Showing posts with label al-Sisi. Show all posts
Showing posts with label al-Sisi. Show all posts

Monday, 9 February 2015

Raja Salman Ubah Dasar Terhadap Mesir


King Salman mengaku peranan Kerajaan Saudi sebelumnya dalam politik Mesir yang menurut baginda sebagai tindakan yang salah dan baginda secara peribadi tidak pernah redha dengan nya dan ini adalah masa untuk memohon maaf. 

Raja Salman berkata kepada akhbar Al-Watan bahawa Arab Saudi akan kekal sebagai saudara yang besar kepada semua orang-orang Arab dan umat Islam, dan baginda mengaku tentang campur tangan oleh kerajaan Arab Saudi terdahulu terutama di Mesir dan revolusi-revolusi di negara Arab.

Beliau menambah bahawa kerajaan beraja itu telah memainkan peranan yang baginda sendiri tidak berpuas hati dengan penglibatan di Mesir, yang menyebabkan ramai orang telah dizalimi, menyebabkan ramai orang yang tidak bersalah mati, dan ramai antara mereka dipenjara. Beliau berjanji akan mengubah dasar kerajaan sebelum ini dan mengadakan pembaharuan dari campurtangan sebelum ini yang menyebabkan kekacauan.

Baginda memohon maaf kepada semua keluarga yang menjadi mangsa kezaliman dan berjanji akan mengubah dasar negara yang fasad sebelum ini kepada dasar yang lebih membina. Seluruh dunia yang prihatin mengetahuinya bahawa manusia terakhir yang mengarahkan Gen Abdel Fattah al-Sisi melakukan rampasan kuasa adalah Prince Bandar bin Sultan (anak Saudara kepada Raja Abdullah dan Raja Salman) yang merupakan Ketua Perisik Kebangsaan Arab Saudi.

Raja baru Arab Saudi ini mungkin benar-benar ingin melaksanakan dasar baru kerana langkah pertama sebaik kenaikannya sebagai Raja Arab Saudi ialah;
1. Memecat jawatan Prince Bandar sebagai Ketua Perisik Kebangsaan.
2. Memecat jawatan Prince Mit'eb bin Raja Abdullah sebagai Komander Kebangsaan Angkatan Tentera.

Sumber:
http://tounesnews.com/الملك-سلمان-السعودية-لعبت-دورا-في-مصر/

Monday, 26 January 2015

Berjayakah Raja Salman Singkirkan Raja Sebalik Tabir Saudi?


Pemerintahan Keluarga Diraja Saud
Writ undang-undang yang dikeluarkan oleh Raja Abdullah hanya dapat bertahan selama 12 jam sahaja. Dalam tempoh tersebut puak Tujuh Sudairi bersaudara, puak yang paling kaya dan berpengaruh dalam Dewan Saud yang telah kurang pengaruhnya semasa pemerintah yang lepas telah muncul menunjukkan pengaruhnya. Seperti diulas oleh huffingtonpost(1) rampasan kuasa dalam senyap. 

Belum lagi pengebumian jenazah almarhum Raja Abdullah selesai, pemerintah kerajaan beraja Saudi yang baru, Raja Salman bin Abdulaziz telah menyingkirkan Ketua Mahkamah Diraja Khaled al-Tuwaijri tetapi mengekalkan adik tirinya sebagai Putera Mahkota baharu, Putera Muqrin Abdul Aziz seperti dipilih oleh Raja Abdullah. Tetapi dengan licik melantik seorang lagi yang berpengaruh dari kumpulan Sudairi iaitu Mohamed bin Nayef, Menteri Dalam Negeri untuk menjadi Timbalan Putera Mahkota. Bukan satu rahsia lagi almarhum Raja Abdullah inginkan anaknya Mutaib bin Abdullah sebagai Timbalan Putera Mahkota(2). 

Satu tindakannya lagi yang jelas ialah Raja Salman yang juga dari Sudairi, cuba mendapatkan tampuk kekuasaan untuk generasi kedua apabila memberi anaknya Mohammed yang berumur 35 tahun kedalam lingkungan kuasa Kementerian Pertahanan. Beliau sekarang dilantik sebagai Setiausaha Agung Mahkamah Diraja. Semua perubahan ini dilakukan sebelum pengebumian Raja Abdullah. 



