Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas luar biasa sejak beberapa bulan lepas dan dijangka berlanjutan hingga bulan September. Beberapa tempat di Kedah, Perlis dan Pahang mengalami suhu panas mencecah 40 Celcius. Gelombang panas ini dikatakan berpunca dari fenomena El-Nino yang berlaku sekitar dua atau tujuh tahun sekali.
Cuaca panas yang bermula sejak Disember tahun lepas menyebabkan beberapa sungai utama mulai susut hingga hampir kontang. Beberapa buah empangan juga seperti empangan Sungai Selangor hampir mencapai paras kritikal. Empangan Tasik Merah pula sudah kering hingga kerajaan Perak mengisytiharkan tempat tersebut kawasan bencana.
Cuaca panas yang bermula sejak Disember tahun lepas menyebabkan beberapa sungai utama mulai susut hingga hampir kontang. Beberapa buah empangan juga seperti empangan Sungai Selangor hampir mencapai paras kritikal. Empangan Tasik Merah pula sudah kering hingga kerajaan Perak mengisytiharkan tempat tersebut kawasan bencana.
Keadaan kemarau luar biasa ini bukan sahaja dialami di Malaysia tetapi dialami banyak tempat diseluruh dunia hinggakan terdapat kawasan mencatat suhu 74 Celcius di Bandar Mahshahr sebuah wilayah di Iran yang mempunyai 110,000 penduduk. antaranya lagi Jask, Iran 69 Celcius dan Baghdad 50 Celcius. Sebagai bandingan tahap air mendidih pada 100 Celcius.
Persoalan timbul kenapa terdapat kawasan kemarau luarbiasa di seluruh dunia? Atmosfera yang lebih panas sepatutnya mengandungi lebih banyak wap air (lebih 7% untuk setiap darjah pemanasan). Terdapat lapuran mengatakan terdapat program geoengineering atau program pengawalan radiasi solar yang mengganggu kitaran hydrology dunia.
Teknologi pengawalan cuaca bukanlah perkara baru, diberitakan bahawa kerajaan Malaysia sendiri pernah mengambil kepakaran Russia bagi menghilangkan jerubu besar pada tahun 1997. Malaysia dikatakan mengambil kontrak syarikat Russian Weather Modification Company untuk membuat hurricane yang menghalang jerubu dari terus menyelubungi kawasan Bandar. Projek tersebut dikatakan berjaya dan langit kembali cerah.
Oleh itu terdapatnya fenomena cuaca luar biasa kemungkinan didalangi oleh organisasi tertentu bagi mencapai matlamat mereka untuk mengambil kesempatan keatas negara yang terlibat. Climate engineering dikatakan sebagai perang cuaca (weather warfare) bagi menjatuhkan kerajaan dan tamadun negara tersebut.
Keadaan kemarau ini mengingatkan kita tentang peristiwa Dajjal yang akan muncul di akhir zaman. Kita sebagai umat Islam telah diberi amaran oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi akhir zaman tentang munculnya Dajjal dalam tempoh kemarau yang teruk. Dajjal menggunakan keadaan kemarau ini untuk menyesatkan manusia.
Berdasarkan sebuah hadis yang suatu hari pada musim kemarau, Dajjal akan bertanya, “Apakah kamu menginginkan api atau air?” Jika menjawab air, itu bermakna api yang diberikannya, Jika jawapannya api, ia akan memberi air. Kamu akan diberikan air jika kamu mengakui Dajjal adalah Tuhan dan bila kamu murtad dari agama Allah. Apabila kamu lebih memilih api tetapi tetap berada di jalan Allah, maka kamu akan dibunuhnya.
Dajjal membawa api dan air; Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman.”
Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka; Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudahkah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.”
Dajjal membawa sungai air dan sungai api; Dari Abu Hudzaifah berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu karena itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak.
Dajjal merupakan cubaan paling besar yang menimpa manusia di dunia. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wahai manusia sesungguh tidak ada makhluk di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat yang fitnah lebih besar daripada Dajjal.”
Dalam sebuah hadits sahih disebutkan,
مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ
“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya (cobaannya) lebih besar dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 2946) An Nawawi rahimahullah menerangkan, “Yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal.”
- http://www.geoengineeringwatch.org/category/drought-2/
- "Malaysia to Battle Smog With Cyclones", by Chen May Yee, Staff Reporter of the Wall Street Journal, The Wall Street Journal, Thursday, November 13, 1997, page A19
- http://infokemarau.water.gov.my/
- http://www.thebigwobble.org/2016/04/2016-global-inferno-its-second-highest.html