Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

Apabila Api di Anggap Air




Tipudaya dajjal bukan sahaja membelenggu manusia didunia ini tetapi juga hingga saat manusia meninggalkan jasadnya menjadi roh. Ia dilakukan secara licik dan amat bijak iaitu melalui mempengaruhi manusia supaya terjebak didalam hutang yang berpanjangan hingga tidak mampu untuk dijelaskan.

Hutang adalah amat tidak digalakan didalam Islam jika tidak ada urusan yang memerlukannya. Islam mensyaratkan wajib disegerakan menjelaskan hutang sebaik sahaja meninggal dunia. 

Roh seseorang yang berhutang tergantung antara langit dan bumi (tidak menuju ke tempat yang mulia) sehinggalah dibayarkan balik hutangnya itu. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya, maka tergantung-gantunglah antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dijelaskan hutang itu."

Al-quran telah menerangkan kaedah yang begitu jelas didalam urusan yang melibatkan hutang piutang supaya orang-orang yang beriman tidak tertipu dalam menjalankan urusan yang sedemikian.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu..."

Begitulah telitinya dalam ajaran Islam tentang urusan berhutang untuk mengelakan umat Islam dari tertindas dalam mengadakan urusan hutang. Apabila umat Islam mengikut ajaran Islam sepenuhnya didalam setiap urusan termasuklah bidang ekonomi nescaya mereka akan menjadi kuat seperti didalam zaman kegemilangan khilafah Islammiyyah yang hanya menggunakan baitulmal (1) sebagai sumber ekonomi negara. Musuh Islam dari kalangan zionis yahudi menyedari akan kekuatan ini lalu ketika dihujung pemerintahan khilafah Othmaniyyah di Turki mereka telah menubuhkan perbankan kapitalis. Pada mulanya mereka menawarkan pembiayaan pembinaan jaringan keretapi dari Turki ke Mekah (2) bagi kemudahan ibadah haji tetapi secara licik pembiayaan tersebut menyebabkan kerajaan Othmaniyyah ketika itu jatuh muflis seterusnya menyebabkan terhapusnya penguasaan kerajaan khilafah Islam yang telah menguasai dua pertiga dunia lebih dari 500 tahun!

Sebaliknya seluruh manusia hari ini telah diperdaya oleh sistem ekonomi dajjal yang berasaskan riba-kapitalis apabila mereka menganggap penciptaan hutang itulah merupakan kemajuan kekayaan ekonomi. Bagaimanakah hutang yang merupakan asas kepada kemiskinan telah dicipta dengan berbagai-bagai kaedah yang mempersonakan hingga melahirkan debt-based money system yang menggunakan wang kertas. Bahkan wang kertas itu sendiri tidak berdasarkan kepada mana-mana nilai yang nyata seperti emas atau perak tetapi bergantung kepada nilai yang ditetapkan dalam dollar Amerika.

Sesungguhnya keadaan ketika dajjal berkuasa merupakan keadaan yang diselubungi tipu daya yang nyata, sehingga sampai di satu tahap manusia tidak lagi dapat membezakan antara api yang panas dan air yang dingin, bukan sahaja tidak dapat membezakannya bahkan api dianggap sebagai air dan begitulah sebaliknya;

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, karena ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman." Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Kita sekarang berada didalam fasa penguasaan dajjal yang dibawa oleh pendokongnya dari kalangan zionis yahudi dan kristian. Secara terancang mereka menguasai sistem ekonomi dunia melalui penubuhan instituisi perbankan dan melalui penubuhan sistem kewangan antarabangsa yang dinamakan IMF. Sebelum tahun 2000 terdapat 7 negara yang tidak dapat dikuasai oleh perbankan zionist iaitu Afghanistan, Iraq, Sudan, Libya, Cuba, Korea Utara dan Iran tetapi kini hanya tinggal 3 negara sahaja iaitu Cuba, Korea Utara dan Iran (3). Sebab itulah usaha yang berterusan untuk menakluki negara-negara tersebut semakin hebat dijalankan dengan berbagai-bagai alasan dan provokasi yang sengaja diada-adakan tetapi matlamat sebenar mereka ialah untuk membelenggu umat manusia melalui perbankan kapitalis. Dengan cara ini kapitalis zionis ini akan menghakis segala hasil mahsul sesebuah negara dengan menggantikan dengan matawang kertas dan sebahagian besar hanyalah sebagai nilai angka di paparan komputer sahaja yang dianggap sebagai ekonomi padahal nilai hutang yang perlu ditanggung. Setiap satu ringgit nilai yang kita pegang bermakna negara menanggung sepuluh kali ganda nilai tersebut dalam bentuk bon hutang!