Kenyataan rasmi kerajaan Saudi perlantikan ketua Mahkamah Diraja yang baru(3)

Al-Tuwaijri telah menjadi ketua Mahkamah Diraja semasa pemerintahan almarhum Raja Abdullah merupakan kedudukan yang paling penting dalam kerajaan beraja tersebut. Pemerhati sifatkan penyingkirannya merupakan pembatalan terhadap rancangan yang telah digariskan oleh almarhum raja dan anaknya Mutaib, yang dijangkakan menjadi timbalan kepada Putera Mahkota dan mengekalkan Al-Tuwaijri.

Beberapa sumber media melapurkan ketidak munculan Khalid al-Tuwaijri dari khalayak sebaik saja Raja Abdullah meninggal. Beliau merupakan seorang yang amat penting semasa pemerintahan Raja Abdullah dan disifatkan sebagai kotak hitam Raja Abdullah. Beliau telah dilantik oleh raja sebagai ketua setiausaha kepada majlis perlantikan jawatan kerajaan beraja (4).

Kedudukan al-Tuwaijri diwariskan dari keluarganya dari ayahnya Abdul Aziz al Tuwaijri yang mendapat kedudukan yang paling berpengaruh dalam istana(5). Keluarga Tuwaijri menjadi penjaga gerbang diraja dimana kerabat dirajapun mesti mendapat kebenaran dari beliau untuk sebarang keputusan(6). Bahkan tidak dibenarkan mengadap raja sama sekali tanpa kebenaran, penglibatan dan pengetahuan Tuwaijri. Tuwaijri merupakan dalang utama penglibatan dalam kepentingan negara luar seperti mematahkan Revolusi Mesir, menghantar tentera di Bahrain, penglibatan dalam perang saudara di Syria.

Kediaman Mewah Khalid Al-Tuwaijri di Beverly Hills kawasan mewah Hollywood (7)
Sesetengah pemerhati termasuk Arabi21(8) dilaporkan tidak terkejut dengan kejatuhan Al-Tuwaijri dari kedudukannya kerana perbezaan yang timbul baru-baru ini antara beliau dan anggota kanan keluarga diraja, yang menyifatkan beliau sebagai "ketua rasuah" dan satu yang ingin "memusnahkan negara dan mengatasi Keluarga Diraja ".Beliau juga telah digambarkan sebagai "sotong kurita" dan pemimpin utama yang melansanakan "Projek kebaratan" dan "penaung sekular" di Arab Saudi. 

Al-Tuwaijri juga dituduh menyelaras kempen dengan surat khabar Arab terhadap ulama yang berjuang menentang usaha sekularisasi beliau. 

Hubungannya dengan pemerintah pro-barat di negara Teluk, Mohammed bin Zayed, Putera Mahkota Abu Dhabi amatlah rapat. Buat masa ini, Tuwaijri telah tersingkir dan senarai proksinya yang panjang, bermula dengan Presiden Mesir Abdel Fatah el-Sisi sudah mula merasa seram sejuk akibat angin perubahan yang bertiup dari Riyadh ini. Sisi gagal untuk menghadiri majlis pengkebumian pada Jumaat lepas, apakah semata-mata kerana cuaca buruk?

Monday, 4 August 2014

Sikap ganjil Saudi memihak Israel...


قال الشيخ يوسف القرضاوي، إن السعودية بلد الشريعة تعتبر العدو صديقا لها والدول العربية عدوا لها.
Sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah Arab Saudi terhadap pembunuhan oleh Israel terhadap penduduk Gaza adalah ganjil. Sebagai penguasa yang diberi amanah menjaga dua tempat suci Islam di Mekah dan Madinah mereka sepatutnya membantu perjuangan Hamas. Tetapi sebaliknya yang berlaku, seolah-olah Saudi berpihak kepada Israel dan menunjukan permusuhan terhadap Hamas menjadi persoalan seperti di utarakan oleh Syeikh Yusof al Qaradawi.

