuhan ini amat mengejutkan kerana dilakukan di bumi Turki dikawasan berhampiran bangunan parlimen mempunyai banyak persamaan dengan pembunuhan Ferdinand yang mencetuskan Perang Dunia 1.


Petunjukzaman telah mengeluarkan satu artikel pada tahun 2012 yang menjangkakan pertempuran yang baru bermula di Aleppo ketika itu akan mencetuskan perang akhir zaman. Iaitu akan mencetuskan perang besar dunia yang akan melibatkan Turki. Pasukan tentera Rom (NATO) yang beroperasi di Antioch akan melancarkan serangan ke Aleppo kononnya untuk merampas kembali Aleppo untuk umat Islam. Tetapi rancangan tersebut dihalang oleh pasukan muslimin dari Madinah yang merupakan pasukan terpilih dan terbaik, yang dapat menghidu tipudaya tentera Rom tersebut. 

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)

Rujukan

Belajar Quran