Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts

Tuesday, 27 December 2016

Turki Tolak NATO, Sertai Blok Rusia


Di Moscow, sehari selepas pembunuhan Duta Rusia ke Turki, menteri-menteri luar dan pertahanan Iran, Rusia dan Turki bertemu untuk mencari penyelesaian isu Syria. Agenda utama adalah konflik Syria dan perang yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya setengah juta orang yang menyebabkan kehilangan separuh daripada penduduk di negara itu. Apa yang bermula enam tahun lalu di Tunisia sebagai kebangkitan rakyat dan memperoleh nama 'Arab Spring' kini mencetuskan kemusnahan di Yemen dalam perang yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dengan persenjataan dibekalkan Barat, pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Syria, dan harapan yang dimusnahkan di Mesir. Walau bagaimanapun, mengharapkan bahawa perjumpaan di Moscow dapat menyediakan jalan keluar terhadap tragedi tersebut dalam masa terdekat adalah sukar. Ia hanya memadai untuk mengharapkan gencatan senjata dapat dilaksanakan. 

Turki tidak lagi tunduk kepada NATO
Sidang 'Moscow Declaration’ menunjukan satu perubahan penting iaitu Turki tidak lagi tunduk kepada Amerika dan NATO. Walaupun Turki tidak memutuskan hubungannya dengan NATO dan ia juga tidak membuat sebarang kenyataan yang jelas mengenai hubungannya dengan Amerika Syarikat. Tetapi walau bagaimanapun, Turki telah memulakan perbincangan terbuka dengan Iran dan Rusia tanpa Amerika berada di meja rundingan. Ini dengan sendirinya sudah cukup sebagai kejutan. Semua percubaan sebelumnya oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk bersetuju mengenai tindakan yang diselaraskan telah menemui kegagalan, kata Ketua Pertahanan Rusia Sergey Shoigu. "Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengaruh sebenar ke atas keadaan di atas tanah".

'Moscow Declaration' yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga negara tersebut mengatakan bahawa Iran, Rusia dan Turki adalah bersedia untuk melaksanakan perjanjian yang telah dirundingkan antara kerajaan Syria dan pembangkang, dan menjadi penjaminnya. 

Mereka bersepakat dalam 8 perkara utama, antaranya; 
  • Menghormati kedaulatan Republik Arab Syria sebagai sebuah negara demokratik sekular yang berbilang kaum, agama dan mazhab. 
  • Tindakan ketenteraan melalui peperangan bukanlah penyelesaian kepada konflik di Syria 
  • Kepentingan mempercepatkan usaha gencatan senjata dan misi kemanusiaan 
  • Kesediaan menjadi fasilitator dan penjamin bagi perjanjian antara pihak kerajaan dan kumpulan penentang. Mereka menjemput negara lain yang berpengaruh turut berusaha bersama. 
  • Mengalukan usaha bersama di Timur Aleppo bagi membolehkan pemindahan sukarela orang awam dan kumpulan penentang bersenjata. Mereka juga mengalukan pemindahan sebahagian orang awam dari Fuaa, Kafraia, Zabadani dan Madaya. 
  • Berkeyakinan bahawa Perjanjian ini akan memainkan peranan penting untuk mewujudkan momentum yang diperlukan untuk menyambung semula proses penyelesaian politik di Syria selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254. 
  • Rundingan seterusnya bukan di Geneva tetapi di Kazakhtan setelah menerima tawaran Presiden Kazakhstan untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan tersebut di Astana. Kuasa Barat tidak lagi mempunyai pengaruh dalam rundingan tersebut.
  • Menegaskan kesungguhan untuk memerangi bersama kumpulan ISIL / Daesh, Al-Nusra dan untuk memisahkan mereka daripada kumpulan pembangkang bersenjata. 
Setelah kejatuhan Aleppo ke tangan pemerintah Syria pada awal December yang lalu. Turki sebagai salah satu pendukung penentang Syria nampaknya mulai bersikap realistik. Tidak ada lagi keinginan memaksakan jatuhnya Bashaar Assad dan tidak ada lagi sentimen sunni-syiah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan selama perang oleh corong media Amerika dan sekutunya. 

Tindakan Turki bebas dari pengaruh Arab sekutu Amerika
Langkah Turki condong ke Moscow berarti meninggalkan sekutu arabnya, iaitu Arab Saudi dan Qatar. Turki telah menunjukkan sebagai negara merdeka tidak takut dengan gertakan Amerika, NATO atau siapapun. Turki merasa berhak bekerja sama dengan siapapun tanpa memusuhi yang lain. Langkah Turki adalah langkah rasional sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Dan memang seharusnya demikianlah tindakan sebuah negara yang merdeka tanpa tunduk kepada tekanan asing.

Berbeza dengan Turki: Arab Saudi dan Qatar adalah negara dimana satu kakinya sudah dirantai oleh Amerika. Hampir tidak mungkin meninggalkan pakatan Amerika dan NATO. Kedua negara ini tidak berani membantah dalam banyak persidangan timur tengah terutama ketika ada kepentingan Amerika Syarikat disitu. Arab Saudi dan Qatar lebih banyak bersembunyi di ketiak Amerika dan NATO. 

Apakah Turki akan keluar dari NATO?
Jelas, Moscow Declaration menjadi petanda awal perdamaian dan pemulihan rakyat Syria. Sekaligus memberikan tamparan dan mengakhiri the dirty war atau perang kotor yang digagaskan Amerika dan NATO serta sekutu Timur Tengahnya. Mengakhiri perang paling mengerikan setelah WWII. Mudah-mudahan ia mengakhiri drama paling menjengkelkan dengan isu konflik sunni-syiahnya. Semoga kedamaian dan kesejahteraan dilimpahkan kepada rakyat Syria semuanya.

Rujukan;

Wednesday, 6 April 2016

Pesawat Pejuang Syria SU-22 di Tembak Jatuh di Aleppo


Pada 5 April sebuah pesawat SyAA (Syrian Arab Air Force) telah ditembak jatuh oleh pejuang Islam Syria ketika menjalan operasi di al-Eis di Selatan Aleppo.



Dalam video footage yang disiarkan oleh penyiaran Baladi-news menunjukkan juruterbang telah terjun dari pesawat dan berjaya ditawan oleh pejuang.
 




Setakat ini tidak dapat dipastikan pihak pejuang mana yang berjaya menjatuhkan pesawat tersebut dan senjata yang digunakan untuk menembak pesawat itu juga belum lagi dipastikan.

