Sebuah kapal selam nuklear kategori project 971 (Jaws - klasifikasi NATO), yang lengkap dengan peluru berpandu jarak jauh, telah menyusup masuk ke pantai US melalui Teluk Mexico dalam jangkamasa yang lama tanpa dikesan, dilapurkan oleh Washington Free Beacon melalui pegawai US yang tidak dinamakan.
Kapal selam itu mempunyai keupayaan menenggelamkan mana-mana kapalselam nuklear US ataupun mana-mana kapal pengangkut US. " Kapal selam Akula tersebut dibina hanyalah untuk satu tugas sahaja dan satu-satunya tugas tersebut ialah memusnahkan kapal selam peluru ballistic dan kelasinya," menurut jurucakap pegawai US.
Wakil jurucakap tentera laut US enggan mengulas tentang lapuran tersebut. Sebahagian besar media utama di US juga tidak menyiarkan tentang kejadian tersebut.
Penyusupan di Teluk Mexico berlaku pada masa yang sama ketika pesawat pengebom strategik Russia menyusup masuk ke dalam ruang udara terlarang berdekatan Alaska dan Callifornia dalam Jun dan Julai. Di sebelah West Coast, sebuah pesawat pengebom strategic Bear H telah memasuki ruang udara US berdekatan California dan bertemu dengan jet pemintas US.
http://english.pravda.ru
No comments:
Post a Comment