Monday, 28 May 2012

Penemuan Planet X?



Sebuah planet besarnya empat kali ganda dari bumi kemungkinan beredar dipinggiran sistem solar selepas planet pluto, telah ditemui berdasarkan satu kajian yang terbaru. Terlalu jauh untuk dikesan oleh teleskop bumi, planet halimunan itu mungkin ditunda oleh tarikan graviti objek berais yang melintasi Neptune, mungkin boleh menjelaskan tentang misteri orbitnya yang sukar diramalkan. 

Penemuan itu dikemukakan oleh Rodney Gomes, seorang astronomi disegani dari Pusat Pencerapan Nasional di Rio de Jenerio. Gomes membentangkan penemuan tersebut dalam satu persidangan oleh American Astronomical Society di Timberline Lodge, Ore. pada awal bulan ini.

Ahli astronomi yang hadir dalam pembentangan tersebut mendapati fakta yang dikemukakan adalah meyakinkan, tetapi mereka menyatakan lebih banyak bukti diperlukan sebelum anggapan tersebut dapat disahkan.




Planet X atau setengah penyelidik menamakan Planet Nibiru amat menarik perhatian kerana di kaitkan dengan sebab berlakunya perubahan cuaca dunia, aktiviti volcano, kekerapan aktiviti seismic dsb. Pusingannya sekali dalam 3,600 tahun menghampiri bumi dikatakan mengakibatkan perubahan besar cuaca dunia, perubahan cuaca dunia yang amat ketara ialah bila cairnya glacier di kutub. Air hasil pencairan ini akan mengubah kemasinan air laut yang selama ini secara fitrahnya menjana putaran Gulfstream ke Utara, Utara - Barat Eropah, Utara - Timur USA.

Dikatakan juga ketika orbitnya hampir pada 7,200 lalu, berlakunya banjir besar Nabi Nuh; akibat dari perubahan besar suhu dan ribut mengganas. Menurut Dr. John T. Hollin dari Maine University (USA) berlakunya runtuhan ketulan ais raksasa di Antartica menyebabkan gelombang amat besar. Planet tersebut dikatakan hampir juga pada 3,600 tahun dahulu ketika peristiwa Nabi Musa menyeberang Laut Merah.

Buat masa ini kita sedang mengalami keadaan pemanasan global - glacier di kutub sedang cair dengan cepatnya.

Tuesday, 15 May 2012

Pentadbiran Obama Rancang Serang Tanah Suci?

Dalam artikel yang lepas, petunjukzaman ada membangkitkan, apakah Obama merupakan "Dzus Suwaiqatain" yang akan menyerang Kaabah seperti ciri-cirinya telah jelaskan oleh Rasulullah saw.


Persoalan yang dibangkitkan itu nampaknya berasas dan lebih besar lagi kemungkinan jika Obama sekali lagi terpilih sebagai presiden Amerika. Ia diakui sendiri oleh Pentagon apabila terbongkar sukatan kursus pegawai tenteranya melibatkan serangan keatas bandar suci umat Islam di Mekah dan Madinah.

Pegawai Pentagon latih askar benci Muslim, saran bom Tanah Suci

VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.

Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey

Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu. Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.

Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’. Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.

Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait. Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.

“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.

“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya. – Agensi

sumber;

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012051306380620120513063806/Article

Thursday, 10 May 2012

Saudi Buktikan Kesetiaan Pada CIA


Saudi sekali lagi membuktikan kesetiaannya sebagai boneka Amerika apabila menjalankan operasi menyamar sebagai al-Qaeda (al-Qaeda itu sendiri adalah organisasi bayangan CIA bagi menindas gerakan Islam untuk mempertahankan Israel) untuk meletupkan pesawat di Yaman.

Agensi perisikan Arab Saudi menempatkan ejennya dalam pergerakan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) bagi meyakinkan orang atasan supaya menyerahkan kepadanya bom bukan metalik jenis baru untuk misi berkenaan, lapor Los Angeles Times (LAT). Agensi perisikan Barat mengenal pasti AQAP sebagai antara pergerakan berkaitan al-Qaeda paling bahaya di dunia, yang mengambil bahagian dalam serangan ke atas Barat. 

Bahan letupan itu sepatutnya diseludup menggunakan kapal itu tanpa dikesan dan kemudian diletupkan. Ejen berkenaan sebaliknya mengatur untuk menghantar bahan letupan itu kepada Amerika dan pihak berkuasa perisikan lain yang menunggu di luar Yaman, lapor akhbar itu. Ejen terbabit tiba dengan selamat di negara dirahsiakan dan kini disoal mengenai tugasnya.

