Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Friday, 29 May 2015

Dahsyatnya Kalimah ini...




Banyak diperkatakan tentang kebaikan bertasbih dan bertahmid kepada Allah dan dalam al-quran Allah menceritakan seluruh makhluk alam semesta sentiasa bertasbih kepada Allah,

" Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Al-Israa' 17:44)

Ada satu cerita kisah benar tentang fadhilat solat Dhuha dan zikir Subhanallahhi wabihamdihi yang di ceritakan oleh seorang kenalan. Beliau seorang pengusaha tadika di Terengganu, jadi tadikanya ini selalulah orang datang, kadang-kadang jual produk dan ramai juga yang datang minta derma. Sekitar bulan lepas ada seorang lelaki dari Kelantan datang untuk menjual kerepek. Lelaki itu menceritakan bahawa dia berada dalam kesusahan kerana beliau sekarang ini sudah hilang tempat tinggal kerana rumahnya dihanyutkan dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan hujung tahun lepas. Beliau cuba mencari pendapatan sekadar yang mampu bagi menyara hidup keluarganya.

Kenalan ini sangat simpati dengan keadaannya kerana beliau rasa dengan hanya menjual kerepek dari rumah kerumah sudah tentu pendapatannya tidak seberapa dan mengambil masa yang lama untuk memulihkan kehidupannya. Dia merasakan dari penampilan lelaki tersebut amatlah terdesak dan buntu untuk melepaskan diri dari kesusahan yang melandanya. Lalu dia menasihati lelaki tersebut, waktu pagi-pagi sebelum keluar rumah menjual kerepek kerjakanlah dulu sembahyang Dhuha. Lelaki itu pun tanyalah untuk apa, kenalan ini pun ceritalah fadhilatnya. Kemudian dia berpesan lagi sambil berjalan ketika berjual sentiasalah baca zikir " Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim". Sebagai penutup bicara, kenalan ini membeli kerepek hanya sebungkus sahaja dengan harga RM20.

Dua minggu kemudian lelaki Kelantan ini datang lagi tapi dengan memandu kereta. Kenalan ini bertanyalah hendak menjual kerepek lagi ke?. Lelaki itu menjawab, sekarang ini dia sudah tidak menjual kerepek lagi. Sambil menangis dia mengucap terima kasih kepada kenalan ini sebab selama ini tidak ada sesiapa memberitahunya hendak memohon bantuan Allah dengan cara tersebut. Dia memberitahu, dia amal ikut nasihat yang diberikan dan tidak lama selepas itu ada orang datang menghulurkan bantuan untuk dia membuka sebuah kedai dan setakat ini perniagaannya begitu laris. 

Kalimah ini sangat ringan bila diucapkan, tetapi berat dalam timbangan. Kalimah tasbih ini sangat mudah kita ucapkan, tetapi mempunyai kesan yang luar biasa dalam hidup kita. Sungguh dahsyat kalimah tasbih, subhanallah, kerana kalimah tersebut dapat menghilangkan ketakutan, boleh menghapuskan dosa-dosa dan dunia akan tunduk serta datang merangkak mendatangi kita!

Diriwayatkan dalam “Shahih Bukhari” bahwa suatu ketika datang seorang lelaki mengeluhkan keadaannya kepada Rasulullah saw. Ia berkata, “Dunia ini telah berpaling dariku dan yang telah kuperoleh dari tanganku sangatlah sedikit.” Rasulullah saw bertanya kepadanya, “Apakah engkau tidak pernah membaca doanya para Malaikat dan tasbihnya seluruh makhluk yang dengan itu mereka mendapat limpahan rezeki?” Lelaki itu bertanya, “Doa apakah itu wahai Rasulullah?”

Rasulullah saw menjawab, “Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim, dan beristighfarlah kepada Allah sebanyak seratus kali diantara waktu terbitnya fajar hingga menjelang waktu shalatmu, dengan itu dunia akan tunduk dan merangkak mendatangimu, dan Allah menciptakan dari setiap kalimah tersebut Malaikat yang selalu bertasbih kepada Allah hingga hari kiamat dan untukmu pahalanya.”