Rujukan;
  1. http://theaviationist.com/2016/04/05/syrian-su-22-fitter-shot-down-by-rebels-over-aleppo/

 

Tuesday, 16 February 2016

350,000 Bala Tentera 20 Negara Islam Bergabung di Saudi


 Tentera dari 20 negara berhimpun di Arab Saudi
  
RIYADH - ARAB SAUDI. Tentera dari 20 negara dilaporkan berhimpun di utara Arab Saudi untuk menyertai latihan ketenteraan yang disifatkan terpenting pernah diadakan di rantau tersebut, menurut agensi berita SPA, kelmarin. Merupakan operasi ketenteraan yang terbesar dirantau tersebut semenjak Perang Dunia Ke 2 dan terdapat berita yang menyatakan Turki dan Saudi sedang mempertimbangkan serangan darat di Syria. Ia berikutan berlakunya serangan di bandar sempadan  oleh tentera Kurdish yang mendapat bantuan rejim Syria.
 
Latihan Thunder of the North itu melibatkan pasukan tentera darat, udara, laut bertujuan menyampaikan mesej jelas bahawa Riyadh dan sekutunya akan bersatu dalam menghadapi sebarang cabaran selain memelihara keamanan serta kestabilan di rantau itu.
 
Ia turut disertai lima negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan beberapa negara lain seperti Jordan, Bahrain, Senegal, Oman, Qatar, United Arab Emirates, Sudan, Kuwait, Maldive, Morocco, Pakistan, Chad, Tunisia, Comoro Islands, Djibouti, Malaysia, Egypt, Mauritania dan Mauritius.
 
Bagaimanapun, SPA tidak memberikan butiran jelas mengenai tarikh sebenar dan tempoh latihan ketenteraan itu akan berlangsung.
 
 
 
Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas Riyadh menghantar pesawat pejuang ke pangkalan tentera udara Incirlik di Turki sebagai langkah untuk meningkatkan kempen serangan udara ke atas militan IS di Syria.
 
Pada masa ini, Saudi mengetuai kempen ketenteraan menyasarkan kedudukan pemberontak Houthi di Yaman dan negara itu turut menubuhkan pakatan antikeganasan disertai 35 anggota gabungan bertujuan untuk memerangi keganasan di negara Islam.
 
Khamis lalu, sumber di Saudi memaklumkan negara anggota pakatan antikeganasan akan mengadakan pertemuan di negara itu pada bulan depan.
 
Sebelum ini, Riyadh memberitahu gabungan tersebut akan turut berkongsi maklumat risikan, memerangi ideologi ganas dan mengerah tentera jika perlu.
 
Rujukan;
  1. http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/tentera-dari-20-negara-berhimpun-di-arab-saudi-1.485663
  2. http://edition.cnn.com/2016/02/15/middleeast/saudi-arabia-military-exercises/
  3. https://twitter.com/WarfareWW

Friday, 13 June 2014

Kemaraan Mujahid Syam

Pertempuran sengit sedang berlaku di Iraq dan Syria dan beberapa wilayah penting Iraq telah jatuh di tangan pejuang Islam dibawah pasukan ISIL (Islamic State of Iraq and the Levant). Umat Islam berharap mereka benar-benar pejuang kebenaran yang dapat menegakkan Islam dan meninggikan kalimah Allah. Berikut ialah nasihat dari Amir Negara Islam Caucasus terhadap pasukan tersebut.

Nasihat Oleh Sheikh Abu Muhammad Al-Caucasian Amir Imarah Negara Islam Caucasus Kepada Mujahid Syam.




Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabatnya, dan kepada semua yang mengikuti jalannya hingga Hari Pembalasan.

Salam keatas kamu dan semoga mendapat rahmat Allah dan keredhaannya.

Wahai pejuang-pejuang Islam dan pendokong Islam.

Ini adalah nasihat kami yang ikhlas untuk Mujahidin Levant (Syam)

Nabi SAW menjelaskan dalam sabdanya: Agama ialah nasihat. Kami lalu bertanya, Nasihat kepada siapa, ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, Kepada Allah, kepada kitab-Nya (al-Quran), kepada rasul-Nya, kepada penguasa Muslimin dan kepada rakyat awam. (riwayat Muslim)

Mahasuci Allah dengan firmanNya;

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.


Dada kami terasa terbakar dengan apa yang kami dengar dari berbagai pihak tentang apa yang berlaku antara Mujahidin Syam, dan kami tidak mengetahui keadaan sebenarnya keatas apa yang berlaku dan kami tidak mempercayai semua perkara yang kami dengar.

Apabila jihad bermula di Syam, kami teramat gembir kerana, pertamanya, kami belajar syariah Islam di Syam, dan keduanya, kami belajar tentang hadith yang memberitahu tentang kelebihan Syam dan penduduknya, dan ketika berlakunya pertelingkahan(fitan), keimanan akan berada di Syam, dan malaikat Allah melebarkan sayapnya di atas negeri Syam, dan bumi terbaik ialah di bumi Syam, dan golongan yang mendapat kemenangan dalam peperangan akhir zaman adalah di Syam.

Kerana inilah kami menggalakan saudara-saudara kami untuk pergi ke Syam, dan memberikan kebenaran kepada mereka bila mereka meminta kebenaran kami; walaupun kami amat memerlukan mereka tetapi kami tidak dapat menahan keinginan mereka yang amat kuat.

Kami memberitahu mereka: Bila kami sampai ke Syam, kami tidak mahu kamu membentuk sebarang pasukan tentera yang bergelar "Imarah Islam Caucasus". Kami memberitahu mereka: Carilah kumpulan yang menjunjung hukum Syariat dan berjuang di bawah panji-panji tauhid dan hendaklah kamu sertai mereka dan taat setialah Amir mereka dan janganlah kami patuh atas perkara yang bertentangan dengan perintah Allah. Ini semua adalah demi perpaduan kumpulan Mujahidin dan untuk menghindari pertelingkahan, kerana kami telah mengalami pertelingkahan ini dan amat merasai kesukaran tersebut.

Dan kami amat memahami bahawa kemunculan berbagai-bagai kumpulan yang berjuang jihad di jalan Allah adalah tidak dibenarkan, kerana banyaknya kumpulan ini, Mujahidin akan kehilangan kekuatan kerana berlakunya pertelingkahan sesama mereka.

