Monday, 26 January 2015

Berjayakah Raja Salman Singkirkan Raja Sebalik Tabir Saudi?


Pemerintahan Keluarga Diraja Saud
Writ undang-undang yang dikeluarkan oleh Raja Abdullah hanya dapat bertahan selama 12 jam sahaja. Dalam tempoh tersebut puak Tujuh Sudairi bersaudara, puak yang paling kaya dan berpengaruh dalam Dewan Saud yang telah kurang pengaruhnya semasa pemerintah yang lepas telah muncul menunjukkan pengaruhnya. Seperti diulas oleh huffingtonpost(1) rampasan kuasa dalam senyap. 

Belum lagi pengebumian jenazah almarhum Raja Abdullah selesai, pemerintah kerajaan beraja Saudi yang baru, Raja Salman bin Abdulaziz telah menyingkirkan Ketua Mahkamah Diraja Khaled al-Tuwaijri tetapi mengekalkan adik tirinya sebagai Putera Mahkota baharu, Putera Muqrin Abdul Aziz seperti dipilih oleh Raja Abdullah. Tetapi dengan licik melantik seorang lagi yang berpengaruh dari kumpulan Sudairi iaitu Mohamed bin Nayef, Menteri Dalam Negeri untuk menjadi Timbalan Putera Mahkota. Bukan satu rahsia lagi almarhum Raja Abdullah inginkan anaknya Mutaib bin Abdullah sebagai Timbalan Putera Mahkota(2). 

Satu tindakannya lagi yang jelas ialah Raja Salman yang juga dari Sudairi, cuba mendapatkan tampuk kekuasaan untuk generasi kedua apabila memberi anaknya Mohammed yang berumur 35 tahun kedalam lingkungan kuasa Kementerian Pertahanan. Beliau sekarang dilantik sebagai Setiausaha Agung Mahkamah Diraja. Semua perubahan ini dilakukan sebelum pengebumian Raja Abdullah. 



Kenyataan rasmi kerajaan Saudi perlantikan ketua Mahkamah Diraja yang baru(3)

Al-Tuwaijri telah menjadi ketua Mahkamah Diraja semasa pemerintahan almarhum Raja Abdullah merupakan kedudukan yang paling penting dalam kerajaan beraja tersebut. Pemerhati sifatkan penyingkirannya merupakan pembatalan terhadap rancangan yang telah digariskan oleh almarhum raja dan anaknya Mutaib, yang dijangkakan menjadi timbalan kepada Putera Mahkota dan mengekalkan Al-Tuwaijri.

Beberapa sumber media melapurkan ketidak munculan Khalid al-Tuwaijri dari khalayak sebaik saja Raja Abdullah meninggal. Beliau merupakan seorang yang amat penting semasa pemerintahan Raja Abdullah dan disifatkan sebagai kotak hitam Raja Abdullah. Beliau telah dilantik oleh raja sebagai ketua setiausaha kepada majlis perlantikan jawatan kerajaan beraja (4).

Kedudukan al-Tuwaijri diwariskan dari keluarganya dari ayahnya Abdul Aziz al Tuwaijri yang mendapat kedudukan yang paling berpengaruh dalam istana(5). Keluarga Tuwaijri menjadi penjaga gerbang diraja dimana kerabat dirajapun mesti mendapat kebenaran dari beliau untuk sebarang keputusan(6). Bahkan tidak dibenarkan mengadap raja sama sekali tanpa kebenaran, penglibatan dan pengetahuan Tuwaijri. Tuwaijri merupakan dalang utama penglibatan dalam kepentingan negara luar seperti mematahkan Revolusi Mesir, menghantar tentera di Bahrain, penglibatan dalam perang saudara di Syria.

Kediaman Mewah Khalid Al-Tuwaijri di Beverly Hills kawasan mewah Hollywood (7)
Sesetengah pemerhati termasuk Arabi21(8) dilaporkan tidak terkejut dengan kejatuhan Al-Tuwaijri dari kedudukannya kerana perbezaan yang timbul baru-baru ini antara beliau dan anggota kanan keluarga diraja, yang menyifatkan beliau sebagai "ketua rasuah" dan satu yang ingin "memusnahkan negara dan mengatasi Keluarga Diraja ".Beliau juga telah digambarkan sebagai "sotong kurita" dan pemimpin utama yang melansanakan "Projek kebaratan" dan "penaung sekular" di Arab Saudi. 

Al-Tuwaijri juga dituduh menyelaras kempen dengan surat khabar Arab terhadap ulama yang berjuang menentang usaha sekularisasi beliau. 

Hubungannya dengan pemerintah pro-barat di negara Teluk, Mohammed bin Zayed, Putera Mahkota Abu Dhabi amatlah rapat. Buat masa ini, Tuwaijri telah tersingkir dan senarai proksinya yang panjang, bermula dengan Presiden Mesir Abdel Fatah el-Sisi sudah mula merasa seram sejuk akibat angin perubahan yang bertiup dari Riyadh ini. Sisi gagal untuk menghadiri majlis pengkebumian pada Jumaat lepas, apakah semata-mata kerana cuaca buruk?