Al Qaradawi dalam satu rancangan di Aljazeera menyatakan, sikap yang ditunjukan oleh pemerintah Arab Saudi adalah ganjil, menjadikan musuhnya sebagai kawan, memusuhi seluruh arab dengan pendirian tersebut kerana menjadikan Israel sebagai kawan dan Hamas sebagai musuh.

Pesanan beliau kepada penguasa Arab, al Qaradawi mengatakan, kamu bertanggung jawab di hadapan Allah terhadap ummah ini dan Allah akan menghitung segala perbuatan kamu terhadap berjuta orang yang dizalimi akibat permainan kamu. Qaradawi mengatakan lagi terdapat pemerintah negara Arab yang membayar berbilion dolar bagi membunuh beribu-ribu rakyat Mesir, seruan beliau kepada pemerintah ini, kembalilah kepada Allah, kamu semua juga akan mati, kebanyakan kamu sudah berada dihujung usia, takutlah kamu akan Allah dan bertaubatlah kamu kepada Allah, mintalah pertolongan Allah agar diberi kemenangan atas syaitan-syaitan itu dan terhadap diri kamu dan dunia kamu.

Qaradawi soal lagi; bagaimanakah berlakunya masalah di Mesir? Jelasnya, demokrasi Mesir telah terhalang selama 60 tahun, lalu datanglah ketentuan Allah mengembalikan pemimpin yang adil kemudiannya datanglah as Sisi memusnahkan segala kebaikan yang berlaku itu.

Beliau mengecam penutupan sempadan oleh Mesir, mengatakan adalah menjadi kewajipan terhadap Mesir untuk membuka sempadan itu jika sekiranya mereka Arab, apatah lagi jika mereka muslim, beliau persoalkan, apakah Mesir bukan golongan ini?

Qaradawi persoalkan; apakah Mesir bersikap berkecuali? Beliau berkata, Mesir dalam keadaan sekarang adalah sebuah negara yang bermusuh dengan Hamas dan segolongan pejuang menolak usaha damai Mesir. Tambah beliau lagi, jika Mesir ingin menjadi perantara yang adil, ia hendaklah mengembalikan pemerintah yang diculik dan disingkirkan dengan paksa dan menyerahkan kembali mandat yang diberikan oleh rakyat Mesir terhadapnya.

Adakah dijangka berlaku lagi kebangkitan di Mesir yang akan menjatuhkan penguasa sekarang dan mengembalikan kepada keadaan sebelum ini? Qardawi mengatakan, tidak mungkin akan berlaku perubahan dalam keadaan suasana di Mesir sekarang ini, segala urusan adalah dikawal sepenuhnya oleh tentera samada dalam ekonomi atau politik. Sindir beliau, hinggakan tentera Mesir sekarang ini pun terlibat dalam industri pasta, beliau menyatakan pihak Israel sekarang amat gembira terhadap penguasa Mesir yang berminat dalam hal remeh tersebut, tidak lagi lagi berminat meningkatkan keupayaan senjata dan pertahanan.

Rujukan;
القرضاوي: السعودية تعتبر "إسرائيل" صديقة وحماس عدوا

Tuesday, 29 July 2014

Israel dapat bantuan Saudi perangi Hamas?



Putera Bandar bin Sultan merupakan pengatur utama paksi perisikan Mesir, Israel dan Saudi
Serangan Israel keatas Gaza mendapat mandat dari Raja Saudi menurut satu lapuran dari Timur Tengah. Mandat ini bukanlah satu rahsia lagi di Israel apabila dua bekas pegawai pertahanan dari kedua belah pihak telah membincangkan tentang kerjasama tersebut. Mantan menteri pertahanan Israel Shaul Mofaz mengejutkan penyampai stesen Channel 10 dengan memberitahu Israel telah menetapkan peranan untuk Saudi Arabia dan UAE tentang pelucutan senjata Hamas. Bila ditanya apakah yang beliau maksudkan, dia menambah bahawa dana Saudi dan UAE akan digunakan untuk pembangunan semula Gaza selepas Hamas dihapuskan.

