Saturday, 26 November 2016

Pohon Gharqad Membakar Israel


Kebakaran besar melanda Israel sekarang ini adalah berpunca dari kebakaran besar pohon gharqad. Pohon tersebut yang ditanam secara besar-besaran lebih dari 240juta pohon melalui sebuah badan khusus Jewish National Fund (www.jnf. Org). Puak Zionis sama ada yang berada di Israel, Eropah dan Amerika amat meyakini bahawa era millenium ketiga ini merupakan ambang akhir zaman. 

Segala usaha yang mereka lakukan adalah sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Messiah yang memimpin mereka dari Kuil Solomon untuk menakluk dunia. Penyelamat yang mereka sangka itu adalah Dajjal bagi umat Islam, yang akhirnya akan ditewaskan oleh Nabi Isa a.s. Kerana itulah disamping keyakinan mereka akan turunnya penyelamat yang mengalahkan umat manusia dan khususnya umat Islam, mereka juga mempercayai tentang hadis Rasulullah saw tentang pohon gharqad yang dapat melindungi mereka dalam pertempuran dengan umat Islam.


Seperti dinyatakan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa ketika diwawancara , dengan wartawan CBC TV, Robert Spencer melapurkan bahawa Mufti tersebut mengatakan “Israel” giat menanam pohon Gharqad untuk bersembunyi dari Muslim. Dalam wawancara yang Boleh didapati di internet sejak 23 Desember 2014 lalu. Mufti Ali Gomaa memetik tentang berbicaranya batu dan pohon, kecuali pohon Gharqad. 

Meskipun demikian, dia menegaskan kepada Muslim untuk tidak mulakan serangan. “Kitalah yang sedang diserang. Nabi Muhammad benar ketika menubuatkan kejadian ini, bahwa puak Zionis akan menjajah tanah kita, membunuh anak-anak kita, mencabul kehormatan perempuan-perempuan kita, dan mencuri wang kita,” katanya. Mufti tersebut melanjutkan, “Suatu hari mukjizat ini akan terjadi, ketika bangsa Palestina dan semua Muslim akan memerangi Yahudi, sampai batu dan pohon berbicara, kecuali pohon Gharqad. Begitulah kata hadits. Di Mesir, kita telah mengubahnya menjadi Ghardaqa. Sebuah kota dinamai Ghardaqa setelah pohon Gharqad ditanam di sana. Mereka mencoba mengubah penyebutannya, tapi sama saja. 

Mufti Ali Gomaa mengatakan, sejumlah orang mempertanyakan kesahihan hadits tersebut. “Hadits itu seratus persen shahih dan akan terjadi. Lihatlah sekarang bagaimana orang-orang Yahudi menanam pohon Gharqad di seluruh Tepi Barat. Mereka tahu bahawa pohon itulah yang akan melindungi mereka saat mereka bersembunyi di belakangnya. Mereka mempercayai teks-teks suci ini, ketika sejumlah Muslim meragukannya. Tapi, kebanyakan Muslim mempercayainya,” katanya. 

Pohon Gharqad dalam hadits tersebut memang bukan sekadar sebuah kiasan. Dia adalah bahagian dari takdir akhir zaman yang pasti berlaku. Ini juga menunjukkan apabila zaman dimana berlakunya pertempuran antara kaum Muslimin dan Yahudi nanti terdapat banyaknya pohon gharqad. Sudah tentu pohon ini belum lagi terdapat ketika zaman Rasulullah saw menceritakan keadaan ini, bahkan petempuran itu sendiri belum terjadi. Maka zaman inilah saat berlakunya peristiwa tersebut dan kebakaran pohon qharqa secara besar-besaran adalah hikmah yang perlu direnungi umat Islam.

Kejadian kebakaran besar ini juga menunjukkan pohon Gharqad ini hanya menjadi perlindungan sementara sahaja kepada Yahudi. Apabila tiba saat ajal mereka, pohon ini tidak lagi dapat dijadikan mereka sebagai perlindungan bahkan ia menjadi punca kejatuhan mereka.

Rujukan;

Monday, 21 November 2016

Bersih 5 Agenda Gereja Evangelist Rancang PM Baru

Kongres Amerika lebih setengah abad lalu telah mengharamkan pihak gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Pada tahun 1954, pihak kongres telah meluluskan pindaan undang-undang oleh Senator Lyndon Johnson untuk melarang mana-mana badan amal dan gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik.

