Sunday, 15 April 2012

Tsunami Gergasi 11.4m di Jangka Melanda Malaysia


Petunjukzaman dalam artikel lalu telah memberi peringatan tentang kemungkinan Malaysia dilanda tsunami kerana melaksanakan pengambil alihan syarikat minuman ringan Permanis kepada syarikat pengeluar minuman beralkohol terbesar di Jepun iaitu Asahi. Peringatan ini adalah iktibar daripada kehancuran bandar Asahi tempat kilang pengeluaran arak tersebut akibat gempa bumi dan kemudiaannya tsunami. http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/07/permanis-pengeluar-air-minuman-di-ambil.html 

Inilah amaran yang telahpun dikhabarkan oleh Rasulullah saw dan benar-benar telah berlaku dan dapat dilihat oleh kita sendiri melalui berita di media-media:

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa)dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".

Peristiwa gempa dan penengelaman bumi adalah akibat dari kemurkaan Allah diatas keengkaran manusia menuruti perintah telah ditetapkan olehNya didalam kitab al-Quran seperti diterangkan didalam surah al-Mulk berikut:

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?(Al-Mulk 67:16


Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?(Al-Mulk 67:17)


Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.(Al-Mulk 67:18)


Kajian oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengesahkan peringatan yang telah disiarkan dalam artikel petunjukzaman yang lalu; sumber JMM itu menjangkakan berdasarkan simulasi kemungkinan Malaysia dilanda tsunami gergasi sehingga 11.4m, iaitu kira-kira setinggi bangunan 3 tingkat. Menurut kajian tersebut ini berikutan gempa yang baru melanda Aceh pada skala 8.6 telah menambahkan tekanan pada zon gelinciran yang sedia ada, terutamanya terhadap garis gelinciran Padang.

Pakar seismologi JMM Dr Mohd Rosaidi menyatakan bahawa garis gelinciran Padang sudah lama tertangguh dan gempa pada Rabu lepas meningkatkan lagi tekanan sepanjang garis tersebut dan mempercepatkan lagi kejadian gempa bumi.

Menurut kajian JMM lagi," Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja, kita bimbang kerana Padang lebih dekat dengan kita. Gempa Aceh baru-baru ini berada dalam lingkungan yang agak jauh, kira-kira 800km dari Penang. Tetapi jika ia berlaku di Padang, ia hanya kira-kira 300km jauhnya dari Kuala Lumpur". 

Sumber: JMM
________________________________________________________________________________

Arrival Time And Height Of Tsunami Wave For Worst Case Scenario At Andaman Sea: Earthquake Magnitude 9.5 Richter
________________________________________________________________________________
Location              Arrival Time Tsunami Height (m)
________________________________________________________________________________
Pantai Cenang 1 jam 7 minit 8.9
Kuala Perlis 1 jam 51 minit 11.4
Kuala Muda 1 jam 12 minit 11.2
Batu Feringghi 1 jam 2 minit 8.5
Pulau Pangkor 1 jam 42 minit 7.6
Kuala Selangor 1 jam 53 minit 3.8
________________________________________________________________________________

Rujukan;

  1. http://www.nst.com.my/mobile/top-news/brace-for-the-big-one-1.74106
  2. http://www.met.gov.my/images/pdf/training/disaster%20management%20course_mohd%20rosaidi.pdf

2 comments:

  1. salam tuan nursi..maaf tanya disini..boleh tuan nyatakan pendapat tuan tentang penyenaraian felda ke bursa saham?kembarailmuenterprise@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, saya sebenarnya tak faham kenapa Felda perlu disenaraikan? Bukankah selama ini pun Felda membuat untung lebih 1bn tanpa disenaraikan. Kalaulah untung felda selama ini sudah 1bn apakah peneroka mendapat dividen yang setimpal?

      Apatah lagi bila disenaraikan keuntungan bergantung kpd turun-naik saham, sesuatu yg tidak pasti dan boleh dimanupulasi berdasarkan pihak yg berkepentingan, sudah tentu peneroka tidak mampu buat apa2. Inilah dasar ekonomi kapitalis, rompakan cara terhormat diatas hasil usaha pekerja.

      Peneroka dijanjikan durian runtuh apabila Felda disenaraikan, tetapi jika selama inipun keuntungan yg diperolehi tidak diagihkan dengan setimpal kepada peneroka, apakah dengan kaedah pasaran terbuka ini peneroka akan memperolehi imbuhan yang lebih?

      Tetapi yang paling menimbulkan persoalan, kenapakah FGVH menjadi pemegang saham terbesar, padahal syarikat subsidiarinya menanggung kerugian hampir RM500j. Mungkin inilah tujuan sebenar penyenaraian tersebut; bukan untuk kebajikan peneroka tetapi menyelamatkan syarikat2 yg mempunyai kepentingan tertentu.

      Kerajaan menjanjikan bayaran lump sum sebanyak RM5.9bn kpd peneroka apabila Felda disenaraikan; tetapi khabarnya bukan dalam duit tunai tetapi dalam bentuk saham dalam FGVH!

      Tg Razaleigh (pernah jadi menteri kewangan m'sia & penasihat kewangan Berunai) mengatakan, sebaik saja disenaraikan di BSKL, tanah yg dimiliki oleh peneroka akan diapungkan di pasaran terbuka. Bila sudah diapungkan, Tg Razaleigh memberi amaran sesiapa saja boleh membeli saham tersebut walau pada harga berapapun jika mereka mampu membelinya, boleh akibatkan peneroka/pemegang saham kehilangan tanah mereka bila saham tersebut dilupuskan.

      Delete

Belajar Quran