Showing posts with label Hamas. Show all posts
Showing posts with label Hamas. Show all posts

Monday, 4 August 2014

Sikap ganjil Saudi memihak Israel...


قال الشيخ يوسف القرضاوي، إن السعودية بلد الشريعة تعتبر العدو صديقا لها والدول العربية عدوا لها.
Sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah Arab Saudi terhadap pembunuhan oleh Israel terhadap penduduk Gaza adalah ganjil. Sebagai penguasa yang diberi amanah menjaga dua tempat suci Islam di Mekah dan Madinah mereka sepatutnya membantu perjuangan Hamas. Tetapi sebaliknya yang berlaku, seolah-olah Saudi berpihak kepada Israel dan menunjukan permusuhan terhadap Hamas menjadi persoalan seperti di utarakan oleh Syeikh Yusof al Qaradawi.

Al Qaradawi dalam satu rancangan di Aljazeera menyatakan, sikap yang ditunjukan oleh pemerintah Arab Saudi adalah ganjil, menjadikan musuhnya sebagai kawan, memusuhi seluruh arab dengan pendirian tersebut kerana menjadikan Israel sebagai kawan dan Hamas sebagai musuh.

Pesanan beliau kepada penguasa Arab, al Qaradawi mengatakan, kamu bertanggung jawab di hadapan Allah terhadap ummah ini dan Allah akan menghitung segala perbuatan kamu terhadap berjuta orang yang dizalimi akibat permainan kamu. Qaradawi mengatakan lagi terdapat pemerintah negara Arab yang membayar berbilion dolar bagi membunuh beribu-ribu rakyat Mesir, seruan beliau kepada pemerintah ini, kembalilah kepada Allah, kamu semua juga akan mati, kebanyakan kamu sudah berada dihujung usia, takutlah kamu akan Allah dan bertaubatlah kamu kepada Allah, mintalah pertolongan Allah agar diberi kemenangan atas syaitan-syaitan itu dan terhadap diri kamu dan dunia kamu.

Qaradawi soal lagi; bagaimanakah berlakunya masalah di Mesir? Jelasnya, demokrasi Mesir telah terhalang selama 60 tahun, lalu datanglah ketentuan Allah mengembalikan pemimpin yang adil kemudiannya datanglah as Sisi memusnahkan segala kebaikan yang berlaku itu.

Beliau mengecam penutupan sempadan oleh Mesir, mengatakan adalah menjadi kewajipan terhadap Mesir untuk membuka sempadan itu jika sekiranya mereka Arab, apatah lagi jika mereka muslim, beliau persoalkan, apakah Mesir bukan golongan ini?

Qaradawi persoalkan; apakah Mesir bersikap berkecuali? Beliau berkata, Mesir dalam keadaan sekarang adalah sebuah negara yang bermusuh dengan Hamas dan segolongan pejuang menolak usaha damai Mesir. Tambah beliau lagi, jika Mesir ingin menjadi perantara yang adil, ia hendaklah mengembalikan pemerintah yang diculik dan disingkirkan dengan paksa dan menyerahkan kembali mandat yang diberikan oleh rakyat Mesir terhadapnya.

Adakah dijangka berlaku lagi kebangkitan di Mesir yang akan menjatuhkan penguasa sekarang dan mengembalikan kepada keadaan sebelum ini? Qardawi mengatakan, tidak mungkin akan berlaku perubahan dalam keadaan suasana di Mesir sekarang ini, segala urusan adalah dikawal sepenuhnya oleh tentera samada dalam ekonomi atau politik. Sindir beliau, hinggakan tentera Mesir sekarang ini pun terlibat dalam industri pasta, beliau menyatakan pihak Israel sekarang amat gembira terhadap penguasa Mesir yang berminat dalam hal remeh tersebut, tidak lagi lagi berminat meningkatkan keupayaan senjata dan pertahanan.

