Showing posts with label Russia. Show all posts
Showing posts with label Russia. Show all posts

Tuesday, 27 December 2016

Turki Tolak NATO, Sertai Blok Rusia


Di Moscow, sehari selepas pembunuhan Duta Rusia ke Turki, menteri-menteri luar dan pertahanan Iran, Rusia dan Turki bertemu untuk mencari penyelesaian isu Syria. Agenda utama adalah konflik Syria dan perang yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya setengah juta orang yang menyebabkan kehilangan separuh daripada penduduk di negara itu. Apa yang bermula enam tahun lalu di Tunisia sebagai kebangkitan rakyat dan memperoleh nama 'Arab Spring' kini mencetuskan kemusnahan di Yemen dalam perang yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dengan persenjataan dibekalkan Barat, pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Syria, dan harapan yang dimusnahkan di Mesir. Walau bagaimanapun, mengharapkan bahawa perjumpaan di Moscow dapat menyediakan jalan keluar terhadap tragedi tersebut dalam masa terdekat adalah sukar. Ia hanya memadai untuk mengharapkan gencatan senjata dapat dilaksanakan. 

Turki tidak lagi tunduk kepada NATO
Sidang 'Moscow Declaration’ menunjukan satu perubahan penting iaitu Turki tidak lagi tunduk kepada Amerika dan NATO. Walaupun Turki tidak memutuskan hubungannya dengan NATO dan ia juga tidak membuat sebarang kenyataan yang jelas mengenai hubungannya dengan Amerika Syarikat. Tetapi walau bagaimanapun, Turki telah memulakan perbincangan terbuka dengan Iran dan Rusia tanpa Amerika berada di meja rundingan. Ini dengan sendirinya sudah cukup sebagai kejutan. Semua percubaan sebelumnya oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk bersetuju mengenai tindakan yang diselaraskan telah menemui kegagalan, kata Ketua Pertahanan Rusia Sergey Shoigu. "Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengaruh sebenar ke atas keadaan di atas tanah".

'Moscow Declaration' yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga negara tersebut mengatakan bahawa Iran, Rusia dan Turki adalah bersedia untuk melaksanakan perjanjian yang telah dirundingkan antara kerajaan Syria dan pembangkang, dan menjadi penjaminnya. 

Mereka bersepakat dalam 8 perkara utama, antaranya; 
  • Menghormati kedaulatan Republik Arab Syria sebagai sebuah negara demokratik sekular yang berbilang kaum, agama dan mazhab. 
  • Tindakan ketenteraan melalui peperangan bukanlah penyelesaian kepada konflik di Syria 
  • Kepentingan mempercepatkan usaha gencatan senjata dan misi kemanusiaan 
  • Kesediaan menjadi fasilitator dan penjamin bagi perjanjian antara pihak kerajaan dan kumpulan penentang. Mereka menjemput negara lain yang berpengaruh turut berusaha bersama. 
  • Mengalukan usaha bersama di Timur Aleppo bagi membolehkan pemindahan sukarela orang awam dan kumpulan penentang bersenjata. Mereka juga mengalukan pemindahan sebahagian orang awam dari Fuaa, Kafraia, Zabadani dan Madaya. 
  • Berkeyakinan bahawa Perjanjian ini akan memainkan peranan penting untuk mewujudkan momentum yang diperlukan untuk menyambung semula proses penyelesaian politik di Syria selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254. 
  • Rundingan seterusnya bukan di Geneva tetapi di Kazakhtan setelah menerima tawaran Presiden Kazakhstan untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan tersebut di Astana. Kuasa Barat tidak lagi mempunyai pengaruh dalam rundingan tersebut.
  • Menegaskan kesungguhan untuk memerangi bersama kumpulan ISIL / Daesh, Al-Nusra dan untuk memisahkan mereka daripada kumpulan pembangkang bersenjata. 
Setelah kejatuhan Aleppo ke tangan pemerintah Syria pada awal December yang lalu. Turki sebagai salah satu pendukung penentang Syria nampaknya mulai bersikap realistik. Tidak ada lagi keinginan memaksakan jatuhnya Bashaar Assad dan tidak ada lagi sentimen sunni-syiah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan selama perang oleh corong media Amerika dan sekutunya. 

