Monday, 2 January 2017

Sultan Muhammad V Jalur Muhammad Al Mahdi







SULTAN MUHAMMAD V SEBAGAI MALIKUSSOLEH

Pada 13 Disember lalu, Sultan Muhammad V melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XV dan pada usia 47 tahun baginda adalah sultan termuda dalam kalangan Raja-raja Melayu ketika ini. Di Kelantan rakyat menggelarkan baginda Sultan Kelantan yang baru sebagai “Malikussoleh” iaitu pemerintah yang soleh.

Sultan Muhammad V yang mendapat didikan dalam bidang keagamaan dan kerohanian begitu menyerlah di mata rakyat dari segi pegangan Islam yang kukuh. Baginda juga gigih berusaha menerap nilai kerohanian dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini menerusi program 'Qiam With Me' yang diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011.

Program itu, yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih, diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan dan Qiamullail sehingga sahur dan solat Subuh berjemaah bersama baginda.


Menurut Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Muhammad Hana Pizi Abdullah, Sultan Muhammad V begitu prihatin dalam soal masjid dan agama Islam. "Kami warga masjid amat dekat dengan baginda yang cukup prihatin dengan masjid dan agama. Seperti yang diketahui umum, baginda seorang sultan yang memang selalu berada di masjid dan rakyat senang bertemu dengan baginda," katanya.

Muhammad Hana Pizi berkata kehadiran baginda di masjid dan majlis keagamaan menjadikan baginda begitu dekat dengan rakyat. "Sultan Muhammad V pernah mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, yang disertai ribuan jemaah beberapa tahun lepas," katanya.

RAJA-RAJA MELAYU ZURIAT AHLUL BAIT

Dalam sejarah penyebaran dan perkembangan Islam di Alam Melayu ini, melibatkan sumbangan besar daripada zuriat Ahlul Bait yang memainkan peranan dominan. Ahlul Bait adalah ahli keluarga Rasulullah S.A.W yang terdiri daripada kalangan baginda sendiri, isteri-isteri, anak-anak dan keturunan baginda sehingga sekarang. Salah seorang puteri Rasulullah S.A.W yang termasuk dalam keluarga ini adalah Fatimah az-Zahrah. Fatimah berkahwin dengan sepupu Rasulullah S.A.W iaitu ‘Ali bin Abi Talib. Hasil perkahwinan ini beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Hasan, Husain dan Muhsin (meninggal ketika masih kecil).

Melalui kedua-dua orang cucu Rasulullah S.A.W ini, zuriat Ahlul Bait masih berterusan dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam mengembangkan Islam di Alam Nusantara. Penghijrahan Ahlul Bait khususnya yang berketurunan daripada Imam Husain merupakan mereka yang menetap di Hadramaut Yaman. Kemudian mereka berhijrah ke Alam Melayu dengan tujuan awalnya adalah untuk berdakwah sambil berniaga. Di Nusantara mereka tersebar ke berbagai kepulauan seperti Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaya, Sulawesi, Mindanau, Kalimantan, Champa dan sebagainya.

Perjuangan zuriat Ahlul Bait itu telah terbukti daripada pertumbuhan dan perkembangan Islam di Alam Melayu ini, seperti Wali Songo sebagai pendakwah Islam di Tanah Jawa. Begitu juga, ulama-ulama yang berdakwah di Semenanjung Malaysia seperti di Terengganu. Sebahagian besarnya adalah Ahlul Bait daripada keluarga al- ‘Idrus. Di Johor, ulama-ulama Ahlul Bait daripada keluarga al-Saggaf, al-‘Attas, manakala di Pahang, sebahagian ulama daripada Ahlul Bait yang menyebarkan Islam di sana adalah terdiri daripada keturunan keluarga al-Yahya.

Seterusnya, zuriat Ahlul Bait itu berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Sebahagian penting di kalangan mereka merupakan ulama yang terkenal sehingga dengan kemasyhuran mereka menyebabkan penduduk tempatan teruja. Ada yang dilantik sebagai Sultan untuk mentadbir sesebuah daerah di mana mereka berada ketika itu, seperti yang berlaku pada Kesultanan Kalimantan Pontianak, Kesultanan Perlis, dan sebagainya.

Gelaran Ahlul Bait di setiap pulau atau negeri pula berbeza-beza seperti di Indonesia, Ahlul Bait lebih dikenali dengan panggilan Habib atau Sharif (untuk lelaki), Sharifah (untuk perempuan) dan ada juga yang lebih dikenali dengan nama panggilan keluarga seperti; al-Saggaf, al-Qudri, al-Yahya, al-Jamalullail, al-‘Attas, al-Kaf, al- Jufri, al-Habsyi dan sebagainya. Sedangkan di Semenanjung Malaysia, panggilan Ahlul Bait lebih dikenal dengan gelaran nama diawalnya dengan tambahan Syed, Sharifah dan ada juga dengan panggilan Ungku, Tuan, Wan dan sebagainya.