Rujukan;
القرضاوي: السعودية تعتبر "إسرائيل" صديقة وحماس عدوا

Tuesday, 29 July 2014

Israel dapat bantuan Saudi perangi Hamas?



Putera Bandar bin Sultan merupakan pengatur utama paksi perisikan Mesir, Israel dan Saudi
Serangan Israel keatas Gaza mendapat mandat dari Raja Saudi menurut satu lapuran dari Timur Tengah. Mandat ini bukanlah satu rahsia lagi di Israel apabila dua bekas pegawai pertahanan dari kedua belah pihak telah membincangkan tentang kerjasama tersebut. Mantan menteri pertahanan Israel Shaul Mofaz mengejutkan penyampai stesen Channel 10 dengan memberitahu Israel telah menetapkan peranan untuk Saudi Arabia dan UAE tentang pelucutan senjata Hamas. Bila ditanya apakah yang beliau maksudkan, dia menambah bahawa dana Saudi dan UAE akan digunakan untuk pembangunan semula Gaza selepas Hamas dihapuskan.

Amos Gilad seorang pegawai utama pertahanan Israel dalam perhubungan dengan rejim Mubarak Mesir dan sekarang pengarah polisi kementerian pertahanan dan perhubungan ketenteraan memberitahu kerjasama diadakan secara rahsia dan tertutup. Kerjasama dengan Mesir beliau sifatkan adalah istimewa. Akui beliau masa ini merupakan tempoh terbaik dalam hubungan 'keselamatan' dan diplomatik dengan negara Arab.
 
Kejayaan adalah untuk kepentingan bersama. Raja Abdullah adalah diketahui telah menelefon presiden Abdul Fattah Al Sisi untuk meluluskan inisiatif genjata senjata Mesir tanpa mengira pandangan Hamas. Hinggakan penganalisa di Jerusalem Post sendiri mempertikaikan kewibawaan gencatan senjata itu samada ia benar-benar untuk menamatkan pertempuran tersebut.

Badan perisikan Mossad dan Saudi sentiasa mengadakan perjumpaan tetap. Kedua belah pihak saling bertukar maklumat dan perancangan ketika bekas presiden Mesir Mohamed Morsi hendak digulingkan, mereka juga saling berganding bahu membuat persediaan untuk Israel menggunakan ruang udara Saudi bagi serangan keatas Iran. Terdapat sumber yang kuat mendedahkan pihak Saudi membiayai kebanyakan rancangan kempen yang mahal terhadap Iran.

Dalam serangan Gaza, satu unit perintah tertinggi bersama oleh negara Arab dibentuk untuk menasihati perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi kaedah paling berkesan dalam operasi serangan darat di Gaza, seperti dilapurkan oleh Debka.

Lapuran tersebut juga menyatakan Raja Abdullah dari Saudi dan presiden Mesir al Sisi sentiasa berhubung setiap hari bagi menjayakan rancangan tersebut. Sumber itu lagi menyatakan, Israel telah menyediakan sebuah kapalterbang khas yang berada di lapangan terbang tentera di Kaherah, bersedia untuk menghantar sebarang maklumat rahsia penting antara pesiden Mesir dan Perdana Menteri Israel yang perlu disampaikan secara serahan tangan. Penerbangan itu hanya ambil masa kurang 90 minit. Saudi melalui Putera Bandar yang dilantik sebagai penasihat khas raja, sentiasa mengadakan hubungan langsung dengan ketua Mossad Tamir Pardo. Orang kuat dan penaja utama Al Sisi, ketua badan perisikan Mesir Ahmad Fareed al-Tohami sentiasa mengalu-alukan bantuan dari Amos Gilad, penasihat penting perdana Menteri Israel Netanyahu.