Pejuang Mujahidin mestilah berjuang di bawah satu bendera dan dibawah satu arahan untuk menjayakan satu tujuan - dan tujuan ini hanyalah untuk menjadikan kalimah Allah Yang Maha Agung sebagai kalimah yang paling tinggi. 

Wahai saudara kami seIslam, ketahuilah apabila berlakunya pertelingkahan, golongan yang selamat ialah yang berpegang kepada Sunnah Rasulullah s.a.w, berjuang sedaya-upaya hinggalah kebenaran itu menjadi jelas kepada kita. Setiap orang bertanggung jawab terhadap dirinya sendiri, tidak semua orang boleh muncul dihadapan kamera dan mengatakan apa saja yang dia dengar dan lihat, hatta sekalipun dia percaya terdapat kebaikan(maslahah) jika dia melakukan perkara tersebut.

Apabila kebenaran telah menjadi nyata, adalah wajib atas setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa saja yang berada dipihak yang benar dalam pertelingkahan tersebut, kerana pemberontak dan penjenayah tidak melakukan perbuatannya secara rambang, mengikut pendapat ulamak yang paling sahih.

Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan kepada kita dan menjelaskan bagaimana seorang Muslim patut bertindak jika adanya pertelingkahan. Rasulullah s.a.w bersabda:

Telah menceritakan kepadaku Abu Kamil Al Jahdari Fudhail bin Husain telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid telah menceritakan kepada kami Utsman Asy Syahham berkata: Aku pergi bersama Farqad As Sabakhi untuk menemui Muslim bin Abu Bakrah di kawasannya. Kami memasuki kediamannya lalu kami bertanya: Apakah kau mendengar ayahmu menceritakan suatu hadits tentang tentang fitnah? Ia menjawab: Ya, aku pernah mendengar Abu Bakrah menceritakan, ia berkata: Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Sesungguhnya akan terjadi fitnah-fitnah, ingat, setelah itu terjadi fitnah, orang duduk saat itu lebih baik dari pada yang berjalan dan yang berjalan saat itu lebih baik dari yang berlari kecil menujunya. Ingat, bila fitnah terjadi, barangsiapa memiliki unta, hendaklah menyusul dengan untanya, barangsiapa memiliki kambing, hendaklah menyusul dengan kambingnya dan barangsiapa memiliki tanah, hendaklah menyusul dengan tanahnya.” Seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, menurut Tuan bagaimana dengan orang yang tidak memiliki unta, kambing atau tanah? Beliau menjawab: “Ia berpegangan pada pedangnya lalu memukulkan bagian tajamnya ke batu (menumpulkan - pz) kemudian hendaklah menyelamatkan diri bila mampu. Ya Allah, apakah telah aku sampaikan, Ya Allah, apakah telah aku sampaikan, Ya Allah, apakah telah aku sampaikan?” seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, menurut Tuan bagaimana bila aku dipaksa hingga aku dibawa menuju salah satu dari kedua kubu atau salah satu dari dua kelompok lalu seseorang menebasku dengan pedangnya atau anak panah menimpaku lalu membunuhku? Beliau menjawab: “Ia datang membawa dosanya dan dosamu dan ia termasuk penghuni neraka.” 

Saya merayu kepada semua Mujahidin Syam secara umumnya, dan khususnya kepada Mujahidin Caucasus: Jangan sesekali, dibawah apa keadaanpun mencampuri pertelingkahan ini, takutlah kepada Allah dan janganlah kamu menumpahkan darah sesama Muslim, takutlah Allah dan janganlah kamu menceroboh kehormatan wanita Islam. Berhati-hatilah jangan kamu menjadi kalangan orang yang rugi, yang menanggung kerugian yang besar, menjadikan usaha mereka sia-sia didalam kehidupan dunia, padahal mereka menyangka mereka melakukan kebaikan.

Jadilah didalam kalangan orang yang menyebarkan kalimah Allah dan berjalan diatas jalan yang lurus dengan menjadikannya sebagai matlamat yang paling utama, inilah jihad yang diperintah oleh Allah, inilah tauhid yang mengeluarkan manusia dari mengabdikan selain dari Allah kepada mengabdikan kepada Allah semata-mata.

Wahai saudaraku Abu Bakr al-Baghdadi, wahai, saudaraku Abu Mohammed Al Jolani, aku bersaksi dengan Allah, kami mencintai kamu demi kerana Allah, dan kami berbangga dengan kamu, dan janganlah kamu menghampakan harapan kami. Ketahuilah pertelingkahan ini tidak akan berakhir hinggalah setiap dari kamu bertolak-ansur antara satu sama lain dan sama-sama duduk semeja untuk berunding dan mendengar dan patuh kepada keputusan arahan hukum Syariah.

Ya Allah, berikanlah pertolongan kepada Mujahidin di seluruh dunia.

Ya Allah, terimalah syuhada kami dan sembuhlah luka kami, satukanlah hati-hati kami dan jadikanlah kami bersatu dengan mengukuhkan saf-saf kami, dan jadikanlah bedilan kami sampai ke matlamatnya, kasihanilah kami, engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih.

Ya Allah, bebaskanlah kami dari penjara,

Ya Allah, jadikanlah kami bersama Mu, bukan menentang Mu. 

Ya Allah, hancurkanlah Yahudi, Amerika, Russia, Iran, Bashar al-Assad dan sesiapa sahaja yang menjadi kawan mereka dan yang membantu mereka dari kalangan penderhaka, penindas dan penjenayah.

Ya Allah, musnahkan mereka, sesungguhnya mereka tidak mempunyai kuasa atau Engkau.

Ya Allah, goncanglah tanah tempat mereka berpijak, Ya Allah, hancurkanlah mereka dan kacau-bilaukan kesatuan mereka, Ya Allah, jadikan tipudaya mereka punca kematian mereka sendiri, wahai Tuhan Semesta Alam.

Segala puji terhadap Allah, Tuhan Semesta Alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, seluruh keluarganya dan para sahabatnya.



Tuesday, 24 September 2013

NATO Sedia Hadapi Perang Konvensional Besaran


On the move: NATO needs both high-end forces and forces able to stabilise and reconstruc ( © SHAPE)



NATO sedang merancang mengadakan latihan perang konvensional skala besar di eropah bagi membuat persediaan untuk menghadapi perang konvensional. General bagi pakatan tersebut menafikan persiapan tersebut bukanlah bagi menghadapi kebimbangan ancaman pakatan Russia. Kemungkinan latihan tersebut turut disertai oleh pihak Turki yang turut terlibat dalam krisis di Syria.

