Monday, 28 October 2013

Sawan Sembuh Dengan Minum Zamzam












Terjadinya telaga Zamzam itu sendiri merupakan kejadian yang penuh mukjizat, hasil pengorbanan Nabi Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah swt. Air Zamzam merupakan air yang penuh kebaikan dan hikmah dikurniakan oleh Allah swt kepada umat Islam didunia ini dan ia tidak pernah kering sejak ribuan tahun dahulu walaupun digunakan oleh berjuta-juta umat Islam saban tahun.

Kebaikan dan mukjizat tersebut bukan sahaja dapat dinikmati oleh umat Islam tetapi juga dialami oleh hamba-hambanya yang terpilih walaupun belum lagi Islam.

Inilah yang dialami oleh seorang pembantu rumah yang bernama Raju berasal dari Sri Lanka yang bekerja di Arab Saudi. Penyakit sawan yang dihadapinya selama 15 tahun sembuh setelah minum air Zamzam.

Setelah penyakitnya sembuh, Raju kemudian mengucapkan dua kalimath syahadah dan menukar namanya menjadi Farida.

Kejadian bermula apabila majikannya membawa air Zamzam dari Kota Mekah. Majikan beliau meminta Raju minum air yang dipercayai berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit dengan kadar yang banyak. Maha suci Allah, setelah dua minggu secara rutin meminum air Zamzam, penyakit Raju hilang.

“Pembantu ini terus meminum air Zamzam selama hampir dua minggu. Lalu, doktor memberitahu penyakit sawannya itu sembuh,” laporan dari sebuah akhbar Saudi, Sharq seperti dilaporkan oleh emirates247.com.

Lankan housemaid claims epilepsy cure after drinking Zamzam water; converts

Report says woman converts after recovery

A Sri Lankan housemaid in Saudi Arabia converted to Islam after she was cured of epilepsy by drinking Zamzam water for nearly two weeks.

Newspapers in the Gulf Kingdom said the maid’s employer brought her Zamzam water from the western Saudi town of Makkah and asked her to drink as much as she can.

“The maid kept drinking Zamzam for nearly two weeks. Afterwards, she was told by doctors that she had been cured of epilepsy, which she had suffered for more than 15 years,” the Saudi Arabic language daily Sharq said.

In a report from the northwestern town of Hail, the paper said maid decided to convert to Islam and changed her name from Raju to Farida.
Sumber;

Monday, 21 October 2013

Sungai Kembali Muncul di Tanah Arab



causes-of-global-warming

Mengikut lapuran PBB suhu dunia sekarang ini sedang menuju peningkatan kepanasan sebanyak 5 darjah dan aras laut akan meningkat lebih dari 80cm dalam abad ini, berdasarkan satu lapuran awal yang dibocorkan berkenaan lapuran perubahan cuaca dunia yang akan dibentangkan di PBB.

Sekarang ini terdapat 95% kemungkinan kesan rumah hijau yang berlaku akibat perbuatan manusia sedang di selidiki di seluruh dunia, yang mana kejadian terbaru ialah gelombang panas luarbiasa yang berlaku di Asia dan Alaska.

Darjah kepastian telah meningkat kepada 90% berbanding lapuran terakhir pada 2007, 66% pada 2001, dan hanya sekadar 50% pada 1995. Kenaikan aras laut sebanyak 82 cm akan menyebabkan kesan yang buruk terhadap bandar-bandar persisiran dimana-mana adalah kemungkinan yang tidak dapat dielakkan, seperti dilapurkan Reuters.

Oleh itu anda jangan terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya rendah bakal tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutuk utara dan selatan sekarang.

Ia bakal mengulangi apa yang pernah berlaku pada zaman air batu, di mana padang pasir gersang di negara-negara Arab ketika zaman tersebut dialiri anak-anak sungai.

Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan kawasan paling subur di dunia pada zaman air batu.

Dalilnya dirakam dalam al Quran surah Saba’ di mana penduduk negeri Saba’ hidup dengan kemewahan kerana buminya begitu subur.

Dalam satu wacana yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kelantan pada 20hb Oktober, Pensyarah Jabatan Matematik UPM, Prof Madya Dr Mat Ropa Ismail berkata, zaman air batu kedua akan kembali semula, prosesnya sedang berlaku sekarang.