Matlamat utama tiga serangkai (Saudi - Mesir - Israel) seperti dinyatakan Debka ia melumpuhkan sayap tentera Hamas, menjatuhkan pengaruh poliriknya dan membentuk satu kerajaan baru di Gaza sebaik saja Hamas di hancurkan. Sumber tersebut menyatakan lagi bagi mendapakatkan sokongan Saudi dan Mesir, Netanyahu terpaksa mengorbankan perinsip utamanya - iaitu menjadikan Gaza dan Tebing Barat sebagai terpisah. Tetapi hasilnya Netanyahu mendapat ganjaran besar dari segi politik dalam mengurangkan tekanan antarabangsa yang boleh mengagalkan rancangan besar mereka. Operasi Gaza merupakan batu loncatan terhadap pakatan Israel-Saudi-Mesir, yang merangka kerjasama bagi menentang musuh bersama.

Maka terjawablah kenapa negara-negara Arab khususnya Saudi berdiam diri terhadap Israel dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin. Tangan-tangan merekalah yang bersubahat mengkhianati umat Islam kerana ingin terus berada di tampuk kuasa. Pakatan syaitan Najd dengan dajal ini dibuat dengan bermandikan darah umat Islam Palestin.

Golongan pengkhianat ini merasakan dengan kekuasaan dan kekayaan yang mereka miliki merasakan mereka dapat melakukan apa sahaja kemahuan mereka. Allah telah memberikan amaran tentang balasan yang keras yang bakal mereka terima samada di dunia atau akhirat. Sesungguhnya inilah jaminan kehinaan yang dijanjikan oleh Allah terhadap golongan pengkhianat ini;
 
(إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ)

[Al-Maidah:33]

(Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.)
Rujukan:

Saturday, 12 July 2014

Wahai Muslimin Ayuh Hantar Pedang Ini ke Tengkuk Israel!


Tentera Darat Israel yang lengkap dengan kereta kebal
bersedia untuk menyerang di sempadan Gaza

Yahudi laknatullah sedang mempersiapkan bala tenteranya samada didarat dan dilaut bagi menghapuskan samasekali penentangan umat Islam dari pejuang Hamas di Palestin. Apakah kita hanya menjadi penonton sahaja atau masih sibuk dilalaikan dengan piala dunia yang menjadi tabir bagi menenggelamkan berita kekejaman meraka. Sedarlah kemuncak serangan darat akan dilakukan beberapa ketika lagi bertepatan dengan kemuncak Piala Dunia juga. Apakah benar kita tidak mampu melakukan apa-apa, sesungguhnya pertolongan Allah pasti datang tetapi apakah kita menyahutnya?

Yahudi Israel menamakan operasi besar-besaran mereka kali ini sebagai "Operation Solid Rock", apakah moto mereka itu tidak membawa apa makna kepada kita. Sedarlah inilah masanya dimana batu tembok besar yang mereka bina sendiri telah menjadi saksi diatas kekejaman mereka dan batu inilah juga yang menjadi saksi atas kehancuran mereka seperti yang telah diingatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w terhadap umat akhir zaman.

Dari Ibnu Umar r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalian akan memerangi Yahudi dan menguasai mereka, hingga batu pun akan berkata: wahai muslim, dibelakangku ada yahudi, bunuhlah dia." ( HR. Bukhari dan Muslim).

Wahai para Ulamak dan pemimpin umat Islam inilah masanya, tiada lagi dalih bagi menghadapi mereka. Pimpinlah umat Islam untuk seperti yang dilakukan oleh para ulamak dahulu ketika mereka menentang penjajah Belanda, Jepun dan Inggeris. Mereka mengumpulkan orang-orang kampung bagi berdoa dan munajat kepada Allah hingga Allah menjadikan antara mereka dan musuh mereka benteng dan menyelamatkan kampung-kampung mereka dari kezaliman penjajah.

Doa adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya dari langit.” (HR. riwayat Hakim)

Kita tidak ada kekuatan persenjataan tetapi kita diberi kekuatan doa yang mengundang pertolongan Allah dari seluruh pelusuk penjuru bumi dan langit!

"Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya."


Wahai muslimin marilah kita mengerah seluruh masyarakat untuk bersama-sama membaca doa dimadrasah-madrasah, surau dan masjid bagi memohon bantuan dari Allah memberi pertolongan kepada pejuang Islam Gaza dan menghancurkan musuh-musuh dari kalangan Yahudi Israel.

Antara doa yang menjadi senjata umat Islam ialah doa yang dinamakan Hizb al-Nasr yang dinukil sekitar 800 tahun dahulu oleh Syaikh Abu al-Hasan al-Shadhili (592H/1196M-655H/1258M). Doa ini juga digelar sebagai "pedang Shadhili" kerana kehebatannya dan diamalkan oleh anak muridnya ketika dalam peperangan salib tahun 1250M. Antara ulamak yang terbilang dari perguruan al-Shadhili ini ialah ibn Ata’illah al Iskandari yang mana kitab karangannya menjadi rujukan umat Islam hingga hari ini.

Penglihatan Syaikh Abu al-Hasan al-Shadhili sangat lemah dan terhad ketika beliau dengan beraninya menyertai perang di medan perang. Walaupun dengan keadaa begitu, beliau menyatakan " Apabila matahati menjadi terang dan jelas maka tidak ada lagi keperluan untuk melihat dengan mata yang lain ". Ini mengingatkan kita walaupun kelengkapan itu diperlukan untuk kemenangan didunia tetapi sebenarnya adalah pertolongan dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Inilah "pedang" yang diamalkan yang menewaskan musuh-musuh semenjak zaman Syaikh Abu al-Hasan al-Shadhili. Ayuh marilah kita sama-sama membacanya bagi meminta pertolongan Allah terhadap nasib saudara Islam kita di Palestin dan khususnya di Gaza. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar kita bahawa umat itu seperti satu badan, jika mana-mana anggota badan sakit seluruh tubuh merasainya. Oleh itu kebimbangan kita terhadap umat Islam tertindas dimana-mana adalah gambaran terhadap tahap keimanan kita dan berdoa kepada umat Islam yang ditindas adalah tanggungjawab paling mudah yang boleh kita lakukan antara satu sama lain. Amalkan doa ini dan edarkan kepada seluruh masyarakat Islam semoga kita dapat lakukan bersama-sama sebagai satu kekuatan yang menggoncangkan pihak musuh.








Click here to download a PDF of the Hizb

Rujukan:

  1. http://muslimvillage.com/2014/07/13/55688/read-this-dua-for-gaza-hizb-al-nasr/

Monday, 15 July 2013

Tentera Mesir Gempur Hamas Disokong Israel

Batalion Tentera Mesir Memburu Pejuang Hamas

Menteri Pertahanan Israel Moshe Ya'alon pada Isnin lepas telah memberi kebenaran kepada Mesir untuk menambahkan kekuatan tenteranya di wilayah Sinai dalam kawasan el-Arish dan Rafah. Ini menjadikan sebanyak 11 batalion ketumbukan tentera Mesir dalam kawasan tersebut merupakan operasi terbesar sejak termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel pada 1977. Sudah tentulah kebenaran yang diberikan Israel itu bagi menghadapi pejuang palestin atas alasan mengekang keganasan. 

Seorang pemimpin kanan Hamas yang enggan dikenali mengatakan operasi penghapusan pengganas tersebut di Semenanjung Sinai merupakan sebahagain penentangan terhadap Hamas. Pemimpin yang berpejabat di Gaza itu mengatakan Tentera Mesir telah meningkatkan tekanan terhadap Hamas semenjak penggulingan Presiden Morsi.

11 batalion ketumbukan tentera darat tersebut diperkuatkan lagi dengan batalion kereta kebal dan juga helikopter penggempur - semuanya ditempatkan dengan persetujuan rasmi Israel. Jurucakap tentera Mesir Kol. Ahmed Mohamed Ali memberitahu operasi tersebut bagi menghalang pengganas membuat huruhara dan menjejaskan keselamatan negara Mesir.