Tipudaya CIA itu untuk menggambarkan seolah-olah perancangan itu dilakukan al-Qaeda, tetapi ia sebenarnya secara tidak langsung membongkar semua serangan pengganas di Norway, India, Bangkok, Perancis adalah operasi  yang direka CIA bagi mengesahkan polisi anti pengganas Amerika untuk melindungi negara Israel dan melemahkan gerakan Islam.

Kerjasama perisikan tersebut membolehkan CIA mengesan pejuang Islam Yaman, Fahd al-Qasaa, yang dibunuh CIA dengan peluru berpandu pada Ahad lalu yang disasarkan ketika beliau keluar dari keretanya.

Qasaa dikatakan penganalisis perisikan memainkan peranan penting dalam pengeboman USS Cole di pelabuhan Yaman pada 2000.

Sumber;


Thursday, 3 May 2012

Keajaiban Tawâfuq di dalam Al-Qur’an




Terdapat tawâfuq di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, jika penerbit atau penulis tidak memberi perhatian, atau tidak tepat dan tidak cukup berhati-hati, tawâfuq tidak boleh dikesan atau dikenal pasti.

Tanpa bantuan dan bimbingan Bediuzzaman Said Nursi keajaiban tawâfuq mungkin tidak dapat diketahui kerana usaha-usaha yang terdahulu tidak pernah menekankan perkara ini, oleh itu orang ramai tidak mungkin menyedarinya.

Tawâfuq adalah apabila dua perkara berlaku dengan cara yang tepat dan teratur tanpa niat. Tawâfuq dapat difahamkan apabila kita mengetahui bahawa tidak ada kemungkinan kebetulan atau peluang tersebut berlaku dalam sesuatu keadaan. Dan apabila kita memahaminya, kejadian tersebut semestinya telah ditakdirkan oleh Allah untuk tujuan yang penting.

Keajaiban tawâfuq di dalam Al-Quran dipaparkan dengan cetakan perkataan Allah (Lafzullah) yang disebut 2806 kali, adalah sejajar antara satu sama lain. Kesemua 604 muka surat al-Quran kecuali sebahagian kecil sahaja, mengandungi perkataan Allah yang sejajar yang menjadi bukti jelas.

Kesejajaran ini dapat diperhatikan pada setiap halaman muka surat yang mengandungi perkataan Allah adalah sejajar antara satu dengan lain apabila dua helai muka surat bertindih muka ke muka, di mana ianya sejajar dalam barisan dari atas ke bawah atau secara langsung sejajar di bahagian hadapan dan belakang sesuatu muka surat. Tawâfuq juga boleh dilihat dengan perkataan lain seperti Rab (Tuhan), Al-Quran dan Rasul (Muhammad) dan juga dalam banyak bentuk-bentuk lain.

Keajaiban tawâfuq di dalam Al-Quran pertama kali didedahkan oleh Bediuzzaman Said Nursi satu abad yang lalu. Sekarang, dalam era falsafah materialistik dan tiada beragama, iaitu suatu masa di mana orang hanya percaya kepada apa-apa yang mereka boleh lihat, dan cuma akan mempercayai perkara dengan batasan penglihatan, keajaiban tawâfuq al-Quran yang menarik ini amatlah bermakna dan ianya benar-benar adalah suatu rahmat Allah.

Terdapat hikmah yang tidak boleh dinafikan dalam mukjizat tawâfuq yang telah ditemui hampir 1350 tahun selepas Al-Quran disusun. Sekiranya tawâfuq Qur `an telah dikesan sebelum ini, iaitu pada masa hayat Rasulullah Muhammad (S.A.W) dan sahabatnya, musuh-musuhnya pada ketika itu dan juga generasi kemudian mungkin telah menuduh baginda dan sahabatnya, dengan mengatakan bahawa mereka sengaja menyejajarkan perkataan-perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tawâfuq telah diketemui pada zaman orang berkata, “Saya hanya percaya apa yang saya boleh dilihat”, adalah mencukupi untuk memusnahkan penafian mereka itu.

Dalam hal ini Bediuzzaman pernah berkata “Segala puji adalah kepada Allah, bahawa Al-Quran telah tertulis dengan secara terbuka yang menggambarkan salah satu daripada enam mukjizat yang boleh dilihat oleh mata kasar. Ini adalah Al-Quran yang telah dituliskan oleh Hafiz Osman. Selain daripada beberapa keadaan yang jarang berlaku, nama Allah diulang-ulang 2806 kali dengan keajaiban tawâfuq. Setiap muka surat atau ayat tidak pernah dipinda. Kami cuma mengawal selia sahaja. Daripada peraturan itu tawâfuq yang mengagumkan telah tersebar. Beberapa figura “Ahl al Kalb” (orang-orang yang mendekati realiti dengan hati mereka) telah melihat al-Quran yang telah ditulis ini dan bersetuju ianya adalah hampir sama dengan al-Quran di Lauh al Mahfuz.”

Belajar Quran