Latihan perang yang dinamakan " Steadfast Jazz" itu akan diadakan di Latvia dan Poland pada 2 - 9 November dengan disertai seramai 6,000 pasukan dari 20 negara sekutu, mengikut sidang media NATO. Pakar analisa tentera mengatakan inilah latihan terbesar semenjak tahun 2006.

Pegawai pemerintah tentera NATO mengatakan pihak mereka perlu menggilapkan lagi kebolehan peperangan konvensional dan tahap persediaan bagi menghadapi ancaman taktikal yang lebih sukar. Jurucakap tersebut menambah lagi, ia adalah berkenaan menyingkirkan pasukan penceroboh dari wilayah negara anggota. Dalam sidang media NATO juga menyatakan bahawa latihan tersebut akan menguji NATO dari segi keupayaan ketangkasan tindak balas serangan udara, darat dan laut, begitu juga dengan Pasukan Gerak Khas. 

Walaupun dinafikan oleh pihak NATO latihan tersebut sebenarnya adalah bagi menghadapi pakatan Russia yang semakin menunjukkan ancamannya sejak berlakunya krisis Syria. Negara manakan lagi yang mampu menggugat NATO melainkan Russia. Ancaman Russia sentiasa menjadi perbincangan oleh pihak barat dengan membawa peristiwa perang singkat 2008 yang dipimpin oleh Federasi Russia dalam menyokong dua negara yang keluar dari Georgia. Selain dari Timur Tengah pihak barat yang diwakili NATO dan pihak Russia juga sedang berusaha mengembangkan pengaruh masing-masing di wilayah Eropah Timur.


Share on email
Brunssum, the Netherlands - NATO and partner nations will conduct Exercise Steadfast Jazz 2013 in Latvia and in Poland from 2 - 9 November 2013. The event will mark the culmination of a series of dynamic and demanding exercises designed to train and test troops and commanders from the NATO Response Force (NRF).
The Steadfast series of exercises are part of NATO's efforts to maintain connected and interoperable forces at a high-level of readiness. To date, 17 exercises have been held in the series, with elements hosted in 14 different countries. The goal is to make sure that NRF troops are ready to deal with any situation in any environment.
The event involves about 6,000 personnel from many Allied and partner nations. Around 3,000 headquarters personnel from Joint Force Command Brunssum and other headquarters will be involved in a command & control exercise on the Adazi Base near Riga, Latvia and at several other headquarters locations across the Alliance. In addition, multinational troops will participate in a live-fire exercise at Poland's Drawsko Pomorskie Training Area. Air, land, maritime, and special forces will also participate from several locations. At the conclusion of the exercise, the headquarters staff from Joint Force Command Brunssum will be officially certified to lead NATO joint operations in 2014.
"The purpose of the exercise is to train and test the NATO Response Force, a highly ready and technologically advanced multinational force made up of land, air, maritime and Special Forces components,” said General Hans-Lothar Domröse, the Commander of Joint Force Command Brunssum. "The live element of Exercise Steadfast Jazz will test the interoperability of the soldiers, sailors, airmen, and marines involved, while the fictional scenario will be equally challenging for those participating in the command and control aspects of the exercise,” he said.

Monday, 16 September 2013

Jet Turki Tembak Jatuh Helikopter Syria

A destroyed Russian-made helicopter that belonged to the Syrian army is seen at the
Minnigh military airport. (Photo: Reuters, Mahmoud Hassano)

ANKARA, TURKI - Wakil Perdana Menteri Turki mengatakan pesawat-pesawat tempur Turki telah menembak jatuh sebuah helikopter tentera Syria setelah menceroboh wilayah udara negara itu

"Sebuah helikopter MI-17 Syria telah ditembak jatuh diatas wilayah selatan Hatay setelah menceroboh sempadan dua kilometer ke wilayah udara Turki, Wakil Perdana Menteri Bulent Arinc mengatakan kepada wartawan, Isnin (16/9/2013).

Arinc mengatakan tidak ada maklumat tentang nasib awak helikopter karena helikopter tersebut kemudian jatuh di tanah Syria. Dia juga mencatat bahawa pertahanan udara Turki telah berulang kali memperingatkan helikopter Syria untuk meninggalkan wilayah udara Turki sebelum ditembak peluru berpandu.



Dua jet tempur F-16 Turki begegas di sepanjang perbatasan antara wilayah Hatay selatan negara itu dan Syria setelah amaran helikopter Mi - 17 itu mendekati wilayah udara Turki sesaat sebelum pukul 14:30, kata tentera dalam sebuah pernyataan menurut Reuters .

"Turki pasti tidak akan membiarkan pencerobohan sempadan ... Kami akan mempertahankan perbatasan kami dan keamanan rakyat kami sampai akhir," kata Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu kepada para wartawan di Paris.

"Tak seorang pun akan memiliki keberanian untuk melanggar perbatasan Turki dengan cara apapun lagi," katanya setelah pertemuan untuk membahas Syria dengan Menteri Luar Negeri AS John Kerry, Menteri Luar British William Hague dan rakannya dari Perancis Laurent Fabius.

Dia mengatakan dia akan memberikan perincian penembakan kepada Dewan Keamanan PBB dan perikatan NATO pada Isnin.


Turki, yang mengecam hebat Presiden Suriah Bashar Al-Assad, telah menganjurkan campurtangan tentera di Syria berikutan berbagai kebiadaban rejim Damaskus terhadap rakyatnya.

Negara ini berbatasan 900 - km dengan Syria dan melindungi seperempat dari 2 juta orang yang melarikan diri dari konflik Syria .

Setelah Syria menembak jatuh sebuah jet Turki pada tahun 2012 , Perdana Menteri Tayyip Erdogan mengatakan aturan keterlibatan tentera telah berubah dan bahawa setiap elemen Syria yang mendekati perbatasan akan dianggap ancaman dan diperlakukan sebagai sasaran tentera Reuters melaporkan.