Sultan Adiluddin merupakan pengasas dinasti Raja Kelantan lama (termasuk Patani) yang pertama dari keturunan Rasulullah SAW. Baginda yang lebih terkenal dengan nama ‘Raja Loyor’ merupakan putera Datu Nik Jamaluddin ibni Wan Abul-Muzaffar, ibni Sultan Abu Abdullah, Raja Champa yang bergelar Wan Bo. Sultan Abu Abdullah, atau Wan Bo pula ialah putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Jamaluddin Al-Hussein

Putera Sayyid Ali Nurul Alam yang bemama Sultan Abu Abdullah itu pula telah menjadi pengasas Raja Champa keturunan ahlul—bait mulai tahun 1471—1478M. Kesultanan Champa dari titisannya hanya dapat bertahan selama empat generasi sahaja, iaitu sehingga period pemerintahan datuk Long Baha, iaitu Nik Ibrahim (Po Nrop). Long Baha ialah raja yang memerintah Patani dalam tahun 1710-1715M, kemudiannya menjadi Raja Kelantan pula dalam tahun l7l9—1733M. Keturunannya bersambung—sambung menjadi raja Kelantan hingga ke hari ini.

RAJA-RAJA ISLAM PIMPIN PERALIHAN KEPADA KHALIFAH AL-MAHDI

Kesimpulannya, InsyaAllah dalam zaman peralihan kelak, Raja-Raja Islamlah yang akan menjadi simbol kesatuan dan kekuatan ummah, serta bertindak sebagai peneraju utama dalam mengharungi berbagai pergolakan hebat dengan musuh-musuh agama dengan dokongan alim-ulamak, sehingga sampai masanya untuk menyerahkan panji-panji agama kepada Al-Mandi AS apabila is dinobatkan sebagai khalifah ummah. Begitulah halnya yang terjadi apabila Allah melantik Thalut sebagai raja bagi kaum Bani Israil untuk memerangi Jalut.

Allah SWT telah menobatkan Thalut dengan menganugerahkannya Peti Thabut sebagai tanda zahir penobatannya. Begitu juga bagi wira Islam yang agung, iaitu Sultan Salahuddin Al Ayubbi yang terkenal atas kegigihannya menerajui jihad Islami dalam Perang Sabil sehingga Allah SWT memberikan umat Islam kemenangan dan merampas kembali Baitulmuqaddis dari tangan orang Nasrani. Salahuddin berjuang atas platform Institusi Beraja dimana beliau sendiri menjadi Raja Mesir di waktu itu dan dinobatkan melalui pemberian alat-alat kebesaran khalifah. Maharaja India yang terkemuka, iaitu Sultan Auarangzeb memimpin umat Islam di India mencapai mercu.

Di Alam Melayu, raja-raja seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Acheh), Sultan Babullah (Ternate), Sultan Fatah (Jawa), Sultan Saiful Rijal (Brunei), Sultan Maulana Yusuff (Sultan Banten), Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah) dan ramai lagi, semuanya menggempur penjajah kuffar sehingga diberikan kemenangan gemilang oleh Allah SWT. Semua mereka ini merupakan raja-raja Islam yang bernobat mengikut amalan tradisi.

Kesimpulannya, Institusi Beraja insyaAllah akan menjadi platform yang diperlukan dalam perjuangan kita menentang musuh-musuh Islam di zaman peralihan yang bakal menjelang kelak. Oleh itu seharusnyalah Institusi yang sakaral ini diperkuat dan dipertahankan dengan segenap daya upaya kita sebagai persiapan dalam mengharungi zaman yang serba mencabar itu. Selainnya tunggu sahajalah takdir dari Allah sendiri untuk menobatkan kepimpinan ummah samada daripada Raja-Raja Islam hari ini mahupun pewaris-pewaris dari dinasti raja-raja terdahulu, khususnya yang bertitisan ahlul-bait Rasulullah SAW itu.

Sesungguhnya bukanlah suatu kebetulan bahawa Allah SWT tetap memelihara Institusi Beraja Islam sejak zaman-berzaman walaupun cuba dihapuskan dengan segala kekuatan dan kesatuan musuh-musuh agama. Dan juga bukanlah rahsia lagi terdapat gerakan politik yang dipelopori DAP yang cuba menjatuhkan pemerintahan beraja apabila mereka beroleh kekuasaan kerana instituisi rajalah yang menjadikan Islam sebagai ugama rasmi dalam perlembagaan persekutuan. Dan bukanlah suatu kebetulan pula bahawa kebanyakan daripada Institusi Beraja ini, baik di bumi maghrib (barat), mahupun di bumi masyriq (timur) adalah daripada dinasti-dinasti yang bertitisan dari Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasululah SAW.

Rujukan;

  1. http://www.goodreads.com/book/show/16283736-ahlul-bait-keluarga-rasulullah-saw-kesultanan-melayu

Belajar Quran