Showing posts with label Dahi Khalfan. Show all posts
Showing posts with label Dahi Khalfan. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

Arab Saudi, UAE dan Syria Mengalukan Rampasan Kuasa Mesir

Negara-negara Arab menunjukkan persefahaman yang jarang-jarang dilakukan dalam tempoh terdekat ini apabila mereka bersatu mengalu-alukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang di pimpin Dr Morsi. Pemerintahan Dr Morsi menghadapi banyak kesukaran kerana menghadapi berbagai-bagai pengkhianatan dalam pentadbirannya dalam semua bidang terutamanya oleh badan kehakiman dan juga ekonomi.

Ucapan Tahniah Dari Negara Arab Terhadap Rampasan Kuasa

Raja Arab Saudi, Abdullah, antara pemimpin arab yang terawal mengucapkan tahniah atas rampasan kuasa tersebut. Dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat kesukaran dalam sejarah bangsa Mesir.

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang genting dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. 

"Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam. 

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan". 

Manakala Presiden Syria, Bashar al-Assad pula memuji penentangan terhadap pemimpin mereka, dan mengatakan rakyat Mesir telah menemui "penipuan" oleh Ikhwan Muslimin.

"Keadaan yang telah berlaku di Mesir merupakan kejatuhan kononnya politik Islam," Assad berkata dalam temuramah media kerajaan Al-Thawra.

Antara yang paling gembira juga, merupakan negara yang paling kuat menentang Ikhwanul Muslimin ialah UAE. UAE menyediakan pasukan keselamatan yang khusus untuk menangani gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah Lt General Dahi Khalfan Tamim. Inilah sandiwara negara arab yang menyatakan kononnya mereka berjuang untuk membebaskan Baitul Muqaddis padahal pada masa yang sama merekamengekang pengaruh gerakan Islam!

UAE mengalu-alukan rampasan kuasa di Mesir itu mengikut lapuran agensi berita rasmi kerajaan WAM dan memuji pasukan tentera Mesir.

"Yang Terutama Abdullah bin Zayed al-Nahayan, Menteri Luar UAE, mengatakan beliau yakin bahawa rakyat Mesir akan dapat menghadapi keadaan sukar yang di hadapi oleh Mesir sekarang ini," menurut lapuran dari WAM itu lagi.

Penyokong Morsi Berikrar Berjuang Hingga Syahid

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. 

Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. 



Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.



Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka. Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Amanat Terakhir Dr Morsi : 

Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa. 

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. 

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita. 

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

Bemulanya Penangkapan Besar-besaran Terhadap Pimpinan Islam

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Dua pemimpin kanan Ikhwan juga turut ditangkapa, iaitu Saad al-Katami, Ketua parti FJP - sayap politik Ikhwan, dan Rashad Bayoumi, merupakan timbalan kepada gerakan Ikhwan juga turut di tangkap.

Manakala mengikut lapuran akhbar Mesir Al-Ahram, sebanyak 300 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap anggota Ikhwan.

Monday, 11 February 2013

Gerakan Anarki Berusaha Jatuhkan Islam Mesir

Kumpulan Black Bloc merupakan talibarut yahudi

Kumpulan Anarki yang dinamakan Black Bloc telah muncul di Mesir ketika ulangtahun Revolusi 25 Januari baru-baru ini. Kumpulan ini yang menganut berbagai-bagai fahaman dari fahaman anarchism, liberalism hinggalah fahaman komunis Trotskyist Marxism. Walaupun mereka mewakili berbagai-bagai fahaman tetapi tujuan mereka adalah sama iaitu menentang dengan apa jua sekalipun terhadap sistem pemerintahan Islam yang mereka sifatkan sebagai facist. 

Walaupun golongan ini tidak mewakili kehendak majoriti umat Islam Mesir yang mahhukan pemerintahan Islam dibawah Ikhwan Muslimin yang dipimpin oleh Presiden Mohammad Mursi  tetapi kumpulan penentang kufur ini telah diberikan publisiti meluas oleh media masa antarabangsa. Mereka melakukan kekacauan dibeberapa tempat dan termasuklah di Kaherah dan kumpulan ini jugalah yang membakar istana presiden.

Seorang penganalisis terkenal Mesir mengatakan bahawa agen Israel, Mossad, dan kumpulan misteri pemuda bertopeng (yang dikenali Black Bloc dan menampilkan diri sebagai pembela penentang pemerintahan Presiden Mohammad Mursi) dan Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan telah memainkan peranan utama dalam menggalakan rusuhan baru-baru ini di Mesir. Dahi Khalfan merupakan seorang yang amat membenci gerakan Ikhwan Muslimin dan sentiasa mengecamnya didalam laman twitter beliau.

"Yang disebut kumpulan Black Bloc, Mossad dan juga pasukan Dahi Khalfan, Ketua Polis Dubai, memainkan peranan yang berpengaruh dalam menciptakan kekacauan dan rusuhan di Kaherah (Cairo)," kata Ebrahim al-Darawi, direktor Pusat Study Cairo-Palestina pada hari Rabu (30/1/13).

Dia mengatakan bahwa kumpulan baru Black Bloc terbentuk mempengaruhi para pemuda Mesir untuk membangkitkan kekacauan dan mengadakan tindakan sabotaj dengan menjanjikan mereka peluang pekerjaan yang lebih baik.

Darawi menyebut sikap penentangan UEA pada sistem yang berkuasa di Mesir, dan berkata, "Pasukan Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan memainkan peranan utama dan berpengaruh dalam menjalankan pelaksanaan plot untuk menciptakan kekacauan dan rusuhan di Kaherah."

Dia mengingatkan bahwa penganjur kekacauan di Mesir itu kelak akan menlancarkan perang jalanan untuk menggulingkan pemerintahan Mursi dan mengangkat kembali saki baki penyokong Mubarak.

Israel menerusi rangkaian perisikannya Mossad akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan Presiden Muhammad Mursi kerana mereka merasa terancam dengan bantuan yang diberikan tanpa sekatan terhadap pejuang-pejuang Palestin di Gaza. Oleh itu sudah pasti pengganas Yahudi tidak berdiam diri dan mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi menjatuhkan Presiden Muhammad Mursi yang sedang menggubal undang-undang Syariah di Mesir. Syaitan Yahudi ini akan mengumpulkan puak kafir musyrik bagi menghadapi pasukan Islam tetapi Allah pasti akan menurunkan bantuanNya yang akan menghancurkan golongan kuffar tersebut.

"Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".(Al-Anfaal 8:48

Belajar Quran