Turki menjadi tempat enam bateri peluru berpandu Patriot NATO yang dimaksudkan untuk mempertahankan negara itu terhadap serangan apapun dari Syria. (voa-islam.com)

Monday, 2 September 2013

Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo - Bhg 2



Alhamdulillah, sebesar-besar kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan hidayah dan petunjukNya maka petunjukzaman masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk berkongsi pandangan dengan saudara se Islam dengan kisah dan peristiwa akhir zaman seperti terdapat dalam hadits-hadits Nabi s.a.w. Segala peristiwa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w walaupun sejak 1400 tahun dulu tapi ianya seolah-olah sedang diberitakan sendiri oleh baginda kerana segala peristiwa tersebut benar-benar terjadi dihadapan kita. Itulah antara hikmahnya hadits-hadits peristiwa akhir zaman.

Kesempatan ini petunjukzaman bawakan sekali lagi tentang artikel Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo yang telah disiarkan genap setahun lalu. Alhamdulillah dengan ilham yang dikurniakan oleh Allah s.w.t segala pandangan yang telah diberikan disini adalah bertepatan dengan pandangan ulamak-ulamak muktabar. Dalam video tersebut para-para Sheikh yang dimuliakan telah memberikan penjelasan tentang peperangan yang sedang hebat berlaku di Syria sekarang. Siapakah pejuang-pejuang yang terpilih? Siapakah bangsa Romawi yang dimaksudkan? Siapakah musuh yang dihadapi? Semuanya diberi penjelasan oleh Sheikh-Sheikh tersebut; Sheikh Nabil Al Iwadhi, Sheikh Mohd. Hasan, Sheikh Muhammad Arifi dan Dr. Thariq Suwaidan.

Begitu juga pandangan petunjukzaman berkenaan Menara Jam Mekah. Ketika Menara Jam Mekah masih lagi dalam pembinaan sekitar tahun 2011 petunjukzaman telah memberikan pandangan dari segi hadits, dengan data-data teknikal dan saintifik bahawa Menara Jam Mekah melengkapi petanda kiamat yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah kenyataan tersebut telah banyak diperkatakan dan dipersetujui oleh alim ulamak.

Walaupun demikian kita sebagai manusia tidak sunyi dari salah dan silap, semoga Allah mengampuni kami dari kesilapan-kesilapan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Wallahu a’lam bish-shawabi.

Thursday, 29 August 2013

Gendang Perang al-Malhamah al-Kubra Bermula

Apakah serangan yang akan di lancarkan oleh US bila-bila masa saja lagi merupakan petanda peperangan besar akhir zaman seperti yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dengan beberapa tanda. Terjadinya pertempuran dahsyat antara kaum muslimin melawan nasrani, dan akan terjadi sebelum munculnya imam Mahdi. Nabi s.a.w menamakannya al-malhamah al-kubra, yang padanya kaum muslimin akan menang, kemudian setelah itu mereka akan menuju Kostantinopel untuk merebutnya, kemudian setelah itu barulah muncul dajjal.

Dari Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan kehancuran bagi Yatsrib, kehancuran Yatsrib akan menyebabkan al-malhamah, dan al-malhamah merupakan pembebasan bagi Kostantinopel, pembebasan Kostantinopel merupakan tanda munculnya dajjal". (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi. Al-Albani menghasankan hadits ini dalam shahih Abu Dawud. Dalam sanad ini, hanya Abdurrahman ibn Tsabit, dari ayahnya, dari Makhul yang meriwayatkannya)

Dalam hadis tersebut antara tanda-tanda bermulanya peperangan al-malhamah al-kubra ialah berlakunya pembangunan di Baitul Maqdis dan kehancuran Yatsrib. Baitul Maqdis dimana terletaknya Masjid al-Aqsa sekarang ini berada di bawah pemerintahan Israel dan dikenali sebagai Jurusalem. Jurusalem sekarang ini merupakan ibu negara haram Israel dan sedang dibangunkan dengan pesat.

Pembangunan sekitar Baitul Maqdis (Jurusalem Tourism Developments)

Pada masa sebelum Islam berkembang, kota Madinah bernama Yatsrib, dikenal sebagai pusat perdagangan. Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW hijrah dari Mekkah, kota ini diganti namanya menjadi Madinah sebagai pusat perkembangan Islam sampai beliau wafat dan dimakamkan di sana. Selanjutnya kota ini menjadi pusat kekhalifahan sebagai penerus Nabi Muhammad. Kenapakah berlaku kehancuran di Madinah? Apakah kerana peperangan? Tetapi mengikut riwayat yang lain Madinah ketika itu berada dalam keadaan yang baik.


Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Mereka akan meninggalkan Madinah, padahal dipenuhi oleh kebaikan, ia tidak akan dikunjungi kecuali oleh binatang buas”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Kerja-kerja perobohan bangunan di Masjid Nabawi giat berjalan
Apakah kerja-kerja perobohan yang sedang giat dijalankan ini adalah tanda kehancuran yang dimaksudkan dalam hadits tersebut? Setakat ini mengikut lapuran pihak berkuasa Saudi sebanyak 2/3 bangunan sekitar Masjid Nabawi sudah diruntuhkan. Sebanyak 10 buah bangunan yang besar telah diruntuhkan sejak ia bermula Julai lalu. Antara bangunan yang diruntuhkan ialah bangunan Awkaf, Masjid al-Wiladah dan pasar al-Ansar.

Dalam artikel yang lalu Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo, saya berpandangan bahawa pada mulanya berlaku persepakatan antara pejuang Islam bersama Rom ( US dan Eropah) dalam menghadapi satu musuh, tetapi akhirnya persepakatan itu bertukar menjadi peperangan setelah berlaku perkhianatan di pihak Rom tersebut. Buat masa ini tentera US sedang melakukan persiapan rapi bagi melancarkan serangan keatas Syria diatas alasan serangan bom kimia yang telah dilakukan oleh rejim Syria.

Pesawat Pengebom Strategik B1
Mengikut sumber Debkafile serangan US itu akan bermula Jumaat malam, atau pada awal Sabtu ini, pada 30 - 31 Ogos. Persiapan giat dijalankan US di pengkalan udara tentera US di Al-Udeid di Qatar. Antaranya persiapan pesawat pengebom B-1B dan pesawat pejuang stealth F-22 Raptor. Begitu juga pihak Israel telah memanggil sebahagian besar tentera simpanannya termasuk persiapan roket, Tentera Udara dan senjata penangkis peluru berpandu. Senjata penangkis Anti-Missilie Arrow, Patriot dan Dome telah ditempatkan secara lebih meluas dari kebiasaan sebelum ini.Walau bagaimanapun menurut maklumat pegawai Israel mereka tidak menjangkakan serangan tentera Syria keatas mereka. 

