Showing posts with label Al-Qaeda. Show all posts
Showing posts with label Al-Qaeda. Show all posts

Thursday, 10 May 2012

Saudi Buktikan Kesetiaan Pada CIA


Saudi sekali lagi membuktikan kesetiaannya sebagai boneka Amerika apabila menjalankan operasi menyamar sebagai al-Qaeda (al-Qaeda itu sendiri adalah organisasi bayangan CIA bagi menindas gerakan Islam untuk mempertahankan Israel) untuk meletupkan pesawat di Yaman.

Agensi perisikan Arab Saudi menempatkan ejennya dalam pergerakan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) bagi meyakinkan orang atasan supaya menyerahkan kepadanya bom bukan metalik jenis baru untuk misi berkenaan, lapor Los Angeles Times (LAT). Agensi perisikan Barat mengenal pasti AQAP sebagai antara pergerakan berkaitan al-Qaeda paling bahaya di dunia, yang mengambil bahagian dalam serangan ke atas Barat. 

Bahan letupan itu sepatutnya diseludup menggunakan kapal itu tanpa dikesan dan kemudian diletupkan. Ejen berkenaan sebaliknya mengatur untuk menghantar bahan letupan itu kepada Amerika dan pihak berkuasa perisikan lain yang menunggu di luar Yaman, lapor akhbar itu. Ejen terbabit tiba dengan selamat di negara dirahsiakan dan kini disoal mengenai tugasnya.

Tipudaya CIA itu untuk menggambarkan seolah-olah perancangan itu dilakukan al-Qaeda, tetapi ia sebenarnya secara tidak langsung membongkar semua serangan pengganas di Norway, India, Bangkok, Perancis adalah operasi  yang direka CIA bagi mengesahkan polisi anti pengganas Amerika untuk melindungi negara Israel dan melemahkan gerakan Islam.

Kerjasama perisikan tersebut membolehkan CIA mengesan pejuang Islam Yaman, Fahd al-Qasaa, yang dibunuh CIA dengan peluru berpandu pada Ahad lalu yang disasarkan ketika beliau keluar dari keretanya.

Qasaa dikatakan penganalisis perisikan memainkan peranan penting dalam pengeboman USS Cole di pelabuhan Yaman pada 2000.

Sumber;


Wednesday, 28 March 2012

Muhammad Merah Pengintip Perancis


Muhammad Merah, yang dituduh membunuh beberapa orang askar Perancis dan Yahudi, dan telah dibunuh oleh penembak tepat dengan satu tembakan di kepala oleh polis Perancis selepas dikepung selama 32 jam; merupakan agen perisikan DGSE Perancis. Menurut sumber yang dipercayai dalam Il Foglio, the Directorate General for External Security (DGSE), agensi yang bertanggung jawab dalam perisikan dan pencegahan pengganas diluar sempadan, telah memberi jaminan kepada Merah, sebagai pemberi maklumat - masuk ke Israel dalam September 2010 melalui pusat pemeriksaan di sempadan Jordan.


Dia diberi kebenaran untuk tinggal selama tiga hari sebagai pelancung sebelum  kembali ke Jordan dan kemudiannya menuju ke Afghanistan. Kemasukannya ke Israel, yang dilindungi oleh Perancis, untuk membuktikan keupayaan rangkaian jihad memasuki Israel dengan senang menggunakan pasport Eropah. Ia juga dilihat sebagai pemuda boleh digunakan untuk menyamar bagi memasuki  pusat latihan pengganas. 

Operasi itu berjaya tetapi nampaknya perangkap telah makan tuan! Operasi mereka untuk menonjolkan keganasan Islam dan ancaman al-Qaeda masih lagi wujud, sebaliknya berlaku apabila dalang operasi sebenar ini bocor. Ia menimbulkan kemarahan dikalangan masyarakat Perancis apabila diketahui pengganas tersebut merupakan pemberi maklumat perisikan Perancis; bahkan juga menimbulkan kemarahan berbagai agensi perisikan negara lain juga akibat kegagalan operasi tersebut.

Sila baca juga operasi zionis untuk mengfitnah Islam dan cetuskan kekacauan dunia dalam artikel yang lalu;
http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/07/untuk-apa-norway-di-serang.htmlhttp://petunjukzaman.blogspot.com/2011/11/persamaan-cubaan-bunuh-obama-dan-duta.htmlhttp://petunjukzaman.blogspot.com/search/label/Serangan%20bom%20India

Bacaan lanjut;

  1. http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/shin-bet-security-service-confirms-toulouse-gunman-spent-time-in-israel-1.420810
  2. http://www.wsws.org/articles/2012/mar2012/toul-m28.shtml

Belajar Quran