Amat menghairankan apabila IMF mengharamkan penggunaan emas dalam sistem matawang melalui syarat perjanjian kewangan dengan perbankan pusat. Kedua-dua sistem kewangan samada sistem kewangan antarabangsa atau sistem perbankan antarabangsa adalah perkembangan yang unik didalam sejarah ekonomi dan kewangan umat manusia. Dengan kata lain tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia yang mengalami ketidakadilan dan penindasan dalam urusan kewangan dan perbankan. Inilah akibat kejahilan manusia tentang hakikat sebenarnya matawang dan dinamakan sistem perbankan hari ini.

Sebenarnya kemunculan matawang kertas dollar adalah hasil manupulasi Zionist selepas krisis minyak akibat perang Arab-Israel melalui usaha Amerika. Amerika yang diketuai oleh setiausaha negaranya pada masa itu, Henry Kessinger telah berjaya mempengaruhi Raja Arab Saudi untuk menjual keluaran minyaknya hanya dalam dollar Amerika sahaja. Saudi Arabia kemudiannya mempengaruhi seluruh negara arab lainnya untuk menyertai perjanjian tersebut. Bermula dari sini lahirlah penguasaan matawang kertas dollar yang dinamakan juga petro-dollar (4).

Inilah padahnya apabila zionis melalui sistem riba-kapitalis yang menguasai dunia melalui sistem ekonomi berdasarkan hutang. Akhirnya matawang dollar itu sendiri tidak mampu menampung beban hutang melalui penjanaan matawang kertas yang lama kelamaan semakin membelit Amerika dan semua negara eropah. Dengan cara ini dajjal melalui zionis yahudi yang berpusat di Israel memastikan dunia seluruhnya berada dalam genggaman mereka.



Wednesday, 25 January 2012

Wang Emas Gugat US Dollar



Seperti kita tahu sumber kekuatan Amerika terletak pada Dollar. Walaupun Dollar tidak bergantung kepada emas tetapi ia bergantung kepada dagangan minyak. Begitu juga semua wang kertas dunia bergantung kepada Dollar yang mana semua nilai wang kertas (wang fiat) tertakluk kepada regulasi IMF.

Ada pandangan yang mempertahankan penggunaan wang kertas kerana ia adalah lebih senang dan mudah serta sudah sebati dengan zaman kini dan oleh itu usaha untuk mengembalikan kepada mata wang lain seperti dinar dan dirham adalah tidak lagi relevan. Memang ada fatwa dari para ulamak seperti fatwa Rabitah al-Alam al-Islami yang berpusat di Mekah pada tahun 1416H (1985M) yang memutuskan wang kertas adalah matawang tersendiri dan baginya hukum wang emas dan perak.

Kita tidak mempersoalkan dari segi konsep asal matawang kertas tersebut. Tetapi hakikat wang kertas hari ini adalah tertakluk sepenuhnya dibawah sistem kapitalis dan boleh di manupulasi dengan berbagai-bagai kaedah seperti kaedah pengembungan nilai wang melalui Frictional Reserve Banking dan sebagainya. Tambahan pula wang kertas yang ada sekarang ini tidak lagi bergantung kepada emas TETAPI BERSANDARKAN DOLLAR! Kenapa umat Islam hari ini sukar untuk memahami konsep yang begitu mudah ini; apabila Dollar kuat; Amerika semakin kuat dan mereka akan menindas umat Islam lebih kuat lagi!

Apabila Iran menjual minyaknya kepada India, serta-merta nilai dollar jatuh dan meningkatkan nilai emas. Sepatutnya seluruh umat Islam mengambil langkah ini, kembali kepada dinar dan dirham sebagai alternatif pertukaran wang dagangan kerana terbukti ia pasti menggugat musuh Islam terbesar kini iaitu Amerika Syarikat. Kita mesti yakin kepada pertolongan Allah, seperti juga air zamzam yang tidak pernah kering walaupun berjuta-juta umat Islam mengambilnya saban hari saban tahun, begitu juga Allah menganugerahkan minyak kepada seluruh negara Islam hatta Bosnia sebaik saja istihar sebagai negara Islam maka meleleh keluarlah minyak dari buminya! Begitu juga emas jika umat Islam yakin dan bertakwa insyaAllah ia akan melimpah ruah menjadi kepunyaan umat Islam.