Tetapi di Malaysia pihak gereja dibawah Bernard Paul, Bishop gereja Katolik mendesak rakyat Malaysia supaya turun dijalanan bersama gerakan Bersih bagi menjatuhkan PM Malaysia sekarang ini. Bersih 5 ini sebenarnya mendedahkan rancangan mereka untuk mendominasi politik Malaysia seterusnya mengadakan transformasi sistematik untuk penguasaan Kristian di Malaysia. 




Perkara ini bukanlah berdasarkan sangkaan semata-mata tetapi telah dibuat kajian secara terperinci di dalam buku Sang Nila Utama and The Lion of Judah yang dikarang oleh Iain Buchanan. Ia mendedahkan rancangan globalist menerapkan doktrin Kristian Zionis dan Dominionism kedalam gereja evangelista. Doktrin Dominion merupakan fahaman baru kristian ingin menegakkan sebuah negara berdasarkan undang-undang bible disamping mengadakan persediaan untuk Christ's Second Coming. 


Mereka mempunyai rancangan yang khusus untuk menguasai bidang politik dan terlibat secara langsung dengan urusan politik walaupun mereka dakwa sebagai non partisan. Seperti yang diluahkan oleh Pastor Daniel Ho dari Damansara Utama Methodist Church, " Not everything is politics, but everything is political...we must get involved at every level as much as possible, as deep as possible ". Rancangan tersebut mereka namakan sebagai Dream Malaysia Project yang menggabungkan bersama 20 orang Pastor dari seluruh Malaysia yang diketuai oleh Daniel Ho sendiri. Tujuan mereka ialah untuk membentuk sebuah revolusi terdiri dari kalangan silent majority. Dimana berpuluh-ribu akan bangkit dengan padu bagi mempengaruhi keluarga, guru, pemimpin dan pihak berpengaruh kepada keagungan tuhan mereka dan kebajikan rakyat. Seterusnya dalam proses tersebut diharapkan kumpulan majoriti akan di kristiankan. Antara penggiat utama kumpulan evangelist ini ialah Theresa Kok ahli parlimen DAP, yang mengatakan hanya 50 kumpulan cell sahaja dalam "missional ministry" diperlukan bagi ubah sebuah bandar. Beliau mengatakan demikian kepada Eric Swanson daripada Leadership Network and The Externally Focused Church yang sangat aktif mengembangkan jaringan " kingdom business " di Malaysia.


Penglibatan gereja evangelist dalam Bersih 5 memberi kesempatan yang besar kepada mereka untuk melebarkan pengaruh dalam politik Malaysia dan menentukan PM yang mereka kehendaki seterusnya mempengaruhi keputusan politik untuk melaksanakan agenda mereka. Gerakan Evangelista menolak bahawa negara ini adalah tanah ‘Melayu’ tetapi sebaliknya menganggap Melayu juga kaum pendatang. Mereka mahukan semua warga adalah sama rata dan bersaudara (“brothers and sisters”) untuk tujuan mencapai matlamat tersebut.


Bagi evangelista, Melayu adalah identiti “rasis” dan Islam adalah identiti “pelampau agama” (religious bigotry). Evangelista berpendirian bahawa penglibatan NGO Islam dalam politik adalah melambangkan haluan kanan beserta NGO Islam yang mahu menghadkan penggunaan ‘Allah’ (khusus bagi umat Islam sahaja) adalah setaraf Taliban dan Perkasa. Evangelista mengkehendaki pembangunan nasional mestilah hanya berteraskan fungsi manusia yang berpaksikan aspek produktiviti, daya saing dan senantiasa maju semata-mata tanpa menerapkan nilai-nilai Islam. 

Bersih 5 hanyalah alat bagi pihak-pihak yang terlibat bagi melaksanakan agenda mereka terutamanya untuk mengurangkan pengaruh Islam dalam aspek politik dan perundangan Malaysia. Seterusnya mengurangkan halangan bagi mereka untuk melaksanakan agenda meruntuhkan Islam seperti LGBT, Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu, kebebasan menukar agama bagi orang Islam dan yang paling penting melantik PM yang menjaga kepentingan mereka. Rakyat terutamanya umat Islam hanyalah sebagai catur permainan sahaja bagi mereka.

Rujukan;
  1. https://helenang.wordpress.com/2015/12/03/militant-evangelistas-and-their-ubah-agenda/
  2. https://akarimomar.wordpress.com/2016/11/20/koleksi-poster-gambar-bersih/
  3. www.dream.net.my
  4. www.asianbeacon.org
  5. https://akarimomar.files.wordpress.com/2015/02/sang-nila-utama-and-the-lion-of-judah.pdf

Belajar Quran