Saturday, 29 December 2012
Saturday, 22 December 2012
Bintang Berekor dan Ad-Dukhan
Para sahabat dan tabien sejak dari dulu lagi sudah merasakan kebimbangan tentang tanda-tanda kiamat dan sering memerhatikan petanda yang datang dari langit. Munculnya asap dari langit pada akhir zaman merupakan salah satu tanda kiamat besar yang ditunjukkan oleh dalil Al-Kitab dan As-Sunnah. Asap tersebut akan menutupi bumi yang meliputi umat manusia dan menimpakan azab kepada orang-orang kafir.
Dalil-dalil tentang hal ini dari Al- Qur`an adalah:
“Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih.” (Ad-Dukhan: 10-11) Maknanya, tunggulah orang-orang kafir itu –wahai Muhammad – pada hari di mana langit mendatangkan asap yang nyata lagi jelas, yang menutupi serta meliputi manusia. Ketika itu, dikatakan kepada mereka: “Inilah azab yang pedih”, sebagai celaan dan cercaan keras terhadap mereka. Atau sebahagian mereka mengucapkan kalimat ini kepada yang lain.
Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Mulaikah, dia berkata: “Suatu hari, aku bersama Ibnu Abbas di waktu pagi. Dia berkata: ‘Aku tidak tidur tadi malam hingga subuh.’ Aku bertanya: ‘Mengapa?’ Dia berkata: ‘Mereka mengatakan, bintang yang mempunyai ekor telah muncul. Aku khawatir ad-dukhan telah muncul, maka aku tidak tidur hingga subuh’.(Tabari, Ibn Kathir)
Al-Qurthubi telah berkata: “Mujahid rahimahullahu berkata: ‘Ibnu Mas’ud radhiallahuanhu dahulu berkata: Itu adalah dua asap. Salah satunya telah terjadi. Adapun yang belum terjadi, asapnya akan memenuhi antara langit dan bumi. Asap itu akan menyebabkan seorang yang beriman akan terkena semacam selsema (flu), sedangkan orang kafir akan tembus pendengarannya’.”
(Diambil dari Asyrathus Sa’ah, hal.383-388)
Satu penemuan yang mengejutkan saintis terkini yang membuatkan mereka sentiasa melihat kejadian dilangit ialah kemunculan asap berupa awan raksasa di angkasaraya yang sedang memasuki sistem suria bumi dan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap atmosfera bumi.
Secara teknikalnya dikenali sebagai High Density Interstellar Cloud, kapal angkasa Voyager NASA telah menjumpai awan angkasa gergasi tersebut yang berukuran selebar 30 tahun cahaya dan mengandungi campuran atom hydrogen dan helium dengan suhu pada 6000 deg Celcius. Didapati sistem suria berada betul-betul dalam laluan tersebut.
Persoalan timbul kenapakah masih tidak mengancam sistem suria dan menghanguskan bumi? Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa masih lagi memelihara umat manusia dari bencana tersebut bagi menimbulkan keinsafan untuk orang beriman.
(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).(Saba' 34:9)
Buat masa ini asap panas tersebut terhalang kekal berada di penjuru sedikit sahaja melepasi penghujung sistem suria kerana kesan medan magnet suria, yang dikembangkan oleh angin suria kedalam gelembung (bubble) magnetic yang melingkungi seluruh sistem planet. NASA sedang mengikuti perkembangan ini dengan teliti, saintis menyatakan mungkin terdapat bukti bumi pernah bertembung dengan asap angkasaraya yang tumpat tersebut. Ini menimbulkan kemungkinan menjelaskan punca pupusnya kehidupan dibumi masa dahulu.
Beberapa lapuran teknikal telah mengandaikan beberapa bahagian asap angkasaraya yang mengancam ini mungkin telah terpisah dan melepasi ruang heliosphere bergerak kedalam sistem suria kita. Mereka mengandaikan pecahan ini memberi kesan terhadap alam angkasa dan mungkin penyebab perubahan cuaca dunia.
Rujukan:
- http://al-quran10.blogspot.com/2012/02/tafsir-ibn-kathir-qs-ad-dukhan-9-15.html
- http://news.sciencemag.org/sciencenow/2010/05/sun-may-soon-plunge-into-hot-clo.html
- http://science.nasa.gov/science-news/science-at-nasa/2009/23dec_voyager/
- 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (HADIS 42: SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR)
Friday, 7 December 2012
US Dan Perancis Sedia Serang Syria
Perang 8 hari antara Israel dan Hamas gagal mencapai matlamatnya untuk menjadikan perang besar di Timur Tengah terutamanya untuk melibatkan Iran. Mengikut maklumat ketenteraan yang terbaru US sedang menempatkan ketumbukan angkatan tenteranya menuju ke Timur Tengah. Beribu tenteranya sedang dipersedia dengan kapal perang pengangkut, kapal perang amphibous dan jet-jet penyerang; melibatkan puluhan ribu tentera.
Sumber terbaru dari Kementerian Pertahan Perancis menyatakan gabungan ketenteraan Barat - Arab sedang bersedia bila-bila masa sahaja untuk melakukan serangan yang akan dimulai oleh US kemudian akan disertai oleh Perancis, Britain, Turkey, Jordan, Arab Saudi, UAE dan Qatar. Maklumat tersebut juga menyatakan kapal pengangkut US Eisenhower yang menempatkan 8 jet pengebom dan mempunyai 8,000 tentera telah tiba di sebelah pantai Syria, kemungkinan memulakan serangan melalui darat.
Inikah peristiwa permulaan perang akhir zaman seperti digambarkan dalam artikel yang lepas?
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Hadis tersebut juga menjelaskan secara terperinci kawasan yang menjadi medan peperangan tersebut merupakan sebuah padang rumput yang berbukit yang terdapat di Syria. Kawasan berbukit yang subur tersebut sekarang ini merupakan kubu kuat bagi puak Alawite yang merupakan penyokong kuat bagi Assad (rujuk artikel CNN: Alawite mountains offer limited shelter to Assad). Persediaan bagi peperangan dipergunungan tersebut telah di adakan dengan rapi oleh pasukan tentera Perancis dan Britain di kawasan mempunyai mukabumi yang hampir sama di Albania, kawasan berbukit berdekatan pantai!
Alawite Mountain |
Puak Alawite Yang Menguasai Bukit Tersebut |
Subscribe to:
Posts (Atom)