Manakala di pihak Syria persiapan rapi juga diadakan dengan mengatur aset-aset penting kekubu selamat bagi mengelak dari serangan US. Mengikut Debkafile lagi, pasukan kereta kebal dan meriam ketumbukan ke-4 Syria dan division Pengawal Republik, yang telah melancarkan serangan senjata kimia juga telah dipindahkan kekubu selamat yang baru siap dibina tahun lepas.

Pasukan tentera Syria berpusat di Hom, Hama, Latakia dan Aleppo juga telah bersiap-sedia selepas mendapat maklumat dari perisikan Syria dan Russia bahawa mereka akan diserang pada bila-bila masa sahaja lagi.


Wednesday, 3 July 2013

Arab Saudi, UAE dan Syria Mengalukan Rampasan Kuasa Mesir

Negara-negara Arab menunjukkan persefahaman yang jarang-jarang dilakukan dalam tempoh terdekat ini apabila mereka bersatu mengalu-alukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang di pimpin Dr Morsi. Pemerintahan Dr Morsi menghadapi banyak kesukaran kerana menghadapi berbagai-bagai pengkhianatan dalam pentadbirannya dalam semua bidang terutamanya oleh badan kehakiman dan juga ekonomi.

Ucapan Tahniah Dari Negara Arab Terhadap Rampasan Kuasa

Raja Arab Saudi, Abdullah, antara pemimpin arab yang terawal mengucapkan tahniah atas rampasan kuasa tersebut. Dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat kesukaran dalam sejarah bangsa Mesir.

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang genting dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. 

"Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam. 

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan". 

Manakala Presiden Syria, Bashar al-Assad pula memuji penentangan terhadap pemimpin mereka, dan mengatakan rakyat Mesir telah menemui "penipuan" oleh Ikhwan Muslimin.

"Keadaan yang telah berlaku di Mesir merupakan kejatuhan kononnya politik Islam," Assad berkata dalam temuramah media kerajaan Al-Thawra.

Antara yang paling gembira juga, merupakan negara yang paling kuat menentang Ikhwanul Muslimin ialah UAE. UAE menyediakan pasukan keselamatan yang khusus untuk menangani gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah Lt General Dahi Khalfan Tamim. Inilah sandiwara negara arab yang menyatakan kononnya mereka berjuang untuk membebaskan Baitul Muqaddis padahal pada masa yang sama merekamengekang pengaruh gerakan Islam!

UAE mengalu-alukan rampasan kuasa di Mesir itu mengikut lapuran agensi berita rasmi kerajaan WAM dan memuji pasukan tentera Mesir.

"Yang Terutama Abdullah bin Zayed al-Nahayan, Menteri Luar UAE, mengatakan beliau yakin bahawa rakyat Mesir akan dapat menghadapi keadaan sukar yang di hadapi oleh Mesir sekarang ini," menurut lapuran dari WAM itu lagi.

Penyokong Morsi Berikrar Berjuang Hingga Syahid

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. 

Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. 



Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.



Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka. Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Amanat Terakhir Dr Morsi : 

Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa. 

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. 

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita. 

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

Bemulanya Penangkapan Besar-besaran Terhadap Pimpinan Islam

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Dua pemimpin kanan Ikhwan juga turut ditangkapa, iaitu Saad al-Katami, Ketua parti FJP - sayap politik Ikhwan, dan Rashad Bayoumi, merupakan timbalan kepada gerakan Ikhwan juga turut di tangkap.

Manakala mengikut lapuran akhbar Mesir Al-Ahram, sebanyak 300 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap anggota Ikhwan.

Saturday, 18 May 2013

Israel Bantah Bekalan Senjata Russia ke Syria


Israel memberi amaran bekalan senjata teknologi tinggi oleh Russia kepada negara Syria yang sedang berperang boleh jatuh ketangan pejuang yang boleh digunakan menyerang Israel.

Penghantaran senjata anti-kapal perang Yakhont ke Syria telah di kecam oleh Amerika Syarikat pada Jumaat lepas dan Israel juga bimbang terhadap hasrat Russia membekalkan peluru berpandu canggih S-300  bagi pertahanan udara ke Damsyik.

Israel menyatakan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam perang saudara di Syria tetapi baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Syria bagi memusnahkan senjata yang dibekalkan kepada kumpulan Lubnan Hezbollah.

Sistem peluru berpandu S-300 jika ditempatkan di Syria boleh menjangkau sejauh 200 km akan menimbulkan ancaman terhadap pesawat Tentera Udara Israel. Tetapi pihak Israel sangsi pihak Syria berupaya menguasai pengendalian sistem tersebut dalam masa singkat. Yiftah Shapir, ketua projek keseimbangan tentera untuk Kajian Keselamatan Israel di Tel Aviv, menyatakan "Dalam keadaan sekarang adalah meragukan pihak tentera Syria mampu mengerahkan tenaga kerja dan sumber kelengkapan untuk mengendalikan S-300. Shapir juga ragu Syria dapat menyediakan tapak kemudahan peralatan dalam jangka masa singkat untuk pengendalian S-300.

Mengikut lapuran dari Al Quds-Al Arabi yang berpusat di London, Kapal perang Russia telah tiba di perairan Syria beberapa hari lepas telah membawa bersama-samanya penasihat teknikal yang akan membantu kerajaan Syria dalam membuat persiapan menyusun kedudukan peluru berpandu yang termaju S-300 itu. Lapuran itu juga menyebut tindakan Moscow itu sebagai langkah pihak Barat yang telah melampaui had sempadan yang tiada tolak ansur.

Sumber;
http://www.reuters.com/article/2013/05/18/us-israel-syria-idUSBRE94H0BO20130518

Thursday, 16 May 2013

Ketumbukan Kapal Perang Pasifik Russia Memasuki Mediterranean

Kapal Pemusnah Laksamana Panteleyez



Satu angkatan kapal perang Russia dari Ketumbukan Pasifik telah memasuki perairan Mediterranean buat pertama kali dalam tempoh sedekad, menurut jurucakap angkatan laut tersebut.

"Pasukan khas ini telah berjaya merentasi Terusan Suez dan memasuki Mediterranean. Ini merupakan kali pertama dalam sedekad Ketumbukan Pasifik memasuki wilayah ini", menurut Capt. First Rank Roman Martov.