Amos Gilad seorang pegawai utama pertahanan Israel dalam perhubungan dengan rejim Mubarak Mesir dan sekarang pengarah polisi kementerian pertahanan dan perhubungan ketenteraan memberitahu kerjasama diadakan secara rahsia dan tertutup. Kerjasama dengan Mesir beliau sifatkan adalah istimewa. Akui beliau masa ini merupakan tempoh terbaik dalam hubungan 'keselamatan' dan diplomatik dengan negara Arab.
 
Kejayaan adalah untuk kepentingan bersama. Raja Abdullah adalah diketahui telah menelefon presiden Abdul Fattah Al Sisi untuk meluluskan inisiatif genjata senjata Mesir tanpa mengira pandangan Hamas. Hinggakan penganalisa di Jerusalem Post sendiri mempertikaikan kewibawaan gencatan senjata itu samada ia benar-benar untuk menamatkan pertempuran tersebut.

Badan perisikan Mossad dan Saudi sentiasa mengadakan perjumpaan tetap. Kedua belah pihak saling bertukar maklumat dan perancangan ketika bekas presiden Mesir Mohamed Morsi hendak digulingkan, mereka juga saling berganding bahu membuat persediaan untuk Israel menggunakan ruang udara Saudi bagi serangan keatas Iran. Terdapat sumber yang kuat mendedahkan pihak Saudi membiayai kebanyakan rancangan kempen yang mahal terhadap Iran.

Dalam serangan Gaza, satu unit perintah tertinggi bersama oleh negara Arab dibentuk untuk menasihati perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi kaedah paling berkesan dalam operasi serangan darat di Gaza, seperti dilapurkan oleh Debka.

Lapuran tersebut juga menyatakan Raja Abdullah dari Saudi dan presiden Mesir al Sisi sentiasa berhubung setiap hari bagi menjayakan rancangan tersebut. Sumber itu lagi menyatakan, Israel telah menyediakan sebuah kapalterbang khas yang berada di lapangan terbang tentera di Kaherah, bersedia untuk menghantar sebarang maklumat rahsia penting antara pesiden Mesir dan Perdana Menteri Israel yang perlu disampaikan secara serahan tangan. Penerbangan itu hanya ambil masa kurang 90 minit. Saudi melalui Putera Bandar yang dilantik sebagai penasihat khas raja, sentiasa mengadakan hubungan langsung dengan ketua Mossad Tamir Pardo. Orang kuat dan penaja utama Al Sisi, ketua badan perisikan Mesir Ahmad Fareed al-Tohami sentiasa mengalu-alukan bantuan dari Amos Gilad, penasihat penting perdana Menteri Israel Netanyahu.

Matlamat utama tiga serangkai (Saudi - Mesir - Israel) seperti dinyatakan Debka ia melumpuhkan sayap tentera Hamas, menjatuhkan pengaruh poliriknya dan membentuk satu kerajaan baru di Gaza sebaik saja Hamas di hancurkan. Sumber tersebut menyatakan lagi bagi mendapakatkan sokongan Saudi dan Mesir, Netanyahu terpaksa mengorbankan perinsip utamanya - iaitu menjadikan Gaza dan Tebing Barat sebagai terpisah. Tetapi hasilnya Netanyahu mendapat ganjaran besar dari segi politik dalam mengurangkan tekanan antarabangsa yang boleh mengagalkan rancangan besar mereka. Operasi Gaza merupakan batu loncatan terhadap pakatan Israel-Saudi-Mesir, yang merangka kerjasama bagi menentang musuh bersama.

Maka terjawablah kenapa negara-negara Arab khususnya Saudi berdiam diri terhadap Israel dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin. Tangan-tangan merekalah yang bersubahat mengkhianati umat Islam kerana ingin terus berada di tampuk kuasa. Pakatan syaitan Najd dengan dajal ini dibuat dengan bermandikan darah umat Islam Palestin.