Dalam hadith riwayat Imam Muslim, zikir dengan ucapan lafaz “ Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar ridha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Tuesday, 13 January 2015

Keajaiban Dalam Bencana Banjir

Disebalik kemusnahan yang dapat disaksikan dalam banjir tsunami yang menimpa Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah terdapat juga keajaiban yang menjadi pengajaran kepada kita.
Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa kejadian yang diceritakan setelah surutnya banjir tsunami tersebut.





Tafsir al Quran cantik tersusun dijumpai diatas bumbung rumah selepas banjir surut di Taman Krai. Ia mungkin dihanyutkan banjir dari sebuah masjid yang ditenggelami banjir.


Naskah al quran ini ditemui semasa operasi pembersihan di Machang. Ia telah berada didalam lumpur berhari-hari tapi apabila mukasuratnya dibuka ia sangat indah dengan tulisannya seolah-olah tidak terusik. Al-Quran adalah mukjizat yang dapat dilihat hingga skhir zaman.




Ini pula naskah tafsir oleh Sayyid Qutb masih juga terpelihara dan dalam keadaan baik.


Ini pula keadaan dalam sebuah surau. Walaupun ditenggelami banjir lumpur terdapat bahagian karpet sembahyang tidak terjejas.

Banjir yang luar biasa melanda Kelantan itu naik secara mendadak lebih dari 20m dalam masa yang singkat hinggakan rumah yang berada ditempat yang tinggi turut ditenggelami air.

Mengikut cerita yang sahih diceritakan oleh sukarelawan banjir. Mereka pergi kesatu lokasi yang terpencil kerana terdapat maklumat terdapat tumah anak yatim dan pusat tahfiz mungkin memerlukan bantuan kerana jauh dipendalaman.

Pada anggapan mereka kemungkinan pondok tersebut alami kemusnahan besar kerana kedudukan pondok di tepi sungai.


Pondok yang ditujui oleh sukarelawan tersebut ialah pondok bernama Madrasatul Tarbiah Aulad yang berada di Kg. Sg. Kenerong, Stong, Dabong dan diuruskan oleh seorang ustaz yang digelar Pak Teh Din.


Berbanding dengan tempat-tempat lain yang mereka telah beri bantuan, perjalanan ketempat tersebut walaupun jauh ke pendalaman agak luar biasa kerana segala-galanya dipermudahkan Allah sejak dari mereka bermula lagi. Walaupun mereka tidak mengetahui lokasi pondok yang di tuju mereka merasakan bagai dipimpin untuk sampai ke sana dengan mudah walaupun hanya bertanya dengan beberapa orang sahaja.


Setelah masuk ke  Kg. Dabong mereka melihat kemusnahan yang sangat teruk di sepanjang perjalanan. Bila masuk ke jalan kecil menuju ke Madrasah Tarbiah Aulad itu mereka membayangkan kemusnahan yang lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai. Madrasah Tarbiyah al-Aulad ini berada di laluan sungai utama bawah stesen hidro TNB Sg.Kenerong, Stong, Dabong.
Apabila stesen hidro itu melepaskan air dalam keadaan air yang sudah begitu banyak, maka terjadilah gelombang tsunami yang begitu deras merempuh kawasan  tersebut!


Seperti di ceritakan sendiri oleh Pak Teh Din pemilik pondok tersebut, semasa gelombang air turun dari bukit ke sini..dengan lajunya, dengan tingginya..dengan arus yang ganas menggila...segala-gala yang ada di sekitar kawasan ini dirempuh dgn begitu ganas..

Mereka yg berada dlm pondok ini terlalu takut melihat keadaan demikian. Pak Teh Din sendiri tak pernah  melihat keadaan begini seumur hidupnya.

Maka mereka menunaikan solat di madrasah yang sedang teruk dihempap air...lalu berdoa (dicatitkan sebahagian sahaja)

"Yaa Allah Ya Tuhanku..sesungguhnya aku ini berada dalam rumahMu..dan aku mengajar dan menyebar agamaMu...
Dan mereka yang ada di sini adalah orang-orang yang belajar ilmuMu..
Hanya pondok inilah tempat berlindung yang kami ada...yang kami bina dengan jerih payah hasil dari hamba2Mu yang bersedekah dijalanMu..
Dan kami semua adalah hamba2 Mu yang daif..