“Kutub utara mulai mengalami pencairan air batu sekarang. Kawasan utara Semenanjung Arab juga dikesan mengalami perubahan cuaca di mana kawasan kering mengalami salji beberapa tahun kebelakangan ini.


“Saintis berpendapat bumi Arab akan dipenuhi kembali dengan anak sungai,” katanya ketika membentang kertas kerja pada wacana ilmiah di Al Quran dan Sains di Dewan Teratai hari ini.

Dr Mat Ropa berkata, penemuan saintifik mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai”.

Beliau juga mengatakan Belanda akan menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutuk utara. Begitu juga negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi serupa.

Katanya juga Tabu’ sekarang menjadi pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu merupakan kawasan kering kontang.

Malah semenanjung Arab juga berjaya menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.

“Penyelidikan satelit tentang muka bumi Arab menunjukkan kesan tali air dan pengairan wujud di bawah timbunan pasir di Yaman.

“Begitu juga Bandar Iram ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16 meter beberapa tahun lepas,” katanya.

File:SIR-C X-SAR Ubar, Oman.gif
Radar imagery uncovered a city buried under sand in Oman
Beliau membentang kertas kerja bertajuk “Ayat Al Kauniyyah Dan Keajaiban Alam Kosmos Dan Cakarawala”.

Wacana tersebut dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Perasmian penutup program berkenaan disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco, Datuk Nasuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad.

Sumber;

Thursday, 17 October 2013

Piagam Perlindungan Nabi Muhammad s.a.w kepada Kristian

The Patent of Muhammad
Gambar piagam dari Nabi Muhammad s.a.w kepada Biara St. Catherine

Pada 628 M, Biara St. Catherine telah menghantar utusan mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w di Madinah untuk meminta perlindungan. Nabi Muhammad s.a.w menerima kunjungan mereka dengan memberikan mereka piagam hak-hak yang diterjemahkan dibawah. Biara St. Catherine terletak di kaki Gunung Sinai di daerah yang kini menjadi wilayah Mesir dan merupakan biara tertua di dunia. Biara ini juga merupakan salah satu tapak warisan dunia dan memiliki koleksi ikon-ikon Kristian tertua, menjadikannya muzium yang mempunyai sejarah Kristian yang terbesar selepas Vatican terpelihara keselamatannya selama lebih dari 1,400 tahun di bawah perlindungan orang Islam. 

Berikut kandungan piagam tersebut yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada Biara St. Catherine:

“Ini adalah pesanan dari Muhammad bin Abdullah, sebagai perjanjian dengan mereka yang memeluk agama Kristian, samada dekat dan jauh (di mana pun mereka berada), kami bersama mereka. Bahawasanya aku, para pembantuku, dan para pengikutku mempertahankan mereka, karena orang Kristian juga rakyatku; dan demi Allah, aku akan menentang apa pun yang mengganggu mereka. 

Tidak boleh ada paksaan atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka. Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam. Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutuku dan aku mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci. Tidak boleh ada yang memaksa mereka pergi atau mewajibkan mereka berperang. Orang-orang Islamlah yang harus berperang untuk mereka. 

Bila seorang perempuan Kristian menikahi lelaki Muslim, pernikahan itu harus dilakukan atas persetujuannya. Ia tak boleh dilarang untuk mengunjungi gereja untuk berdoa. Gereja mereka harus dihormati. Mereka tidak boleh dilarang untuk memperbaiki gereja mereka dan tidak boleh pula ditolak haknya atas perjanjian ini. Tak boleh ada negara (Islam) pun yang melanggar perjanjian ini sampai hari penghabisan (kiamat).”

Diterjemahkan dari English;

"This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them. Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.

No compulsion is to be on them. Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.
No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims' houses. Should anyone take any of these, he would spoil God's covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight. The Muslims are to fight for them. If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.

Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants. No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world)."

English translation from 'Muslim History: 570 - 1950 C.E.' by Dr. A. Zahoor and Dr. Z. Haq, ZMD Corporation. P.O. Box 8231 - Gaithersburg, MD 20898-8231 - Copyright Akram Zahoor 2000. P. 167.

Sejarah Dokumen Perjanjian

Piagam asli ini telah diambil pada tahun 1917 oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada di Muzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut. Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian dibawah pemerintahan kerajaan Islam.

Sumber;

Belajar Quran