Tindakan Turki bebas dari pengaruh Arab sekutu Amerika
Langkah Turki condong ke Moscow berarti meninggalkan sekutu arabnya, iaitu Arab Saudi dan Qatar. Turki telah menunjukkan sebagai negara merdeka tidak takut dengan gertakan Amerika, NATO atau siapapun. Turki merasa berhak bekerja sama dengan siapapun tanpa memusuhi yang lain. Langkah Turki adalah langkah rasional sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Dan memang seharusnya demikianlah tindakan sebuah negara yang merdeka tanpa tunduk kepada tekanan asing.

Berbeza dengan Turki: Arab Saudi dan Qatar adalah negara dimana satu kakinya sudah dirantai oleh Amerika. Hampir tidak mungkin meninggalkan pakatan Amerika dan NATO. Kedua negara ini tidak berani membantah dalam banyak persidangan timur tengah terutama ketika ada kepentingan Amerika Syarikat disitu. Arab Saudi dan Qatar lebih banyak bersembunyi di ketiak Amerika dan NATO. 

Apakah Turki akan keluar dari NATO?
Jelas, Moscow Declaration menjadi petanda awal perdamaian dan pemulihan rakyat Syria. Sekaligus memberikan tamparan dan mengakhiri the dirty war atau perang kotor yang digagaskan Amerika dan NATO serta sekutu Timur Tengahnya. Mengakhiri perang paling mengerikan setelah WWII. Mudah-mudahan ia mengakhiri drama paling menjengkelkan dengan isu konflik sunni-syiahnya. Semoga kedamaian dan kesejahteraan dilimpahkan kepada rakyat Syria semuanya.

Rujukan;

Tuesday, 20 December 2016

Duta Rusia Ke Turki Di Bunuh Cetus WW3?

Kiri: Mevlut Mert Aydinta, Kanan: Gavrilo Princip yang bunuh Franz Ferdinand 1914

Pembunuhan Andrei Karlov Merupakan duta Rusia ke Turki mempunyai persamaan dengan pembunuhan Frenz Ferdinand, yang mencetuskan Perang Dunia 1. Konflik berdarah paling dahsyat dalam sejarah manusia itu dicetuskan apabila Archduke Ferdinand di bunuh oleh pejaung nasionalis Yugoslavia iaitu Gavrilo Princip di Sarajevo pada 28 June 1914. 

Pembunuhan waris takhta Austria-Hungary dengan cepat merebak menjadi krisis diplomatik yang akhirnya menyebabkan 16 juta jiwa melayang termasuk 7 juta orang awam. Selang sebulan selepas pembunuhan, kuasa-kuasa besar mula berperang dan di ikuti  sama oleh negara-negara lain yang menjadi sekutu masing-masing.

Mevlut Mert Aydintas berusia 22 tahun merupakan seorang anggota polis Turki telah menembak mati Duta Besar Rusia di Turki yang dikatakan sebagai bantahan terhadap campur tangan Rusia di Aleppo, Syria. Pembunuhan ini amat mengejutkan kerana dilakukan di bumi Turki dikawasan berhampiran bangunan parlimen mempunyai banyak persamaan dengan pembunuhan Ferdinand yang mencetuskan Perang Dunia 1.


Petunjukzaman telah mengeluarkan satu artikel pada tahun 2012 yang menjangkakan pertempuran yang baru bermula di Aleppo ketika itu akan mencetuskan perang akhir zaman. Iaitu akan mencetuskan perang besar dunia yang akan melibatkan Turki. Pasukan tentera Rom (NATO) yang beroperasi di Antioch akan melancarkan serangan ke Aleppo kononnya untuk merampas kembali Aleppo untuk umat Islam. Tetapi rancangan tersebut dihalang oleh pasukan muslimin dari Madinah yang merupakan pasukan terpilih dan terbaik, yang dapat menghidu tipudaya tentera Rom tersebut. 

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)

Rujukan

Tuesday, 24 September 2013

NATO Sedia Hadapi Perang Konvensional Besaran


On the move: NATO needs both high-end forces and forces able to stabilise and reconstruc ( © SHAPE)



NATO sedang merancang mengadakan latihan perang konvensional skala besar di eropah bagi membuat persediaan untuk menghadapi perang konvensional. General bagi pakatan tersebut menafikan persiapan tersebut bukanlah bagi menghadapi kebimbangan ancaman pakatan Russia. Kemungkinan latihan tersebut turut disertai oleh pihak Turki yang turut terlibat dalam krisis di Syria.