Dan sesungguhNya air hujan itu juga hambaMu..dan air sungai itu juga hambaMu..
Maka Engkau arahkanlah mereka itu ke tempat lain dengan kudratMu.."
(kemudian Pak.Teh Din membaca beberapa potong ayat lalu diaminkan doa tersebut)



Di sinilah Allah mnunjukkan kekuasaan Nya...!
Aliran arus air yang terlalu laju dengan keadaan ganas menggila itu BERALIH DAN MENGALIR KE ARAH LAIN...!!!
Masya Allah..Allahu Akbar..!!!
(kejadian arus air beralih arah ini disaksikan oleh semua yang berada di pondok tersebut pada waktu itu)

Akhirnya kawasan pondok2 ini mengalami kerosakan yang sangat minima...berbanding keadaan air yang merempuh kawasan ini..!
(Bayangkan walaupun dalam keadaan air yang sudah surut sungai tersebut masih lagi mengalir deras!)



Satu keajaiban juga dengan kekuasaan Allah, tidak ada satu pun pokok-pokok pisang yang ditanam oleh Pak Teh Din yang tumbang atau mati...Masya Allah. Pak Teh Din menanam beberapa ekar pokok pisang bagi menampung kewangan pondok tersebut.




Saturday, 29 November 2014

Air Terjun Gunung Uhud Tanda Kiamat?




Syekh Dr. Muhammad alu Nashr mengulas video ini dengan mengatakan:

صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم:لن تقوم الساعة حتى تعود جزيرة العرب جناة وانهارا -انها اعلام النبوة

“Benarlah Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam yang bersabda: tidak akan datang kiamat hingga jazirah arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai” sungguh ini mu’jizat kenabian!






Orang yang memperhatikan keadaan jazirah arab akan mendapatkan bahwa padang pasir yang gersang dan tandus mencapai 70% dari jumlah keseluruhannya. Nabi kita s.a.w memberi kabar bahwa diantara tanda kiamat: jazirah arab akan kembali subur dan dialiri sungai, padahal sebelumnya ia merupakan hamparan padang pasir gersang yang tidak ditumbuhi tanaman.

Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga jazirah arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai, sehingga orang yang menempuh perjalanan dari Irak menuju Makkah tidak merasa takut kecuali dari ketersesatan –atau takut kehilangan arah jalan- dan akan membanyak al-haraj”. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan al-haraj? Beliau menjawab: “Pembunuhan” (HR. Ahmad).

Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga harta membanyak dan memlimpah, bahkan seseorang sampai keluar dengan membawa zakat hartanya, namun tidak mendapati orang yang mahu menerimanya. Dan hingga bumi arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai” (HR. Muslim).


Sumber:

  1. http://www.binamasyarakat.com/video-air-terjun-gunung-uhud-tanda-kiamat/
  2. http://www.binamasyarakat.com/video-air-terjun-riyadh-tanda-kiamat/

Monday, 9 December 2013

Banjir: Pahang Perlu Ambil Iktibar


Banjir yang menimpa Pahang khususnya Kuantan pada kali ini mengikut kata penduduk adalah terburuk sejak tahun 1970. Setelah banjir nampaknya mula reda, ramai yang tertanya-tanya apakah petunjuk dari ujian yang Allah timpakan itu. Banyak kejadian bencana besar yang berlaku terdapat hikmah disebalik ujian tersebut seperti bencana tsunami di Aceh, walaupun banyak berlaku korban akhirnya umat Islam dapat mengambil iktibar hinggakan peperangan selama Islam yang berpanjangan akhirnya menemui jalan perdamaian.

Begitu juga dengan banjir di Pahang, kita berharap semua pihak dapat mengambil iktibar diatas ujian tersebut dan perlu kembali kepangkal jalan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Saya tertarik dengan satu artikel yang mendedahkan perancangan menjadikan Kuantan sebagai pusat penyembahan berhala sedunia sebagai mana Mekah menjadi pusat ibadah umat Islam.


Berikut adalah petikan artikel tersebut:

Satu pusat tumpuan Keagamaan ( kecuali Islam ) TERBESAR Di Dunia menggunakan konsep Pelancungan Spiritual

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium (Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.

Kawasan terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari, perlukan 3-5 hari ! Satu bandar tersendiri yang lengkap segalanya.