India and Iran Ditch Dollar- Trade GOLD for Oil

Iran will now be trading its oil to India for the barbaric relic known as gold rather than dollars.

According to a new and yet unconfirmed report, India bought oil from Iran using gold. India certainly has the gold resources to fund the oil, while Iran is under pressure by the West, due the continuation of its nuclear program.

There were reports that officials have been floating this idea for some time, and now, as the EU finally decided upon an oil embargo on Iran, more details became available, yet still pend confirmation.
Oil is priced in US dollars, and bypassing the greenback posed challenges for both parties. Two banks are reportedly involved in this deal: India’s state owned UCO Bank and Turkey’s state owned Halkbank.
Both banks don’t have any business with the US and therefore are less vulnerable to sanctions. According to the report, an Indian delegation has spent time in Tehran and finalized the details of the transactions.
The annual capacity of trade between these two countries is 12 billion dollars. With gold trading at around $1668, that is around 7.2 million ounces of gold.
The step joins Russia and Iran’s announcement to begin trading in their own domestic currencies rather than use the US dollar – a reserve currency.

http://www.forexcrunch.com/gold-for-oil-india-and-iran-ditch-dollar-report/

Wednesday, 28 September 2011

Petunjuk Ekonomi Berdasarkan Nilai Emas & Perak



Mike Maloney seorang pakar dalam bidang pelaburan logam berharga menjelaskan sandiwara US dan perbankan dalam manupulasi kewangan. Beliau menjelaskan juga bagaimanakah keadaan sebenar petunjuk aras ekonomi pasaran dunia bila dibandingkan dengan nilai emas dan perak; bukan nilaian wang kertas dollar.

Monday, 19 September 2011

Donald Trump Terima Emas Sebagai Bayaran

Tindakan Donald Trump menerima emas tulin sebagai bayaran deposit untuk pajakan bangunan 40 Wall Street miliknya merupakan tamparan kepada US kerana menggambarkan ketidak yakinan di kalangan usahawan US sendiri terhadap mata wang Dollar. Kalangan kerajaan, firma-firma pelaburan dan orang ramai telah mula menyimpan emas sebagai aset dalam menghadapi kejatuhan dollar, meningkatnya inflasi dan ketidak tentuan ekonomi.

Pada hari khamis lepas, seorang pelanggan terbarunya untuk memberikan deposit sebanyak $176,000 dalam bentuk 32 oz emas sebesar alat kawalan jauh tv untuk pajakan hartanahnya bangunan Donald Trump yang terletak di kawasan bandaraya kewangan Manhattan. Ini merupakan buat pertama kalinya organisasi beliau menerima emas tulin 99.9% sebagai bayaran mengganti wang Dollar.

Pelanggannya itu merupakan pedagang emas Apmex telah memeterai perjanjian pajakan selama 10 tahun untuk pejabat di tingkat 50  untuk bangunan Donald Trump tersebut. Donald Trump mengatakan selepas ini ramai pelabur akan mula mengikut jejak langkahnya  menggunakan emas sebagai ganti dollar dalam perdagangan.

http://online.wsj.com/article/SB10001424053111903532804576569071541880208.html

Thursday, 8 September 2011

Wikileaks - Tujuan China Tingkatkan Simpanan Emas


Kenapa emas walaupun pada RM180/gm masih lagi murah, ataupun kalau harganya dua kali ganda sekalipun masih lagi murah? Kerana berdasarkan lapuran wikileaks yang bocor menjelaskan China menggunakan kesempatan ini untuk memusnahkan kedudukan dollar sebagai matawang sandaran. China berpendapat selama ini US dan Eropah menekan harga emas untuk melemahkan kedudukan emas sebagai aset sandaran. Tujuan China meningkatkan reserve simpanan emas itu juga bertujuan menjadikannya sebagai model dan membuatkan negara-negara lain turut mengikut jejak langkahnya menjadikan emas sebagai reserve simpanan. Simpanan emasnya yang besar juga adalah langkah penting untuk meningkatkan taraf RMB diperingkat antarabangsa. Hanya dalam masa 5 tahun dari tahun 2003 hinga 2008, China telah menambahkan simpanan emasnya sebanyak 454 tonnes. sehingga kini dipercayai China telah menambahkan simpanan emasnya sebanyak 2000 tonnes.

