Perang 8 hari antara Israel dan Hamas gagal mencapai matlamatnya untuk menjadikan perang besar di Timur Tengah terutamanya untuk melibatkan Iran. Mengikut maklumat ketenteraan yang terbaru US sedang menempatkan ketumbukan angkatan tenteranya menuju ke Timur Tengah. Beribu tenteranya sedang dipersedia dengan kapal perang pengangkut, kapal perang amphibous dan jet-jet penyerang; melibatkan puluhan ribu tentera.
Sumber terbaru dari Kementerian Pertahan Perancis menyatakan gabungan ketenteraan Barat - Arab sedang bersedia bila-bila masa sahaja untuk melakukan serangan yang akan dimulai oleh US kemudian akan disertai oleh Perancis, Britain, Turkey, Jordan, Arab Saudi, UAE dan Qatar. Maklumat tersebut juga menyatakan kapal pengangkut US Eisenhower yang menempatkan 8 jet pengebom dan mempunyai 8,000 tentera telah tiba di sebelah pantai Syria, kemungkinan memulakan serangan melalui darat.
Inikah peristiwa permulaan perang akhir zaman seperti digambarkan dalam artikel yang lepas?
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Hadis tersebut juga menjelaskan secara terperinci kawasan yang menjadi medan peperangan tersebut merupakan sebuah padang rumput yang berbukit yang terdapat di Syria. Kawasan berbukit yang subur tersebut sekarang ini merupakan kubu kuat bagi puak Alawite yang merupakan penyokong kuat bagi Assad (rujuk artikel CNN: Alawite mountains offer limited shelter to Assad). Persediaan bagi peperangan dipergunungan tersebut telah di adakan dengan rapi oleh pasukan tentera Perancis dan Britain di kawasan mempunyai mukabumi yang hampir sama di Albania, kawasan berbukit berdekatan pantai!
Alawite Mountain |
Puak Alawite Yang Menguasai Bukit Tersebut |
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMacamana Aku Nak Join Tentera Islam Nie. Semangat Tinggi Nie. Dapat Kah x? Jauh sgt nak pegi tu. Kalo dpt mmg nak pegi dgn admin skali. Nak tak?
Malayu Sarawak..legik cecapu dik nya lari...apo kehe....
ReplyDeleteTime us nak masuk bru nak ofer pegi.. . hahaha. lawak.. .
ReplyDeletePerancangan US dr thn lepas....lg....ka propa jugak nih....Namun PerancanganNya Maha Hebat...
ReplyDelete