Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, 21 November 2016

Bersih 5 Agenda Gereja Evangelist Rancang PM Baru

Kongres Amerika lebih setengah abad lalu telah mengharamkan pihak gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Pada tahun 1954, pihak kongres telah meluluskan pindaan undang-undang oleh Senator Lyndon Johnson untuk melarang mana-mana badan amal dan gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik.

Tetapi di Malaysia pihak gereja dibawah Bernard Paul, Bishop gereja Katolik mendesak rakyat Malaysia supaya turun dijalanan bersama gerakan Bersih bagi menjatuhkan PM Malaysia sekarang ini. Bersih 5 ini sebenarnya mendedahkan rancangan mereka untuk mendominasi politik Malaysia seterusnya mengadakan transformasi sistematik untuk penguasaan Kristian di Malaysia. 




Perkara ini bukanlah berdasarkan sangkaan semata-mata tetapi telah dibuat kajian secara terperinci di dalam buku Sang Nila Utama and The Lion of Judah yang dikarang oleh Iain Buchanan. Ia mendedahkan rancangan globalist menerapkan doktrin Kristian Zionis dan Dominionism kedalam gereja evangelista. Doktrin Dominion merupakan fahaman baru kristian ingin menegakkan sebuah negara berdasarkan undang-undang bible disamping mengadakan persediaan untuk Christ's Second Coming. 


Mereka mempunyai rancangan yang khusus untuk menguasai bidang politik dan terlibat secara langsung dengan urusan politik walaupun mereka dakwa sebagai non partisan. Seperti yang diluahkan oleh Pastor Daniel Ho dari Damansara Utama Methodist Church, " Not everything is politics, but everything is political...we must get involved at every level as much as possible, as deep as possible ". Rancangan tersebut mereka namakan sebagai Dream Malaysia Project yang menggabungkan bersama 20 orang Pastor dari seluruh Malaysia yang diketuai oleh Daniel Ho sendiri. Tujuan mereka ialah untuk membentuk sebuah revolusi terdiri dari kalangan silent majority. Dimana berpuluh-ribu akan bangkit dengan padu bagi mempengaruhi keluarga, guru, pemimpin dan pihak berpengaruh kepada keagungan tuhan mereka dan kebajikan rakyat. Seterusnya dalam proses tersebut diharapkan kumpulan majoriti akan di kristiankan. Antara penggiat utama kumpulan evangelist ini ialah Theresa Kok ahli parlimen DAP, yang mengatakan hanya 50 kumpulan cell sahaja dalam "missional ministry" diperlukan bagi ubah sebuah bandar. Beliau mengatakan demikian kepada Eric Swanson daripada Leadership Network and The Externally Focused Church yang sangat aktif mengembangkan jaringan " kingdom business " di Malaysia.


Penglibatan gereja evangelist dalam Bersih 5 memberi kesempatan yang besar kepada mereka untuk melebarkan pengaruh dalam politik Malaysia dan menentukan PM yang mereka kehendaki seterusnya mempengaruhi keputusan politik untuk melaksanakan agenda mereka. Gerakan Evangelista menolak bahawa negara ini adalah tanah ‘Melayu’ tetapi sebaliknya menganggap Melayu juga kaum pendatang. Mereka mahukan semua warga adalah sama rata dan bersaudara (“brothers and sisters”) untuk tujuan mencapai matlamat tersebut.


Bagi evangelista, Melayu adalah identiti “rasis” dan Islam adalah identiti “pelampau agama” (religious bigotry). Evangelista berpendirian bahawa penglibatan NGO Islam dalam politik adalah melambangkan haluan kanan beserta NGO Islam yang mahu menghadkan penggunaan ‘Allah’ (khusus bagi umat Islam sahaja) adalah setaraf Taliban dan Perkasa. Evangelista mengkehendaki pembangunan nasional mestilah hanya berteraskan fungsi manusia yang berpaksikan aspek produktiviti, daya saing dan senantiasa maju semata-mata tanpa menerapkan nilai-nilai Islam. 

Bersih 5 hanyalah alat bagi pihak-pihak yang terlibat bagi melaksanakan agenda mereka terutamanya untuk mengurangkan pengaruh Islam dalam aspek politik dan perundangan Malaysia. Seterusnya mengurangkan halangan bagi mereka untuk melaksanakan agenda meruntuhkan Islam seperti LGBT, Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu, kebebasan menukar agama bagi orang Islam dan yang paling penting melantik PM yang menjaga kepentingan mereka. Rakyat terutamanya umat Islam hanyalah sebagai catur permainan sahaja bagi mereka.