Latihan perang yang dinamakan " Steadfast Jazz" itu akan diadakan di Latvia dan Poland pada 2 - 9 November dengan disertai seramai 6,000 pasukan dari 20 negara sekutu, mengikut sidang media NATO. Pakar analisa tentera mengatakan inilah latihan terbesar semenjak tahun 2006.

Pegawai pemerintah tentera NATO mengatakan pihak mereka perlu menggilapkan lagi kebolehan peperangan konvensional dan tahap persediaan bagi menghadapi ancaman taktikal yang lebih sukar. Jurucakap tersebut menambah lagi, ia adalah berkenaan menyingkirkan pasukan penceroboh dari wilayah negara anggota. Dalam sidang media NATO juga menyatakan bahawa latihan tersebut akan menguji NATO dari segi keupayaan ketangkasan tindak balas serangan udara, darat dan laut, begitu juga dengan Pasukan Gerak Khas. 

Walaupun dinafikan oleh pihak NATO latihan tersebut sebenarnya adalah bagi menghadapi pakatan Russia yang semakin menunjukkan ancamannya sejak berlakunya krisis Syria. Negara manakan lagi yang mampu menggugat NATO melainkan Russia. Ancaman Russia sentiasa menjadi perbincangan oleh pihak barat dengan membawa peristiwa perang singkat 2008 yang dipimpin oleh Federasi Russia dalam menyokong dua negara yang keluar dari Georgia. Selain dari Timur Tengah pihak barat yang diwakili NATO dan pihak Russia juga sedang berusaha mengembangkan pengaruh masing-masing di wilayah Eropah Timur.


Share on email
Brunssum, the Netherlands - NATO and partner nations will conduct Exercise Steadfast Jazz 2013 in Latvia and in Poland from 2 - 9 November 2013. The event will mark the culmination of a series of dynamic and demanding exercises designed to train and test troops and commanders from the NATO Response Force (NRF).
The Steadfast series of exercises are part of NATO's efforts to maintain connected and interoperable forces at a high-level of readiness. To date, 17 exercises have been held in the series, with elements hosted in 14 different countries. The goal is to make sure that NRF troops are ready to deal with any situation in any environment.
The event involves about 6,000 personnel from many Allied and partner nations. Around 3,000 headquarters personnel from Joint Force Command Brunssum and other headquarters will be involved in a command & control exercise on the Adazi Base near Riga, Latvia and at several other headquarters locations across the Alliance. In addition, multinational troops will participate in a live-fire exercise at Poland's Drawsko Pomorskie Training Area. Air, land, maritime, and special forces will also participate from several locations. At the conclusion of the exercise, the headquarters staff from Joint Force Command Brunssum will be officially certified to lead NATO joint operations in 2014.
"The purpose of the exercise is to train and test the NATO Response Force, a highly ready and technologically advanced multinational force made up of land, air, maritime and Special Forces components,” said General Hans-Lothar Domröse, the Commander of Joint Force Command Brunssum. "The live element of Exercise Steadfast Jazz will test the interoperability of the soldiers, sailors, airmen, and marines involved, while the fictional scenario will be equally challenging for those participating in the command and control aspects of the exercise,” he said.

Saturday, 18 May 2013

Israel Bantah Bekalan Senjata Russia ke Syria


Israel memberi amaran bekalan senjata teknologi tinggi oleh Russia kepada negara Syria yang sedang berperang boleh jatuh ketangan pejuang yang boleh digunakan menyerang Israel.

Penghantaran senjata anti-kapal perang Yakhont ke Syria telah di kecam oleh Amerika Syarikat pada Jumaat lepas dan Israel juga bimbang terhadap hasrat Russia membekalkan peluru berpandu canggih S-300  bagi pertahanan udara ke Damsyik.

Israel menyatakan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam perang saudara di Syria tetapi baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Syria bagi memusnahkan senjata yang dibekalkan kepada kumpulan Lubnan Hezbollah.