6 comments:

  1. Sheikh Imran berpendapat kemangkatan Raja Abdullah menandakan dekatnya berlaku perang akhir zaman. Ini kerana selepas para imam (7) dari seluruh pelusuk dunia akan membai'ah imam Mahdi di Mekah.Justeru akan datang sekumpulan tentera dari Syam (Syria) yang dihantar untuk menentang imam Mahdi namun mereka akan ditelan bumi
    Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari
    penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)
    Saudaraku, sebahagian tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahwa tanda yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin di jazirah arab, maka kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai’atan paksa Imam Mahdi di depan Ka’bah.
    Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, bererti Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahwa Hadits berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahwa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.
    Pertama,perselisihan berkepanjangan sesudah kematianseorang pemimpin.
    Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah.
    Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

    “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir.. . Dan bila ini telah menjadi jelas kita pun terikat dengan pesan Nabishollallahu ’alaih wa sallam sebagai berikut:

    “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
    Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin…

    ReplyDelete
  2. Bersabda Rasulullah -shallallahu alaihi wa alihi wa salam- :
    “Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah (penguasa pengganti). Maka keluarlah seorang laki-laki dari penduduk Madinah dan ia lari ke Makkah. Lalu datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Makkah, dan mereka membawa laki-laki tersebut dengan paksa. Kemudian mereka membai’atnya antara sudut Ka’bah dengan Maqam Ibrahim”.
    (HR Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah –radliallahuanha-, dishahihkan Al Haitsami dalam Majma’ az Zawaid, dan di hasankan oleh Ibnul Qayyim, dan terdapat syawahid (penguat) hadits serupa dari ‘Aisyah –radliallahuanha-)
    dari Sauban, r.a.. Rasullulah s.a.w. bersabda maksudnya, " akan berbunuhan di tempat simpanan Kaabah. kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada bekas khalifah....maka tidak seorang pun dari mereka akan dapat (harta itu atau menjadi khalifah ). Kemudian muncullah panji2 hitam dari timur. lalu mereka akan membunuh kamu semua (dengan pembunuhan yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana mana kaum pun.Kemudian baginda menyebut sesuatu yang saya tidak berapa ingat.Kemudian baginda bersabda maka jika kamu melihatnya, maka hendaklah kamu segera berbai'ah dengannya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana disisinya adalah khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi"
    Keterangan :
    Tidak disebutkan oleh hadits ini (Hadits wafatnya seorang khalifah sebelum munculnya al mahdi) seperti apakah ciri khalifah yang meninggal sebelum munculnya al mahdi ini, namun mengingat banyak hadits menyebutkan bahwa sebelum al mahdi muncul di dunia ini penuh dengan kezaliman, bahkan manhaj salafy wahhabbi di saudi juga menganggap raja saudi sebagai khalifah dan banyak diantaranya yang menulis tentang Daulah Su’udiyah. Dan yang terakhir inilah yang dimaksudkan hadits tersebut mengingat al mahdi muncul di haramain.
    Disini dijelaskan oleh Rasulullah -shallallahu alaihi wa alihi wa salam- bahwa al Mahdi -alaihis salam- adalah salah seorang dari penduduk Haramain,
    Pembaitan al mahdi terjadi di Makkah oleh ulama penduduk haramain kerana waktu itu di Haramain (sekarang masuk wilayah saudi arabia) sedang terjadi kekosongan kekuasaan pemerintahan akibat meninggalnya penguasanya sehingga terjadilah pertikaian perebutan kekuasaan. Al mahdi dibaiat sebagai khalifah atas adanya konflik pemerintahan di haramain dan sekitarnya.
    Setelah resmi dibaiat sebagai amir haramain dan sekitarnya (amir negeri saudi saat ini – wallahua’lam), al mahdi masih menghadapi tentangan dari penguasa penguasa lainnya di Semenanjung arabia (Timur Tengah).
    4. Siapa Saja yang Akan Diperangi dan Memerangi Al Mahdi -alaihis alam-
    Telah bersabda Rasulullah -shallallahu alaihi wa alihi wa salam- :
    “Kamu akan memerangi semenanjung arabia, lalu Allah akan menaklukkannya untukmu. Setelah itu Persia (Iran), dimana Allah akan menaklukkannya untukmu, Kemudian Rum, dimana Allah akan menaklukkannya untukmu. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal, dimana Allah akan menaklukkannya untukmu”.
    (HR Muslim dari Nafi’ bin Atabah. Juga Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
    Keterangan :
    Yang dimaksud dengan semenanjung arabia dalam beberapa riwayat adalah kekuasaan as Sufyani yaitu anak keturunan Khalid bin Zaid bin Abi Sufyan dari bani Umayyah (pihak ayah) dan bani Kalb (pihak Ibu). As Sufyani saat itu adalah salah satu penguasa yang berpengaruh di Timur Tengah, jadi bukan penguasa Iran kerana Iran adalah wilayah Persia, juga bukan penguasa saudi, kerana al mahdi lah penguasa saudi saat itu yang menggantikan dinasti saudi (jika saudi masih ada).
    Adapun bangsa Rum kemungkinan adalah bangsa-bangsa barat salib kristian yang bersatu memerangi al mahdi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. sebelum al mahdi muncul.. perang menentang india akan berlaku terlebih dahulu.. mungkin tahun ini atau 2016...

    ReplyDelete
  4. Are you looking for free YouTube Views?
    Did you know that you can get these ON AUTO-PILOT AND ABSOLUTELY FREE by using Add Me Fast?

    ReplyDelete

Belajar Quran