Friday, 29 May 2015

Dahsyatnya Kalimah ini...




Banyak diperkatakan tentang kebaikan bertasbih dan bertahmid kepada Allah dan dalam al-quran Allah menceritakan seluruh makhluk alam semesta sentiasa bertasbih kepada Allah,

" Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Al-Israa' 17:44)

Ada satu cerita kisah benar tentang fadhilat solat Dhuha dan zikir Subhanallahhi wabihamdihi yang di ceritakan oleh seorang kenalan. Beliau seorang pengusaha tadika di Terengganu, jadi tadikanya ini selalulah orang datang, kadang-kadang jual produk dan ramai juga yang datang minta derma. Sekitar bulan lepas ada seorang lelaki dari Kelantan datang untuk menjual kerepek. Lelaki itu menceritakan bahawa dia berada dalam kesusahan kerana beliau sekarang ini sudah hilang tempat tinggal kerana rumahnya dihanyutkan dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan hujung tahun lepas. Beliau cuba mencari pendapatan sekadar yang mampu bagi menyara hidup keluarganya.

Kenalan ini sangat simpati dengan keadaannya kerana beliau rasa dengan hanya menjual kerepek dari rumah kerumah sudah tentu pendapatannya tidak seberapa dan mengambil masa yang lama untuk memulihkan kehidupannya. Dia merasakan dari penampilan lelaki tersebut amatlah terdesak dan buntu untuk melepaskan diri dari kesusahan yang melandanya. Lalu dia menasihati lelaki tersebut, waktu pagi-pagi sebelum keluar rumah menjual kerepek kerjakanlah dulu sembahyang Dhuha. Lelaki itu pun tanyalah untuk apa, kenalan ini pun ceritalah fadhilatnya. Kemudian dia berpesan lagi sambil berjalan ketika berjual sentiasalah baca zikir " Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim". Sebagai penutup bicara, kenalan ini membeli kerepek hanya sebungkus sahaja dengan harga RM20.

Dua minggu kemudian lelaki Kelantan ini datang lagi tapi dengan memandu kereta. Kenalan ini bertanyalah hendak menjual kerepek lagi ke?. Lelaki itu menjawab, sekarang ini dia sudah tidak menjual kerepek lagi. Sambil menangis dia mengucap terima kasih kepada kenalan ini sebab selama ini tidak ada sesiapa memberitahunya hendak memohon bantuan Allah dengan cara tersebut. Dia memberitahu, dia amal ikut nasihat yang diberikan dan tidak lama selepas itu ada orang datang menghulurkan bantuan untuk dia membuka sebuah kedai dan setakat ini perniagaannya begitu laris. 

Kalimah ini sangat ringan bila diucapkan, tetapi berat dalam timbangan. Kalimah tasbih ini sangat mudah kita ucapkan, tetapi mempunyai kesan yang luar biasa dalam hidup kita. Sungguh dahsyat kalimah tasbih, subhanallah, kerana kalimah tersebut dapat menghilangkan ketakutan, boleh menghapuskan dosa-dosa dan dunia akan tunduk serta datang merangkak mendatangi kita!

Diriwayatkan dalam “Shahih Bukhari” bahwa suatu ketika datang seorang lelaki mengeluhkan keadaannya kepada Rasulullah saw. Ia berkata, “Dunia ini telah berpaling dariku dan yang telah kuperoleh dari tanganku sangatlah sedikit.” Rasulullah saw bertanya kepadanya, “Apakah engkau tidak pernah membaca doanya para Malaikat dan tasbihnya seluruh makhluk yang dengan itu mereka mendapat limpahan rezeki?” Lelaki itu bertanya, “Doa apakah itu wahai Rasulullah?”

Rasulullah saw menjawab, “Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim, dan beristighfarlah kepada Allah sebanyak seratus kali diantara waktu terbitnya fajar hingga menjelang waktu shalatmu, dengan itu dunia akan tunduk dan merangkak mendatangimu, dan Allah menciptakan dari setiap kalimah tersebut Malaikat yang selalu bertasbih kepada Allah hingga hari kiamat dan untukmu pahalanya.”

Dalam hadith riwayat Imam Muslim, zikir dengan ucapan lafaz “ Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar ridha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Belajar Quran