Showing posts with label Ribut Solar. Show all posts
Showing posts with label Ribut Solar. Show all posts

Thursday, 8 March 2012

Bumi Sedang Diasak Ribut solar


Alhamdulillah, segala pujian di panjatkan kehadrat Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk beramal ibadat dan bagi mendapatkan keampunan dan keredhaannya. Semalam sekali lagi bumi di asak dengan ribut solar yang paling kuat 10x ganda dari biasa tetapi syukur ia menghala kearah tidak mendatangkan mudarat yang besar dibumi.

Strongest solar storm!


WASHINGTON: One of the strongest solar storms in years engulfed Earth last night, but scientists say the planet may have lucked out.
Hours after the storm arrived, officials said there were no reports of problems with power grids, satellites or other technologies that are often disrupted by solar storms.
But that still can change as the storm shakes the planet's magnetic field in ways that could disrupt technology but also spread colourful Northern Lights. Early indications show that it is about 10 times stronger than the normal solar wind that hits Earth.
The storm started with a massive solar flare and grew as it raced outward from the sun, expanding like a giant soap bubble, scientists said.
The storm struck at about 1100GMT in a direction that causes the least amount of problems, said Joe Kunches, a scientist at the National Oceanic and Atmospheric Administration's Space Weather Prediction Centre.
"It's not a terribly strong event. It's a very interesting event," he said.
bacaan lanjut;

Biggest Solar Storm in Years Is Bombarding Earth Now


Wednesday, 25 January 2012

Bumi Dilanda Ribut Solar Terbesar




Ribut solar yang terbesar sejak 2005 telah melanda pada minggu ini dan dijangka mencapai kemuncaknya pada 29 Januari 2012, 11 pm EST. ribut boleh mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan paparan cahaya semulajadi boleh dilihat lebih jauh ke selatan, iaitu sehingga Idaho dan New York, bahkan di Illinois dan Oregon, di Amerika Syarikat Amerika Syarikat. Fenomena ini akan menyebabkan bumi bakal dilanda suar solar sebanyak tiga kali dan mendatangkan tiga kesan yang berbeza, iaitu pelepasan sinaran elektromagnet, diikuti oleh radiasi dalam bentuk proton dan terakhir pelepasan korona (plasma dari matahari) secara besar-besaran.




Kesan yang diterima bumi hasil daripada ribut solar ini termasuklah, gangguan grid elektrik, medan magnet bumi terganggu, berlaku gangguan biologi bagi sesetengah hidupan, gangguan penghantaran/transmisi radio serta memberi kesan kepada aktiviti geologi.

Terdapat dua jenis ribut suria, pertamanya ialah Letusan Matahari (Solar Flare) iaitu letusan yang biasanya berlaku di permukaan Matahari apabila tenaga magnetik dilepaskan yang mengakibatkan letupan yang bersamaan dengan letupan 10 juta gunung berapi. Fenomena ini adalah aktiviti biasa di permukaan Matahari.

Keduanya iaitu yang paling penting ialah Coronal Mass Ejection (CME) atau Perlepasan Jisim Korona, iaitu letupan besar plasma (gas yang mengandungi elektron bebas dan ion positif) dari matahari ke atmosfera luar matahari atau korona. Korona ialah kawasan bergas yang terletak di atas permukaan matahari sehingga menjangkau bermilion kilometer ke angkasa. Suhu kawasan ini boleh mencecah sehingga satu juta darjah celcius iaitu 200 kali lebih panas berbanding suhu di permukaan matahari. Fenomena inilah yang paling ditakuti dan ia biasanya disebut sebagai “RIBUT SOLAR”.

Ribut solar atau CME yang berlaku ini bergerak pada kelajuan 2500 km/saat. Bayangkan kesannya jika kebetulan ianya berlaku betul-betul berhadapan dengan planet bumi yang terletak hanya sejauh 1 A.U. (Unit Astronomi) atau bersamaan dengan 150 juta kilometer. Walaupun nampak jauh, tetapi jarak cahaya yang melalui antara kedua-dua objek ini hanya mengambil masa lebih kurang 8 minit yang bermakna sebarang perkara yang berlaku di Matahari, kita hanya mengetahuinya 8 minit kemudian (yang jelas tidak mencukupi untuk kita melarikan diri). Untuk itu, banyak model telah dibuat oleh para penyelidik untuk memahami perilaku bintang tersebut dan membuat pelbagai ramalan serta andaian bagi mempersiapkan Bumi kita yang banyak dipengaruhi jasad itu.

Belajar Quran