Rujukan;
  1. https://helenang.wordpress.com/2015/12/03/militant-evangelistas-and-their-ubah-agenda/
  2. https://akarimomar.wordpress.com/2016/11/20/koleksi-poster-gambar-bersih/
  3. www.dream.net.my
  4. www.asianbeacon.org
  5. https://akarimomar.files.wordpress.com/2015/02/sang-nila-utama-and-the-lion-of-judah.pdf

Tuesday, 20 September 2016

Dekatnya Kiamat Orang Shalih Di Hina

Dalam sebuah riwayat tentang tanda-tanda dekatnya kiamat, Rasulullah saw bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُخَوَّنَ الْأَمِينُ وَيُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَحُّشُ وَقَطِيعَةُ الْأَرْحَامِ وَسُوءُ الْجِوَارِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ الْقِطْعَةِ مِنْ الذَّهَبِ نَفَخَ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا فَلَمْ تَغَيَّرْ وَلَمْ تَنْقُصْ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسِرْ وَلَمْ ُ تُفْسِدْ

“Hari Kiamat tidak akan tiba sehingga orang yang dapat dipercayai didustakan, sedangkan orang-orang yang berkhianat justru dipercaya, kemungkaran dan cercaan merupakan kebiasaan umum di tengah masyarakat, terputusnya tali silaturrahmi, dan tetangga yang buruk. Demi Dzat yang jiwa Muhammad ini berada pada genggaman-Nya, sesungguhnya seorang mukmin bagaikan sepotong emas, ditempa menjadi apapun emas itu nilainya tak pernah berkurang. Demi Dzat yang jiwa Muhammad ini berada di genggaman-Nya,bahawa orang mukmin itu seperti lebah, makanannya baik dan menghasilkan yang baik. Lebah itu hinggap pada (ranting) bunga, namun tidak merosak bunganya dan juga tidak mematahkan rantingnya. [HR. Ahmad, Musnad Al-Mukatstsirîn, hadits no. 6886, [Al-Musnad (2/266)]. Hadits ini shahih dan memiliki syahid yang diriwayatkan dari berbagai jalur yang berbeda [Al-Adawi, Ash-Shahîh Al-Musnad, hal. 398]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa penilaian sikap masyarakat  terhadap berbagai isu dan permasalahan yang menjadi punca pergeseran mereka. Orang-orang shalih dan jujur akan dikhianati dan didustakan. Sebaliknya para pengkhianat dan penentang Islam di percayai dan dibela. Ironinya golongan pendusta dan pengkhianat terhadap ajaran Islam ini mendabik dada mengaku merekalah golongan paling amanah!

Allah SWT berfirman :


:إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” Qs.4:58

Alim Ulama didustai

Hadits tersebut juga mengisyaratkan adanya serangan yang dilancarkan oleh media massa kepada para pembela agama Allah di muka bumi. Perang propaganda melalui berbagai media dengan memutarbalikkan fakta yang ada telah membuat masyarakat tidak lagi membuat pertimbangan yang betul.  Saat kebohongan telah menjadi sesuatu yang wajib dalam menyampaikan berita, sebagai berita sensasi tanpa dipedulikan kebenarannya sehingga masyarakat menjadi keliru tidak dapat membezakan kebenaran dan kejujuran. Hinggakan apa saja seruan orang-orang yang shalih terdiri dari alim ulama dan pendokong kebenaran akan diperolok-olokan sementara para pembohong akan dipercayai.

Cercaan orang kafir terhadap orang shalih walaupun sudah meninggal menunjukkan rendahnya akhlak

Akibat terlalu percaya pembohongan  kafir ada umat Islam mencerca ulama walaupun sudah meninggal disebabkan  kebenciaan keatas perjuangan Islam

Tetapi Nabi saw yang mulia telah bersumpah dengan dirinya sendiri bahawa walau apa pun tuduhan yang dilemparkan oleh masyrakat yang tertipu dengan propaganda sikafir ia sama sekali tidak mengurangkan kemuliaan seorang mukmin yang tetap membawa kebenaran al-quran dan ajaran Islam.

Hadits tersebut juga merumuskan adanya tiga tanda hari Kiamat yang lain, iaitu buruknya hubungan tetangga, terputusnya tali silaturrahmi, serta tersebar luasnya caci maki, perbuatan tidak bermoral dan menjijikkan. Boleh jadi tiga tanda tersebut tidak terlihat saling berhubungan. Namun ketika neraca kebenaran telah rosak, maka kesan buruknya akan merebak di semua sendi kehidupan.