Gaza Mangsa Sebenar Krisis Mesir

Muhammad, Hamza dan Yahya menceritakan keadaan di Gaza

Pagi tadi dalam radio Ikim telah menjemput tiga orang jemputan dari Gaza bagi menceritakan pengalaman mereka di Gaza sekarang ini. Mereka menceritakan keadaan di Gaza bertambah teruk selepas penggulingan Presiden Morsi. Rafah di Mesir merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke Gaza telah ditutup kembali oleh Tentera Mesir. Pintu masuk melalui Tebing Barat melalui Jordan tidak dibenarkan. Penduduk Palestin di Gaza kembali terkurung selepas mengalami sedikit kebebasan tidak sampai setahun semenjak pemerintahan Morsi. Bertambah malang lagi apabila mereka tidak dibenarkan kembali ke Gaza melalui lapangan terbang Mesir. Jika mereka ambil juga penerbangan melalui Mesir, pihak berkuasa Mesir akan menghantar mereka kembali ke Kuala Lumpur. Begitulah penderaan dikenakan terhadap penduduk Gaza seluruhnya oleh kerajaan Tentera Mesir.

Penduduk Palestin terkandas akibat dihalang memasuki Gaza
Nasib yang sama juga menimpa beribu-ribu rakyat Palestin tidak dapat pulang ke Gaza kerana tentera Mesir tidak membenarkan mereka melalui Mesir. Bagi sesiapa yang terkandas dilapangan terbang di Kaherah, mereka di kurung dalam sebuah bilik kecil hanya mampu muat 12 orang tapi dimuatkan seramai 60 orang hingga bertindih antara satu sama lain. Tidak dibenarkan keluar kemana-mana walaupun untuk mendapat barang keperluan. Bahkan untuk sembahyang pun tidak dibenarkan.

Sebelum ini mereka di beri bantuan oleh Mesir di bawah Morsi dengan di buka sempadan Rafah. Begitu juga dengan terowong boleh digunakan untuk membawa masuk bekalan makanan dan keperluan. Penduduk di Gaza juga dibenarkan mendapatkan rawatan di Mesir. Seorang wartawan telah menceritakan banyak kemudahan di berikan oleh Morsi kepada penduduk Gaza,

"The new Egyptian government has made good travel criteria that make sense and are well-known. Men aged 45 and older and all women are welcome to come into Egypt and are granted a seven-day entry pass. Males who are between ages 16 and 45 must have strong documentation in writing and good reasons to want to visit Egypt, like school, work, medical attention, family, etc. For Palestinians passing through like me, you have to show a valid visa or residency card to the country you want to travel to and a flight ticket for the next destination....I remember telling myself, "That was easy!" In the past, they customs officials would go through our bags and hassle us about any item they did not understand"

Sekarang ini bukan saja penduduk Gaza di tindas tetapi pihak berkuasa Hamas juga di serang oleh tentera Mesir. Seramai 32 orang pejuang Hamas telah dibunuh dan 45 lagi ditangkap di Sinai oleh Tentera Mesir atas tuduhan cuba mencetuskan kekacauan di Sinai. Dalam penggulingan Morsi pihak Hamas lah yang mendapat kesan yang paling teruk bila satu-satunya negara yang memberi bantuan telah digulingkan. Sebelum krisis Syria, Hamas mendapat bantuan dari Syria dan pejabatnya juga berada disitu.

Sekarang jelaslah krisis Timur Tengah di cipta bagi menjamin kekuatan Israel iaitu dengan menjatuhkan kumpulan pejuang Palestin dengan memutuskan semua punca bantuan mereka. Tetapi yang lebih malang apabila negara Arab sendiri terutamanya Saudi bersekongkol menjalankan rancangan zionis tersebut. 

Belajar Quran