Dalam laman web rasmi projek tersebut dinyatakan projek tersebut mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.(http://www.enchant1mst.com/index.html)

1MST Presentation Slides - New - Eng


Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam sebagai agama rasmi, cadangan untuk menjadikan Kuantan sebagai pusat tumpuan agama lain walau atas alasan pelancungan bagi mendapatkan sumber ekonomi sekalipun tidak sepatutnya berlaku.

Apakah tidak cukup lagi sumber rezeki yang diberikan Allah di bumi Malaysia ini hingga kita sanggup menggadai prinsip dengan mencari kemurkaan Allah? Ingatlah bencana banjir ini hanyalah amaran bagi semua pihak bahawa Allah berhak menarik balik segala kurniaNya jika kita melampaui batas. Ingatlah Allah lah sahaja pemberi rezeki sebagai mana dikurniakan di Mekah walaupun tanah tandus gersang tetapi Allah memberikannya kekayaan melimpah ruah melalui kedatangan umat Islam dari segala penjuru dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Begitu juga dikeluarkan dibawah perut buminya minyak yang menjadi bahan komoditi paling bernilai.

Masih lagi belum terlambat bagi pihak berkuasa untuk menilai semula rancangan tersebut, segala rancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan hendaklah mengikut landasan syariat yang telah digariskan dalam Islam. Kita juga menyeru alim-ulamak dari berbagai pihak terutamanya yang berada dalam kerajaan supaya menyuarakan bantahan terhadap rancangan tersebut. Ingatlah banjir yang menimpa ini adalah amaran dari Allah supaya kita kembali ke landasan yang sebenar.



Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).(4:79)

Friday, 6 December 2013

Banjir Akhir Zaman


Sebuah masjid di Kuantan di lindungi Allah dari bencana banjir seperti di Aceh banyak masjid terselamat dari Tsunami
Banyak rumah tenggelam moga ia menjadi peringatan bagi umat Islam

Keadaan banjir yang melanda pantai timur semenanjung yang melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan banyak melibatkan kerugian harta-benda. Banjir yang melanda kali ini merupakan yang terburuk pernah di alami di negara ini kerana ia melibatkan kawasan yang luas. 

Antara tanda-tanda akhir zaman ialah turunnya hujan yang merosakkan rumah-rumah kediaman. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran akan banyaknya berlaku kejadian banjir dan hujan lebat yang memusnahkan pada akhir zaman.


Hujan yang menyebabkan rumah tidak dapat menahannya


Termasuk tanda kiamat yang telah dikabarkan Nabi s.a.w adalah akan turunnya hujan yang tidak dapat ditahan oleh rumah-rumah yang terbuat dari tanah dan batu, yang akan dapat bertahan darinya adalah kemah-kemah yang terbuat dari kulit unta.

Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga langit menurunkan suatu hujan yang tidak dapat ditahan oleh rumah di pedesaan, tidak ada yang dapat bertahan darinya kecuali rumah yang terbuat dari pepohonan"[1].


Turun hujan dari langit, namun tidak menumbuhkan tumbuhan sedikitpun


Termasuk tanda kiamat yang telah dikabarkan Nabi s.a.w adalah turunnya hujan dari langit, namun ia tidak menumbuhkan apapun, baik tanaman maupun buah-buahan.

Dari Anas r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga manusia dihujani oleh hujan yang umum, namun ia tidak menumbuhkan apapun di atas muka bumi"[2].

Tidak diragukan lagi bahwa ini terjadi karena ketidak adaan keberkatan di bumi, sebagaimana sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya yang dimaksud dengan kemarau bukan karena tidak ada hujan, akan tetapi kemarau itu apabila hujan turun namun ia tidak menumbuhkan apapun di atas muka bumi"[3]. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[1] HR. Ahmad, berkata al-Haitsami: perawinya para perawi as-shahih. Syaikh al-Arna'uth berkata: sanadnya shahih, sesuai dengan syarat Muslim. Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya. 

[2] HR. Ahmad dan Abu Ya'la. Berkata al-Haitsami dalam al-majma': seluruh perawinya tsiqat.

[3]  HR. Ahmad, berkata al-Haitsami: perawi hadits ini adalah perawi as-shahih. 

Belajar Quran