Ulamak Islam telah lama menekankan bahawa emas dan peraklah matawang yang sebenarnya. Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah, mengatakan bahawa sekiranya dimiliki juga sesuatu bahan yang lain selain emas dan perak dalam beberapa keadaan tertentu, maka keadaan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kedua-dua emas dan perak dengan menggunakan bahan-bahan yang lain dalam pasaran ketika kedua-dua bahan tersebut tidak dapat diperolehi. Oleh yang demikian, wang adalah sebagai alat perantaraan pertukaran kerana ia merupakan “harga bagi sesuatu yang boleh dijadikan wang” ataupun sebagai penentu harga. Bagi fungsi kedua pula iaitu, sebagai bahan yang boleh disimpan.




Ibn Khaldun menyatakan:

Allah telah menciptakan dua jenis logam, iaitu emas dan perak sebagai ukuran nilai bagi semua pengumpulan modal. Penduduk dunia menganggapnya sebagai harta dan kekayaan. Meskipun apabila berada berada dalam keadaan-keadaan tertentu, barang- barang lain dikehendaki, ia tidak lain daripada mencapai tujuan yang pada matlamatnya adalah untuk memperoleh emas dan perak. Semua barang-barang lain adalah terdedah kepada turun naik harga pasaran, sementara emas dan perak adalah terkecuali. Emas dan perak menjadi dasar keuntungan, harta dan kekayaan.”

Walaupun harga emas dan perak telah mengalami kenaikan lebih 450% berbanding 10 tahun lepas, kita masih lagi belum terlambat untuk menukarkan kepada emas. Mengikut Ibnu Khaldun, sebarang pendapatan yang kita perolehi adalah perantaraan sahaja untuk kita tukarkan kepada emas dan perak yang mempunyai nilai yang kekal.


US embassy cable - 09BEIJING1134

MEDIA REACTION: U.S.-CHINA-JAPAN RELATIONS, U.S. POLICY, CHINA'S GOLD RESERVES

Identifier:09BEIJING1134
Origin:Embassy Beijing
Created:2009-04-28 08:23:00
Classification:UNCLASSIFIED
Tags:OPRC KMDR CH PREL ECON
Redacted:This cable was not redacted by Wikileaks.
 
3. CHINA'S GOLD RESERVES 
 
"China increases its gold reserves in order to kill two birds with 
one stone" 
 
The China Radio International sponsored newspaper World News Journal 
(Shijie Xinwenbao)(04/28): "According to China's National Foreign 
Exchanges Administration China 's gold reserves have recently 
increased. Currently, the majority of its gold reserves have been 
located in the U.S. and European countries. The U.S. and Europe have 
always suppressed the rising price of gold. They intend to weaken 
gold's function as an international reserve currency. They don't 
want to see other countries turning to gold reserves instead of the 
U.S. dollar or Euro. Therefore, suppressing the price of gold is 
very beneficial for the U.S. in maintaining the U.S. dollar's role 
as the international reserve currency. China's increased gold 
reserves will thus act as a model and lead other countries towards 
reserving more gold. Large gold reserves are also beneficial in 
promoting the internationalization of the RMB." 
 

Thursday, 18 August 2011

Pukulan Maut untuk US Dollar


Venezuela's President Hugo Chavez arrives back from Cuba at Simon Bolivar national airport in Maiquetia outside Caracas August 14, 2011. REUTERS/Miraflores Palace/Handout
Presiden Venezuala Hugo Chavez akan memilik negarakan kesemua lombong emas didalam negaranya dan mengarahkan kerajaannya mendapatkan kembali kesemua simpanannya emasnya di luar negara bagi menguatkan ekonomi negaranya.
Venezuala merancang memindahkan kesemua simpanan emasnya berjumlah 211 ton dari bank-bank Eropah dan Amerika kepada bank-bank di Russia, China dan Brazil. Walaupun Venezuala adalah kuasa  kecil ekonomi di dunia tetapi ia boleh memberi kesan yang besar kepada Amerika kerana bank yang terbesarnya iaitu JP Morgan memegang sebanyak (338,303 Ounce seperti dalam jadual) 10.6 ton emas Venezuala. Langkah ini boleh menggugat kestabilan JP Morgan kerana sepertimana kebiasaan perbankan kapitalis, mereka telah menggandakan sekurang-kurangnya 100 kali ganda dalam bentuk sijil kewangan dalam berbagai pasaran yang mesti dilunaskan.