Golongan pengkhianat ini merasakan dengan kekuasaan dan kekayaan yang mereka miliki merasakan mereka dapat melakukan apa sahaja kemahuan mereka. Allah telah memberikan amaran tentang balasan yang keras yang bakal mereka terima samada di dunia atau akhirat. Sesungguhnya inilah jaminan kehinaan yang dijanjikan oleh Allah terhadap golongan pengkhianat ini;
 
(إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ)

[Al-Maidah:33]

(Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.)
Rujukan:

Tuesday, 17 September 2013

Al-Sisi Agen Yahudi - Mesir Jadi Jajahan Israel!

Rancangan Perluasan Israel Raya
Rancangan Israel Raya (The Greater Israel Project) , merupakan rancangan jangka panjang Zionist untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh penduduk Islam dan Arab terletak antara Sungai Nil dan Sungai Furat, sekarang ini sudah hampir menjadi kenyataan.

Pihak Zionist baru saja mengambil alih kawasan Nil.

Rakyat Mesir telah ditipu bulat-bulat apabila al-Sisi yang merupakan agen Israel berjaya merampas kuasa dan memerintah Mesir. Pemerintah yang kejam itu adalah berdarah Yahudi dari sebelah ibunya. Ibunya bernama Malikah Titani adalah Yahudi Maghribi dari Asefi, ini menjadikan al-Sisi adalah Yahudi dan secara automatik merupakan warganegara Israel.

1001420_500196916740637_219213849_n

Al-Sisi berjaya memperdaya rakyat Mesir dengan menyembunyikan maklumat sebenar tentang dirinya sebagai seorang yahudi dan hubungan rahsianya dengan Israel. Dengan licik ia memperdayakan Ikhwan sebagai seorang Islam yang dipercayai tetapi akhirnya kemunafikannya jelas dengan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam.

Akibat yang lebih buruk lagi ialah al-Sisi bukan setakat berdarah Yahudi tetapi ia hampir pasti merupakan agen Mossad (badan perisik tentera Israel). Ini bermakna Mesir bawah al-Sisi bukan sahaja tidak berperi kemanusian dengan menjadi republik berhukum rimba, natijah yang lebih besar ialah Mesir menjadi wilayah jajahan Israel yang terbaru, wilayah terbesar dalam rancangan perluasan Israel Raya.

Bapa saudaranya, Uri Sibagh (kadang-kadang juga digelar Sabbagh) telah berkhidmat didalam pasukan Perikatan Pertahanan Yahudi (Hamagein) dari 1948 hingga 1950, melakukan 'penghijrahan' ke Israel, dan menjadi orang penting dalam parti politik Ben Gurion. Dia berkhidmat sebagai setiausaha dalam Parti Buruh Israel di Beersheba dari 1968 hingga 1981. Kakak Uri - iaitu emak al-Sisi - berhijrah ke Mesir berkemungkinan atas rancangan rahsia Mossad. Perancangan itu digiatkan selepas Mossad menjatuhkan Presiden Morsi dan melantik agennnya al-Sisi dalam rampasan kuasa 3 Julai, 2013.

Rancangan: Al-Sisi adalah agen Mosaad sepanjang hayat mereka.
Matlamat: Menyusup masuk kedalam haraki tertinggi dalam pihak berkuasa dalam negara Arab Islam. Al-Sisi hari ini adalah seperti Elie Cohen, yang menyusup dalam peringkat tertinggi pihak berkuasa Syria dengan nama Kamal Amin Thabet sebelum terbongkar dan dihukum gantung di medan awam di Damsyik.


↵ Use original player
YouTube
← Replay
X
i

Seperti tersebar luas dalam lapuran media utama, dan banyak lagi sumber yang dipercayai, Al-Sisi telah lama berkhidmat sebagai pegawai perhubungan tentera Mesir dengan Israel. Semasa berlaku rampasan kuasa 3 Julai lalu, Al-Sisi sentiasa berhubungan melalui telefon dengan pihak tentera Amerika dan Israel. Pihak Israel telah menjanjikan bantuan penuh dan memberi jaminan bantuan US tidak disekat.