Akhir zaman juga ditandai dengan ukuran menilai kebenaran bukan lagi agama atau kitab suci, tetapi kononnya Hak Asasi Manusia (HAM) untuk melakukan maksiat
Mengaku Islam tapi menentang Hukum Syariah  atas dasar HAM. Kalau begitu mahkamah juga tidak perlu sebab menyekat kebebasan manusia!

Kerananya, pada bahagian akhir dari potongan hadits di atas Rasulullah Shalaallahu ‘Alaihi Wassallam bersumpah dengan menegaskan bahawa perbandingan seorang mukmin seperti emas yang tulin, bagaimanapun keadaannya ia tetaplah emas yang tidak akan berkurang nilainya walau terkubur di dalam lumpur. Begitulah hakikat seorang mukmin, ia bagai emas yang senantiasa bernilai tinggi seperti apapun keadaannya. Seorang mukmin juga bagai lebah yang sangat santun dalam menghadapi fitnah. Menebar manfaat di setiap waktu dan tempat. Tidak meninggalkan jejak yang merosak. Namun, di saat kehormatan diri dan agamanya dikoyak, maka ia akan mempertahannya semampu yang dia mampu walau harus berakhir dengan terpisahnya nyawa dari raga.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan;

  1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/09/19/jeff-ooi-diminta-serah-diri/
  2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-akhbar/16689-tuntutan-comango-iktiraf-lgbt-perlu-ditentang-.html

Monday, 13 June 2016

Langkah DAP Langkah Dajjal

Perdaya Umat Islam Dengan Janji Kesesatan

Hubungan DAP dengan anasir Dajjal bukanlah tuduhan melulu tetapi banyak bukti yang menunjukkan perkara tersebut. Adalah amat penting bagi umat Islam untuk menyedari hal ini sebelum terlambat. Amat mengejutkan ramai umat Islam termakan janji-janji palsu yang ditaburkan oleh DAP melalui rangkaian media dan propaganda yang dilakukan secara tersusun. Mereka percaya dengan janji DAP yang dapat memberikan kemakmuran dan keadilan dengan syarat menolak syariat Islam. Padahal janji Allah kemakmuran dan keadilan hanyalah dapat dicapai dengan mengamalkan syariat Islam sepenuhnya seperti yang dibawa oleh Rasul yang mulia Nabi Muhammad saw.

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).

(Asy-Syuura 42:17)

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.
 
(Al-Hadid: 25)

Menaja Freemason
 
Pada awal tahun ini umat Islam heboh melahirkan kebimbangan keatas kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberikan dana kepada pertubuhan Freemason untuk mengadakan persidangannya di negeri tersebut.



Grand Lodge (Loji Besar) merupakan badan bebas dan berdaulat yang mentadbir seluruh Freemason didunia. Freemason juga dikenali sebagai pertubuhan ‘sulit’ kerana tidak ramai yang mengetahui pergerakannya selain tidak mengenali individu yang terlibat secara langsung dengan Freemason.
Dengan sokongan Freemason kepada Israel untuk merampas tanah rakyat Palestin dan Masjidil Al Aqsa, rejim Zionis tidak akan tunduk kepada tekanan dunia terhadap keganasan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin.

Dakwaan bekas ahli DAP, Mohamad Razali mengenai kaitan DAP dan Israel ada kebenarannya dengan sokongan kuat DAP terhadap Freemason. Dakwaan yang menyebut seramai 17 orang ahli DAP menerima latihan dari Israel tidak mampu dinafikan apabila dikaitkan dengan kebenaran yang kerajaan DAP beri kepada Freemason untuk membuat perjumpaan di Pulau Pinang.

Menjanjikan Kuasa Bagi Umat Islam Yang Ikrar Setia Dengan Mereka
 
Jadi bukanlah asing juga bagi kumpulan yang mereka taja dari umat Islam sendiri apabila simbol yang mereka gunakan adalah simbol Roc yang dibuat dengan jari tangan membentuk segitiga piramid. Inilah perancangan halus oleh anasir Dajjal ini bagi menerapkan ideology mereka secara halus. Iaitu hanya dengan menolak syariat Islam mereka akan dapat berkuasa. Simbol piramid ini menunjukkan golongan mereka yang terpilih akan berada diatas puncak dengan memerintah golongan ramai berada dibawah piramid mengikut agenda Dajjal.