Kapal perang tersebut sedang menuju Cyprus dan dijadualkan berlabuh di Limasol.

Pasukan tersebut termasuk juga kapal pemusnah Laksamana Panteleyez, kapal perang amfibia Peresvet dan Laksamana Nevelskoi, kapal tangki dan kapal penyelamat yang bertolak dari dermaga Vladivostok pada 19 March lalu untuk bergabung dengan pasukan khas Mediterranean tersebut.

Buat masa ini ketumbukan tersebut terdiri dari kapal anti kapalselam Severomorsk, kapal frigate, kapal penyelamat, kapal tangki dari angkatan Utara dan Ketumbukan Baltic, tidak ketinggalan juga kapal pendarat kereta kebal Ropucha-II dari ketumbukan Black Sea.

sumber

http://en.rian.ru/military_news/20130516/181177002/Russian-Pacific-Fleet-Warships-Enter-Mediterranean.html

Thursday, 10 January 2013

Banjir Syria Adalah Petanda

Banjir Besar di Palestin
Bumi Syria merupakan salah satu tempat yang banyak kelebihannya. Syria merupakan sebahagian dari Syam yang meliputi Jordan dan Palestina (Greater Syria). http://en.wikipedia.org/wiki/Greater_Syria

Kelebihan Syria kerana ia merupakan bumi anbiya bermula sejak Nabi Adam lagi. Dimana anaknya Abiel dikebumikan, begitu juga Nabi Yahya a.s di semadikan dibumi Syria dimana makamnya terletak di dalam Masjid Umayyad di Damsyik. http://en.wikipedia.org/wiki/Umayyad_Mosque

Mengikut sejarah dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s. pernah menetap dalam satu masa di Aleppo, dan dipercayai menternak lembu susunya disini. Sebab itulah nama Aleppo dalam bahasa arab ialah Halab, bermaksud 'susu'.

Allah juga telah menunjukkan petanda ketika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di Mekah di mana keluarnya cahaya hingga menerangi ke Syria, yang terletak beratus kilometer jauhnya. Begitu juga apabila hampirnya saat hari pengadilan, Nabi Isa a.s. akan turun dari langit untuk menewaskan Dajjal; dimana tempat turunnya di Masjid Umayyad di ibukota Syria, Damsyik. Begitu juga Imam Mahdi yang memimpin umat Islam akhir zaman dengan keadilan akan menetap di Syria.

Bumi Syria merupakan tempat terpilih dan disinilah akan sentiasa terdapat wali Allah al-Abdal yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt. Para wali Abdal dari Syamlah yang akan membenarkan dan membaiah Imam Mahdi di hadapan Kaabah ketika beliau diburu oleh tentera Arab dari kabilah Kalb. Allah sentiasa memelihara bumi Syria dan memberikan kemenangan ke atas para walinya dari kalangan Abdal. Diantara tanda pertolongan Allah keatas wali Abdal ialah Allah menurunkan hujan yang melemahkan musuh-musuh Allah hingga menenggelamkan mereka. 

Diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. beliau berkata," Al-Abdal adalah dari Syam, dari kalangan mereka 40 lelaki. Apabila salah seorang dari mereka meninggal, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seseorang yang lain. Kerana merekalah, Allah menurunkan hujan, memberikan kemenangan terhadap musuhnya, dan dijauhkan bala dan azab dari penduduk Syam". (Musnad Ahmad, al-Mukhtara, ibn `Asakir, Hakim at-Tirmidhi, Fada`il as-Sham, al-Haythami, as-Sakhawi and as-Suyuti)

Berlaku kejadian banjir besar dan cuaca sejuk luar biasa yang sedang menimpa bumi Syam meliputi Palestine hinggalah ke Syria, di saat kekalutan peperangan melanda bumi tersebut, mengingatkan kita terhadap satu hadis yang diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. kemungkinan dekatnya pertolongan Allah terhadap penduduk Syria khususnya. Dimana dekatnya saat Allah akan menzahirkan pertolongan keatas pejuang-pejuang Islam ke atas musuh-musuhnya.

Banjir juga menenggelamkan penempatan pelarian Syria

Nu'aym ibn Hammad dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ali r.a. beliau berkata: "Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehinggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amit amit" (maut maut) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal." Hadis No 41 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad at-Tayyib ibn Gary dalam kitab al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi nukilan al-Hafidh Jalal ad-Din as-Suyuti [rahimahullah].

Rujukan;

Friday, 7 December 2012

US Dan Perancis Sedia Serang Syria

Perang 8 hari antara Israel dan Hamas gagal mencapai matlamatnya untuk menjadikan perang besar di Timur Tengah terutamanya untuk melibatkan Iran. Mengikut maklumat ketenteraan yang terbaru US sedang menempatkan ketumbukan angkatan tenteranya menuju ke Timur Tengah. Beribu tenteranya sedang dipersedia dengan kapal perang pengangkut, kapal perang amphibous dan jet-jet penyerang; melibatkan puluhan ribu tentera.  


Sumber terbaru dari Kementerian Pertahan Perancis menyatakan gabungan ketenteraan Barat - Arab sedang bersedia bila-bila masa sahaja untuk melakukan serangan yang akan dimulai oleh US kemudian akan disertai oleh Perancis, Britain, Turkey, Jordan, Arab Saudi, UAE dan Qatar. Maklumat tersebut juga  menyatakan kapal pengangkut US Eisenhower yang menempatkan 8 jet pengebom dan mempunyai 8,000 tentera telah tiba di sebelah pantai Syria, kemungkinan memulakan serangan melalui darat.

Inikah peristiwa permulaan perang akhir zaman seperti digambarkan dalam artikel yang lepas?



Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Hadis tersebut juga menjelaskan secara terperinci kawasan yang menjadi medan peperangan tersebut merupakan sebuah padang rumput yang berbukit yang terdapat di Syria. Kawasan berbukit yang subur tersebut sekarang ini merupakan kubu kuat bagi puak Alawite yang merupakan penyokong kuat bagi Assad (rujuk artikel CNN: Alawite mountains offer limited shelter to Assad). Persediaan bagi peperangan dipergunungan tersebut telah di adakan dengan rapi oleh pasukan tentera Perancis dan Britain di kawasan mempunyai mukabumi yang hampir sama di Albania, kawasan berbukit berdekatan pantai!