Sistem peluru berpandu S-300 jika ditempatkan di Syria boleh menjangkau sejauh 200 km akan menimbulkan ancaman terhadap pesawat Tentera Udara Israel. Tetapi pihak Israel sangsi pihak Syria berupaya menguasai pengendalian sistem tersebut dalam masa singkat. Yiftah Shapir, ketua projek keseimbangan tentera untuk Kajian Keselamatan Israel di Tel Aviv, menyatakan "Dalam keadaan sekarang adalah meragukan pihak tentera Syria mampu mengerahkan tenaga kerja dan sumber kelengkapan untuk mengendalikan S-300. Shapir juga ragu Syria dapat menyediakan tapak kemudahan peralatan dalam jangka masa singkat untuk pengendalian S-300.

Mengikut lapuran dari Al Quds-Al Arabi yang berpusat di London, Kapal perang Russia telah tiba di perairan Syria beberapa hari lepas telah membawa bersama-samanya penasihat teknikal yang akan membantu kerajaan Syria dalam membuat persiapan menyusun kedudukan peluru berpandu yang termaju S-300 itu. Lapuran itu juga menyebut tindakan Moscow itu sebagai langkah pihak Barat yang telah melampaui had sempadan yang tiada tolak ansur.

Sumber;
http://www.reuters.com/article/2013/05/18/us-israel-syria-idUSBRE94H0BO20130518

Thursday, 16 May 2013

Ketumbukan Kapal Perang Pasifik Russia Memasuki Mediterranean

Kapal Pemusnah Laksamana Panteleyez



Satu angkatan kapal perang Russia dari Ketumbukan Pasifik telah memasuki perairan Mediterranean buat pertama kali dalam tempoh sedekad, menurut jurucakap angkatan laut tersebut.

"Pasukan khas ini telah berjaya merentasi Terusan Suez dan memasuki Mediterranean. Ini merupakan kali pertama dalam sedekad Ketumbukan Pasifik memasuki wilayah ini", menurut Capt. First Rank Roman Martov.

Kapal perang tersebut sedang menuju Cyprus dan dijadualkan berlabuh di Limasol.

Pasukan tersebut termasuk juga kapal pemusnah Laksamana Panteleyez, kapal perang amfibia Peresvet dan Laksamana Nevelskoi, kapal tangki dan kapal penyelamat yang bertolak dari dermaga Vladivostok pada 19 March lalu untuk bergabung dengan pasukan khas Mediterranean tersebut.

Buat masa ini ketumbukan tersebut terdiri dari kapal anti kapalselam Severomorsk, kapal frigate, kapal penyelamat, kapal tangki dari angkatan Utara dan Ketumbukan Baltic, tidak ketinggalan juga kapal pendarat kereta kebal Ropucha-II dari ketumbukan Black Sea.

sumber

http://en.rian.ru/military_news/20130516/181177002/Russian-Pacific-Fleet-Warships-Enter-Mediterranean.html

Saturday, 8 September 2012

Kapal Selam Nuklear Russia Menyusup Masuk Pantai US

Sebuah kapal selam nuklear kategori project 971 (Jaws - klasifikasi NATO), yang lengkap dengan peluru berpandu jarak jauh, telah menyusup masuk ke pantai US melalui Teluk Mexico dalam jangkamasa yang lama tanpa dikesan, dilapurkan oleh Washington Free Beacon melalui pegawai US yang tidak dinamakan.

Kapal selam itu mempunyai keupayaan menenggelamkan mana-mana kapalselam nuklear US ataupun mana-mana kapal pengangkut US. " Kapal selam Akula tersebut dibina hanyalah untuk satu tugas sahaja dan satu-satunya tugas tersebut ialah memusnahkan kapal selam peluru ballistic dan kelasinya," menurut jurucakap pegawai US.

Wakil jurucakap tentera laut US enggan mengulas tentang lapuran tersebut. Sebahagian besar media utama di US juga tidak menyiarkan tentang kejadian tersebut.

Penyusupan di Teluk Mexico berlaku pada masa yang sama ketika pesawat pengebom strategik Russia menyusup masuk ke dalam ruang udara terlarang berdekatan Alaska dan Callifornia dalam Jun dan Julai. Di sebelah West Coast, sebuah pesawat pengebom strategic Bear H telah memasuki ruang udara US berdekatan California dan bertemu dengan jet pemintas US.


http://english.pravda.ru

Belajar Quran