Semenjak rampasan kuasa, Israel telah menghamburkan pujian, kewangan dan bantuan penuh terhadap al-Sisi. Agen Mossad al-Sisi secara terang telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan secara habis-habisan dengan memusnahkan semua terowong bekalan yang merupakan talian hayat penduduk Gaza. Disamping itu al-Sisi telah mengaut berbilion dolar daripada boneka Rothschild dan mungkin juga donmeh yang menggelarkan mereka mereka "House of Saud".

Sumber;
http://www.veteranstoday.com/2013/09/16/al-sisi-jew/



Sunday, 25 August 2013

As-Sisi keturunan Yahudi



Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat lansung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu.

Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.

As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.

Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.

Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.

Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.

Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir, Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi.” Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.

Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel.

Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.

Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.

Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi. 

Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi. 

Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery, mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA.

Seorang lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.

Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.

Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel.

Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja,” – Surah Toha, ayat 72.

Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri diakhir zaman.

Israel dan Saud Gesa Sokong Tentera Mesir


us_isr_saud.jpg


Jurusalem sedang melancarkan kempen bagi menggesa Eropah, US untuk memberi sokongan terhadap kerajaan tentera di Mesir, mengikut lapuran New York Times. Pegawai Israel menyatakan, " Apakah pilihan yang ada? Sama ada tentera atau ketidakstabilan". Iaitu mereka merujuk kepada kebimbangan jika Ikhwan yang berjuang mengembalikan syiar Islam di Mesir. Israel dan Saudi berkongsi pandangan yang sama berkenaan dengan sokongan terhadap Tentera Mesir yang mengamalkan dasar ultra-sekular iaitu menolak ajaran Islam dari diamalkan. Di satu pihak, Saudi tidak lagi dapat berpura-pura kononnya sebagai pembela Islam sejati apabila mengesahkan dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Mesir yang menentang rampasan kuasa terhadap kerajaan Islam yang sah.

Minggu lepas Saudi memberi amaran terhadap US kononnya kerana ingin menarik balik bantuan ketenteraan terhadap Mesir, dan berjanji memberi bantuan berbillion-billion dolar bagi menjamin Ikhwan tidak lagi berkuasa di Mesir. Tetapi semalam Jabatan Pertahanan US mengumumkan akan membekalkan sebanyak 1300 bom berangkai bernilai $641 juta. Saudi dan US kononnya menunjukkan pertelingkahan dalam isu Mesir, padahal permainan mereka ini hanyalah untuk mengabui umat Islam. Inilah jahatnya permainan Yahudi dan sekutunya yang menjadikan nyawa umat Islam sebagai taruhan bagi memperluaskan pengaruh mereka.

Memetik kenyataan Daryl Kimball, direktor eksekutif Arms Control Association, sebuah badan pemerhati berpusat di Washington juga menyatakan kehairanannya, kedua-dua US dan Saudi baru-baru ini mengecam penggunaan bom berangkai oleh Syria tetapi mereka juga sedang mempersiapinya!


"Both the US and Saudi Arabia have recently condemned the use of cluster munitions by the government of Syria - that’s ironic given this new sale, because a cluster munition is a cluster munition, no matter what kind it is".


Sementara itu Israel mempertingkatkan kempen melalui saluran diplomatiknya menggesa Eropah dan US menyokong kerajaan tentera di Mesir. Mengikut lapuran beberapa pegawai, duta-duta Israel di Washington, London, Paris, Berlin, Brussel sedang giat melobi menteri-menteri luar kerajaan tersebut.

Pihak Israel menyatakan, " Jika kamu berpegang kepada prinsip utama, nanti kamu akan melepaskan perkara lebih penting - iaitu kepentingan meletakkan Mesir atas landasan asal walau apa pun terjadi. Pertamanya, selamatkan apa yang ada, kemudian barulah bincang pasal demokrasi dan kebebasan.." Inilah prinsip jelas Zionis, iaitu kumpulan Islam mestilah dihapuskan walau apa cara sekalipun, dan demokrasi hanyalah untuk menegakkan kumpulan sekular. Menurut lapuran New York Times melalui beberapa sumber diplomat menyatakan lagi, pihak Israel dan Mesir, General al-Sisi sentiasa berhubungan.