Alawite Mountain 

Puak Alawite Yang Menguasai Bukit Tersebut


Tuesday, 20 November 2012

Keluarnya al-Abdal Dari Syria

Rebel fighters retreat from the frontline with Syrian army troops in the town of Maarat al-Numan, on November 17, 2012.(AFP Photo / John Cantlie)
Rebel fighters retreat from the frontline with Syrian army troops in the town of Maarat al-Numan, on November 17, 2012.(AFP Photo / John Cantlie)




Berita dari Wall Street melapurkan bahawa pejuang-pejuang Islam di Aleppo yang mewakili 14 kumpulan pejuang Islam telah mengeluarkan kenyataan menolak pembentukan Syrian National Coalition (SNC) kerana ia sebagai alat kuasa barat. Mereka sebulat suara mengisytiharkan pembentukan kerajaan Islam berpandukan al-Quran dan Aleppo sebagai ibunegeri. Kumpulan pejuang yang tidak takut mati ini telah melakukan beberapa pengeboman besar-besaran di Aleppo.

Antara kenyataan mereka ialah; " Kami telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang adil dan menolak sebarang usaha dari pihak asing untuk membentuk pakatan atau majlis yang menguasai rakyat didalam Syria walau dari pihak mana sekalipun".

Kemunculan pejuang-pejuang Islam yang menentang kezaliman di Syam (Syria) dan juga adanya banyak kumpulan lain yang semata-mata inginkan kekuasaan terdapat didalam beberapa riwayat antaranya;

Diriwayatkan daripada Ali R.A beliau berkata: Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehiggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amt amt" (maut bagi penentangnya) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal. 

Semakin hari semakin jelas tentang tanda-tanda akhir zaman dimana banyaknya berlaku peperangan menjelang kedatangan Imam Mahdi. Antara tempat yang menyaksikan pertempuran yang hebat ialah negara Syria. Sebenarnya disinilah lahirnya pejuang-pejuang Islam yang terbaik yang akan berjuang bersama Imam Mahdi menentang Yahudi dan Dajjal. Rasulullah s.a.w telah membayangkan berlakunya fitnah huru-hara di Syria menyebabkan meluasnya kezaliman. Tetapi dikalangan mereka juga akan muncul wali ulama Abdal yang berjuang dan berbaiah dengan Imam Mahdi.

Dari Ummu Salamah, Ummul Mukminin r.a: bahwasanya Nabi s.a.w bersabda: “Akan terjadi perselisihan pada saat meninggalnya seorang Khalifah. Ketika itu ada seorang Quraisy penduduk Madinah yang kabur menuju Makkah, dia didatangi oleh penduduk Makkah dan mengeluarkannya hingga di Bai’at diantara rukun dan maqam dalam keadaan tidak suka. Lalu dikirim kepadanya suatu pasukan dari Syam, namun Allah tenggelamkan pasukan tersebut di al-Baida’(Padang pasir antara Mekah dan Madinah). Melihat kejadian seperti ini, dia didatangi oleh para ulama Syam dan ahli ibadah Irak, mereka langsung membai’atnya" Hadits Shahih riwayat Ibnu Hibban


Tuesday, 11 September 2012

Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo



Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)



Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.

Pakatan Salib Yang Dinaungi Knight Templer
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70.000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom ) adalah dari keturunan al-ees, putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera). 

Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain. Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah)

Tuesday, 31 July 2012

Peristiwa Sufyani Serang Makkah


Dalam satu lapuran yang bersumber dari Timur Tengah dan Eropah melapurkan bahawa Ketua Perisikan Saudi Putera Bandar bin Sultan di lapurkan telah dibunuh.

Lapuran oleh Voltaire Network di Paris melapurkan bahawa Bandar telah terbunuh dalam serangan bomb pada 26 Julai baru-baru ini. Dia dikatakan dibunuh oleh pasukan rahsia Syiria bagi membalas peranannya dalam pengeboman 18 Julai lalu yang membunuh empat pembantu kanan President Bashar al-Assad termasuk Menteri Pertahanan Dawoud Rajiha dan penolongnya Asser Shawkat.

Walau bagaimanapun, samada pihak Saudi atau Syiria tidak mengesahkan pembunuhan tersebut. Putera Bandar merupakan seorang yang rapat dengan Pentadbiran US dan menjadi duta Saudi ke US dari tahun 1983 hingga 2005. Dia dilantik sebagai ketua perisikan Saudi awal bulan ini dan dilapurkan memainkan peranan penting dalam pengeboman di Damsyik. 

Didalam hadis tentang peristiwa akhir zaman ketika hampir munculnya Imam Mahdi di beritakan tentera Sufyani akan melancarkan serangan untuk menakluk Mekkah. Dalam konflik Syria (Syam) hari ini kita nampak Al-Assad memenuhi ciri-ciri Sufyani yang amat kejam itu.

Riwayat dari sahabat mengatakan,

“Penguasa Madinah (Hijaz) mengirimkan tentera kepada al-Hasyimi (untuk melawannya) di Makkah. Tentera ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam iaitu as-Sufyani daripada keturunan Abu Sufyan bin Harb. Seterusnya as-Sufyani mengirimkan pasukan (tentera) ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka singgah di al-Baidak yang pada ketika itu kebetulan bulan purnama sedang mengambang. Kemudian ada seorang penyeru yang memerhatikan keadaan pasukan tersebut, lalu berkata, “Aduh! Celakalah kamu semua wahai penduduk Makkah kerana telah didatangi oleh pasukan (tentera) ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Namun, setelah datang, dia tidak melihat lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah! Mereka telah berangkat sebentar tadi” Lantas dia meneruskan perjalanannya. (Dalam perjalanannya) di sana dia menemui pasukan tentera tadi dalam keadaan terbenam separuh badan (ke dalam tanah). Dia berhasrat untuk menolong, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia mengetahui bahawa pasukan itu (sebenarnya) telah ditelan oleh bumi. Dia pun bergegas pulang ke Makkah untuk menyampaikan khabar tersebut. Mendengarkan berita ini, penduduk Makkah mengucapkan Alhamdulillah, kemudian mereka berkata, “Inilah dia tanda-tanda yang sangat-sangat kami tunggu (selama ini).” Lantas mereka segera pergi ke Syam.”

Abdullah bin Amru RA berkata,

“Apabila sepasukan tentera ditelan bumi di kawasan gurun, itulah tandanya akan muncul Al-Mahdi.”

Bacaan lanjut;

Belajar Quran