Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.
Kemajuan didalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya.
Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:
"والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى"
“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.”
(HR. Muslim no. 287)
Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.
Sesuai hadis ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra).
Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.
Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.
Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!
Bagaimana mungkin seorang manusia di padang pasir Arab dapat dengan tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika tidak karena bantuan, pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta langit dan bumi dan seluruh alam ini!
sumber;
Subhanallah...Maha hebat ilmu Allah...
ReplyDeletesegala yang dituturkan oleh Nabi dari mulut Baginda segalanya benar...
terima kasih dgn perkongsian ilmu ini..
hamba Allah
inilah pusaka yang tidak ternilai harganya yang di tinggalkan oleh Rasulullah saw ke atas ummatnya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, jika kita berpegang teguh atas kedua perkara tersebut sudah pasti kita akan terselamat di dunia dan akhirat. Walaupun hadis tersebut menggambar jarak antara dua pintu syurga tetapi didalamnya terdapat perbandingan yang juga benar apabila diselidiki oleh umat akhir zaman ini. Walaupun kita tidak memerlukan pembuktian ini untuk beriman keatas perutusan Nabi Muhammad saw, tetapi umat Islam hendaklah meneliti setiap perkataan yang disampaikan oleh baginda bagi mengembangkan Islam dalam menyampaikan dakwah kepada manusia. Kerana baginda sudah mengetahui segala peristiwa akhir zaman dan segala urusannya walaupun tidak dapat diselami pada zaman tersebut. Ia hanya dapat di selami maksudnya oleh umat akhir zaman dengan pengembangan ilmu sains dan teknologi, semua telah berada dalam pengetahuan baginda.
ReplyDeleteSubhanallah, Allah Maha Hebat Lagi Maha Perkasa. Harap2 orang islam buka mata sikit.
ReplyDeletehttp://malayusarawak.blogspot.com/
puak2 syiah...sila rujuk n selidik...jgn nak memandai2...
DeleteTanda kerasulan nabi...
ReplyDeleteAllah maha besar lgi maha aggung,,segala puji bgi mu yaa allah...
ReplyDeletePusaka Mukjizat Nabi utk seluruh ummatnya itulah AlQuran dan Sunnahnya Nabi.
ReplyDeletePusaka Mukjizat Nabi utk Ahlulbaitnya itulah Muqaddam dan Pedang Zulfakar Ali.
Pusaka Warisan Nabi AlHassan dan AlHussein dua cucu Nabi dari anak Imam Ali.
Pusaka Anak Mukjizat Nabi dari sulbinya Nabi Insan Misteri tidak pernah dikhabari.