Rujukan;

  1. http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4419455,00.html
  2. http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/08/2013824111348685130.html
  3. http://www.reuters.com/article/2013/08/18/us-egypt-protests-saudi-idUSBRE97H0BK20130818





Sunday, 18 August 2013

General Sisi Bunuh Kerabat Sendiri Seperti Dalam Hadis





حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا أَسِيدُ بْنُ الْمُتَشَمِّسِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ لَهَرْجًا قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْهَرْجُ قَالَ الْقَتْلُ فَقَالَ بَعْضُ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَقْتُلُ الْآنَ فِي الْعَامِ الْوَاحِدِ مِنْ الْمُشْرِكِينَ كَذَا وَكَذَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِقَتْلِ الْمُشْرِكِينَ وَلَكِنْ يَقْتُلُ بَعْضُكُمْ بَعْضًا حَتَّى يَقْتُلَ الرَّجُلُ جَارَهُ وَابْنَ عَمِّهِ وَذَا قَرَابَتِهِ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَعَنَا عُقُولُنَا ذَلِكَ الْيَوْمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُنْزَعُ عُقُولُ أَكْثَرِ ذَلِكَ الزَّمَانِ وَيَخْلُفُ لَهُ هَبَاءٌ مِنْ النَّاسِ لَا عُقُولَ لَهُمْ ثُمَّ قَالَ الْأَشْعَرِيُّ وَايْمُ اللَّهِ إِنِّي لَأَظُنُّهَا مُدْرِكَتِي وَإِيَّاكُمْ وَايْمُ اللَّهِ مَا لِي وَلَكُمْ مِنْهَا مَخْرَجٌ إِنْ أَدْرَكَتْنَا فِيمَا عَهِدَ إِلَيْنَا نَبِيُّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا أَنْ نَخْرُجَ كَمَا دَخَلْنَا فِيهَا

Sesungguhnya di antara (tanda-tanda) hari Kiamat adalah terjadinya kekacauan. Abu Musa berkata, Saya bertanya, Wahai Rasulullah, apakah yg di maksudkan kekacauan? beliau menjawab: Pembunuhan. Sebagian kaum Muslimin lalu bertanya, Wahai Rasulullah, dalam satu tahun ini kami telah membunuh kaum Musyrikin begini danbegini. Maka Rasulullah bersabda: Bukannya membunuh kaum Musyrikin, akan tetapi kalianlah yang akan saling bunuh sesama kalian, sehingga seseorang membunuh tetangganya, anak pakciknya,dan kerabat dekatnya sendiri. Sebahagian yang lain lalu bertanya, Wahai Rasulullah, meskipun saat itu para ulama masih bersama kami?! Rasulullah menjawab: Tidak, para ulama akan dimatikan lalu diganti dgn orang-orang hina dan bodoh. Kemudian Abu Musa Al Asy'ari berkata, Demi Allah, sesungguhnya aku memastikan bahawa perkara itu akan menimpa kita & kalian. Demi Allah, tak ada jalan keluar bagiku dan kalian, jika apa yang telah di janjikan Rasulullah itu menimpa kita, kecuali jika kita keluar sebagaimana kita masuk ke dalamnya. [HR. ibnumajah No.3957].


General Sisi kills his own family


General Fatteh al-Sisi was denounced by a member of his own family following the death of another relative in the massacre at Rabaa al Adawiya. Hazem Lutfi Abdel Aziz Abdel Rahman al-Sisi, appeared in the video below to denounce General Sisi following the death of his brother, Khalid Lutfi al-Sisi. Khalid, a 46 year old engineer, was killed during the army and security forces raid on the anti-coup sit-ins at Adawiya on Wednesday.

Hazem said that he disowned General Sisi as a member of his family and called him a traitor and a killer. He went on to say that he was sure that General Sisi would be punished for his actions, even if justice was a long time coming, as well as the Minister of Interior, Mohammed Ibrahim. He concluded by saying that he hoped God would give everyone patience and insisted that Egyptians would not be silent in the fight for their rights.- 

Belajar Quran