Disamping itu juga beliau juga meminta Bank of England memulangkan kembali deposit emas Venezuala sebanyak 99 ton. Chavez menegaskan beliau ingin menghalang diktator akibat US Dollar dan mengarahkan bank pusatnya mengalihkan sebanyak USD28.7 billion simpanannya dari badan-badan kewangan Amerika.  Presiden Bank Pusat, Nelson Merentes memberitahu sidang media setakat ini matawang sebanyak USD6.3 billion telah dipindahkan ke China, Russia, Brazil dan India.


sumber;

Saturday, 7 May 2011

Kematian Osama Untuk Selamatkan Dollar US


Cerita kematian Osama diterima dengan berbelah bagi oleh masyarakat dunia, walaupun Obama buat masa ini berjaya meyakinkan sebahagian besar penduduk US berdasarkan undi populariti yang dibuat oleh mereka. Tetapi semakin hari berbagai-bagai cerita yang berlainan di berikan oleh US apabila dunia meminta bukti tentang kematian Osama. Pada mulanya mereka katakan mayat Osama dikebumikan dilaut. Kemudiannya berjanji untuk menunjukkan gambar Osama di bunuh, tetapi tidak lama kemudian menarik balik janji tersebut dengan alasan gambar amat ngeri bimbang kemarahan umat Islam. Ada lagi kenyataan rasmi bahawa Osama di tembak di kepala dan yang paling baru ialah Osama meletupkan dirinya sendiri bagi mengelakkan di tangkap oleh askar US. Semakin hari semakin terserlah pembohongan mereka, insyaAllah Allah akan menunjukan kepada kita akan kebenarannya.

Sejarah telah membuktikan semua peperangan besar antaranya perang dunia pertama dan kedua adalah kerana faktor ekonomi. Peperangan adalah diperlukan bagi memaksa dunia menerima matawang kertas terutamanya Dollar. Inilah asas utama ekonomi riba-kapitalis. Inilah juga yang mendorong Jepun terlibat dalam peperangan dunia kedua, iaitu apabila mereka melihat pihak British berjaya meningkatkan kekayaan dengan mencetak duit-duit kertas dan dengan itu dapat membiayai penjajahan bagi meluaskan empayar mereka. Seperti tertulis dalam sejarah Tanah Melayu selepas Jepun tewas, wang kertas mereka langsung tidak bernilai. Sebenarnya inilah yang sedang dilaksana oleh US sekarang ini apabila mereka mendapati matawang Dollar turun mendadak disebabkan bebanan hutang mereka yang mesti mereka jelaskan pada bulan Jun ini atau mereka akan menghadapi risiko penurunan taraf ekonomi, kesannya lebih teruk daripada krisis ekonomi tahun 30an dulu.

Pada tanggapan mereka, berita kematian Osama yang kononnya dalang serangan 9/11 akan melonjakkan pasaran saham tetapi meleset. Amat tidak berbaloi apabila dibandingkan usaha pemburuan Osama memakan masa 10 tahun dengan mengorbankan beribu-ribu nyawa dan melibatkan perbelanjaan sekurang-kurangnya 1.3 trillion dollar. Hanya berlaku sedikit kenaikan dalam indeks DXY dari 72.72 point kepada 73.04 point pada penutup ketika hari berita itu diumumkan. Perubahan kepada kenaikan nilai dollar adalah akibat manipulasi pasaran komoditi seperti emas dan perak kononnya akibat pengukuhan nilai dollar berikutan berita tersebut. Tidak ada reaksi yang sepatutnya dari pasaran Wall Street untuk menerangkan kejatuhan nilai emas dan perak melainkan terang-terang berlakunya manipulasi.

Apakah satu kebetulan apabila masa kematian Osama datang tepat pada waktunya ketika matawang dunia ini berada dihujung tanduk? Nilai Dollar sedang turun dengan membimbangkan sejak tiga bulan yang lepas, yang melonjakkan pasaran komoditi tetapi mengancam kedudukan taraf penilaian Dollar US. Keputusan "menamatkan" Osama samada berlaku atau tidak, buat masa ini berjaya mengurangkan kebimbangan penurunan penarafan nilai Dollar, buat masa ini. Rancangan jangka pendek mereka untuk mengukuhkan nilai Dollar berjaya, tapi tipudaya akhirnya kan terbongkar dan memakan diri mereka sendiri. Kita yakin dengan janji Allah bahawa mereka (iaitu Zionis dan sekutu-sekutu mereka) akan dihancurkan dengan kehancuran yang hebat akibat dari kezaliman sistem Riba-Kapitalis hingga menyebabkan dunia porak-poranda. Mereka (Zionis) itu merancang dan Allahpun merancang, tapi perancangan Allah itulah yang paling baik!

Belajar Quran