Artis Barat dengan simbol Roc

Beyonce

James Lebron

Rihanna
Golongan Islam Yang Sebenar Tidak Bersama Orang Kafir Yang Menentang Islam


Firman Allah Swt.:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتابِ أَنْ إِذا سَمِعْتُمْ آياتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِها وَيُسْتَهْزَأُ بِها فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِثْلُهُمْ
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kalian di dalam Al-Qur'an bahwa apabila kalian mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kalian duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kalian berbuat demikian) tentulah kalian serupa dengan mereka.
(An-Nisa: 140)

Sesungguhnya jika kalian melakukan hal yang terlarang sesudah larangan sampai kepada kalian, dan kalian rela duduk bersama-sama mereka di tempat yang padanya diingkari ayat-ayat Allah, diperolok-olokkan serta dikecam dengan pedas, lalu kalian menyetujui hal tersebut, berarti sesungguhnya kalian berserikat dan bersekongkol dengan mereka dalam hal itu.

 Karena itulah dinyatakan oleh firman-Nya:
{إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ}
tentulah kalian serupa dengan mereka. (An-Nisa: 140)

Umat Islam Mesti Pelihara Keimanan Melebihi Perkara Lain
 
Mukmin sejati menyedari pentingnya memelihara iman-tauhidnya bahkan sebelum puncak fitnah iaitu Ad-Dajjal akan keluar ke tengah umat manusia. Bahkan ketika dunia diwarnai oleh aneka fitnah pra-Dajjal seorang mukmin telah bersusah-payah memelihara iman-tauhidnya dengan tidak terjebak oleh aneka fitnah tersebut. Bahkan ketika dunia modern membentuk dirinya menjadi sebuah Novus Ordo Seclorum (Peraturan Dunia Baru) alias Sistem Dajjal ia telah memasang sikap dan bersedia memelihara iman-tauhidnya.
 
Seorang mukmin sejati tidak bakal tertipu oleh ideologi kafir yang menyerukan sekularisme, pluralisme dan liberalisme dibungkus slogan palsu seperti sikap kesaksamaan universal, tiada diskrimasi, keadilan serta kebebasan. Seorang mukmin sejati tidak bakal tertipu oleh sistem hukum kafir yang memberikan kekuasaan kepada manusia untuk membuat undang-undang mengikut hawa nafsu mereka tanpa berpandukan perintah Allah dan RasulNya. Seorang mukmin yang sejati akan berjuang menegakkan syariat Islam yang telah ditetapkan Allah walaupun di tentang oleh orang kafir dan munafik.
 
Siapa Yang Selamat Dari Fitnah Sebelum Fitnah Dajjal, Maka Ia Selamat Dari Fitnah Dajjal
 
Nabi Muhammad saw sentiasa memperingatkan para sahabat agar memastikan diri dapat selamat menghadapi rangkaian fitnah sebelum keluarnya fitnah Dajjal. Sebab keselamatan iman-tauhid seseorang pada masa fitnah sebelum keluarnya fitnah Dajjal, menjamin keselamatan iman-tauhidnya ketika Dajjal keluar. Dan itu berarti sebaliknya, barangsiapa sebelum Dajjal keluar saja sudah terjebak ke dalam aneka fitnah pra-Dajjal, maka jangan harap dirinya bakal sanggup selamat menghadapi fitnah Dajjal, sebab ia merupakan fitnah paling dahsyat sepanjang zaman...!
 
Oleh itu sesiapa menjadi bersekongkol dengan musuh Allah mempersendakan hukum Allah, mendokong fahaman sekularisme-pluralisme-liberalisme, menentang hukum Allah, sesungguhnya mereka telah terpedaya dengan fitnah pra-Dajjal. Maka jangan harap ia bakal sanggup menghadapi fitnah Dajjal, sebab fitnah Dajjal merupakan puncak fitnah yang jauh lebih dahsyat daripada segenap fitnah sebelum fitnah Dajjal...!!!
 
Dajjal disebut-sebut di dekat Rasulullah saw lalu beliau bersabda: "Sungguh fitnah sebahagian dari kalian lebih aku takutkan dari fitnahnya dajjal dan tidak ada seorangpun dapat selamat dari fitnah-fitnah sebelum fitnah dajjal melainkan pasti selamat pula dari (fitnah dajjal) sesudahnya, dan tidak ada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini –baik kecil ataupun besar- kecuali untuk fitnah Ad-Dajjal." (HR Ahmad - 22215) Shahih

Rujukan;
  1. http://www.mynewshub.cc/2016/02/18/ngo-bantah-sidang-freemason-di-pulau-pinang/
  2. http://illuminatisymbols.info/roc-sign/
  3. http://www.ibnukatsironline.com/2015/05/tafsir-surat-nisa-ayat-137-140.html
  4. https://bekalakhirat.wordpress.com/tag/dajjal-di-isfahan/
 

Belajar Quran