Wednesday, 6 March 2013

Sultan Kiram Talibarut Amerika


1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang mempertahankan diri dan keluarga mereka dari serangan Amerika Syarikat di Bud Dahu' pada March 1906 akibat pengkhianatan Sultan Kiram II. Ashabul Kahfi ditidurkan dan bangkit semula dengan izin Allah setelah beberapa ratus tahun, namun Syuhada' Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya sehinggalah hari KEBANGKITAN.

Terdapatnya tangan-tangan ghaib yang didalangi oleh kuasa besar bagi mewujudkan Arab Spring di Malaysia Timur dan seterusnya merampas Sabah dari Malaysia. Serangan yang dilakukan oleh gerakan Kiram ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata, ia bukan sahaja untuk mengambil Sabah bahkan juga untuk menjatuhkan Sulu Darul Islam yang ditubuhkan pada 19 Mac 2009 yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muizzuddin II.

Berikut ialah petikan dari blog SSDI yang mendedahkan siapakah sebenarnya Sultan Kiram; 

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.


Rajah A2
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?
Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.



Inilah pengikut Sultan Bantilan II yang ditembak oleh Filipina "Peluru menjadi air" (air bomba). Biasanya kita mendengar pembunuhan gunakan senjata api kepada penentang Filipina, tapi pengikut Sultan Bantilan II yang walau pun dengan slogan "NYAH FILIPINA DARI SULU!! INI HAK TAUSUG DAN KESULTANAN SULU" namun Filipina tidak dapat berbuat apa-apa.

Monday, 4 March 2013

Kuasa Besar Sebalik Serangan di Sabah?


Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.

Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. 

Berbanding dengan Filipina yang hanya mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah 1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.

Seperti dilapurkan dalam akhbar antarabangsa, salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul Jr. menyatakan ingin mendapatkan bantuan kerajaan Amerika bagi menyelesaikan isu tuntutan Sabah untuk pihak mereka.

Satu kejadian yang berlaku di Laut Sulu apabila kapal perang Amerika, USS Guardian terkandas di terumbu karang Tubbuhata menimbulkan tanda-tanya. Kejadian tersebut berlaku pada 17hb Januari iaitu 24 hari sebelum serangan keatas Sabah oleh tentera Sulu pada 11hb Februari 2013. Adalah jelas seolah-olah kapal perang tersebut sengaja belayar terkeluar dari laluannya memandangkan kapal perang yang mempunyai peralatan termoden ini gagal mengelak terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef yang memang terkenal dengan terumbu karang ini. Walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh Tubbataha Reef Marine Ranger, komander USS Guardian dengan sengaja enggan berhenti dan mengelak untuk mematuhi amaran tersebut.

Jose Ma. Lorenzo Tan merupakan timbalan pengerusi WWF-Filipina, menyatakan dengan hairan dan tidak percaya;

“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”


Adalah jelas kapal perang tersebut melakukan operasi rahsia apabila pihak US langsung tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina atas kejadian tersebut, beliau terus mempersoalkan lagi;

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”


Tambahan pula pihak pengawal marin langsung tidak dibenarkan mendekati kapal tersebut, apabila kapal tersebut telah diisytiharkan berada dalam persediaan perang;


“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”


Paling menghairankan adalah kapal perang tersebut terus diistiharkan musnah dan dimusnahkan dan segala peralatannya di angkut keluar. Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika sebuah kapal perang dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang! Terdapat banyak kegiatan yang mungkin berselindung atas alasan menyelamat dan memunggah barang-barang yang mungkin dialihkan untuk aktiviti rahsia. Secara fakta juga kesemua anak kapal di pindahkan dan dikatakan dihantar ke pengkalan di Jepun yang berada amat jauh dari tempat kejadian padahal kalaulah betul dalam keadaan kecemasan sudah tentunya mereka didaratkan di Filipina yang lebih munasabah untuk dilakukan. Padahal Filipina adalah sekutu kuat Amerika di rantau ini.

Menurut kenyataan dari satu kumpulan Sulu yang lain yang menentang serang ini, gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, menyatakan gerakan bersenjata Kiram ini, ada pihak yang lebih besar memainkan peranan dibelakang mereka. Menurut lapuran dari SSDI lagi terdapat kehadiran lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram tersebut.

Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenali siapakah musuh sebenar mereka yang sentiasa melakukan perancangan bagi melemahkan dan menguasai umat Islam kini. Umat Islam perlu bersedia iaitu dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, kembali kepada perintah Allah dan Rasulnya seperti terkandung didalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Segala kebenaran telah terserlah satu persatu dan janji Allah & Rasulnya kemenangan hanyalah menjadi milik kepada orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Dajjal yang sedang memporak-porandakan dan mengelirukan umat Islam bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga telah mula menampakkan peranannya di sebelah sini pula. Disamping itu jangan lupa kita mengamalkan surah al-Kahfi dan menghayatinya supaya kita terlindung dari pancaroba ini.

  1. http://globalnation.inquirer.net/61807/us-navy-ship-stuck-in-tubbataha-why-there
  2. http://globalnation.inquirer.net/66491/salvage-team-removes-uss-guardians-bridge-deck
  3. http://www.emirates247.com/news/philippines/sulu-sultan-heirs-to-ask-us-help-on-sabah-2013-02-20-1.495749
  4. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/01/sulu-sultanate-eying-the-riches-of-sabah/
  5. http://tausug-global.blogspot.com/2013/02/siapakah-penceroboh-di-lahad-datu.html

Monday, 25 February 2013

Lagi Bukti Mukjizat Nabi Muhammad saw



Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Kemajuan didalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya. 

Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:

"والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى"

“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.” 

(HR. Muslim no. 287) 

Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara. 

Sesuai hadis ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra). 

Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.

Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.

Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km! 

Bagaimana mungkin seorang manusia di padang pasir Arab dapat dengan tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika tidak karena bantuan, pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta langit dan bumi dan seluruh alam ini! 

sumber;

Saturday, 16 February 2013

Cuba Turut Dihentam Meteor



Sehari selepas Russia dihentam meteor, kali ini Cuba pula dilapurkan menerima bencana tersebut. Mengikut satu lapuran dari rangkaian TV Cuba, satu objek kelihatan telah jatuh dari langit menimpa ke atas kawasan tengah Cuba pada malam Khamis lalu dan menjadi bebola api "lebih besar dari matahari" sebelum ia meletup, lapuran itu memetik dari beberapa saksi.

Sebahagian penduduk dalam wilayah tengah di Cienfuegos dipetik mengatakan pada sekitar pukul 8 p.m. waktu tempatan hari Khamis (0100 GMT Jumaat) mereka telah melihat satu cahaya yang terang di langit sebesar sebuah bas. 

Pakar-pakar Cuba telah berkejar ke kawasan tersebut untuk mencari saki baki dari meteor tersebut mengiku satu lapuran yang lain.

Tidak diketahui samada kejadian yang menimpa Cuba ini mempunyai kaitan dengan kejadian yang sama menimpa Russia yang menyebabkan berlakunya gelombang letupan yang memecahkan tingkap-tingkap rumah dan menyebabkan lebih 1000 orang mengalami kecederaan.

Astrophysicist Gianluca Masi, kurator sains di Planetarium of Rome dan merupakan ketua unit Virtual Telescope, telah mengenepikan kaitan antara kejadian di Russia dan Cuba, demikian juga antara kejadian tersebut dengan peristiwa laluan Asteroid 2012 DA14; " Berlakunya kejadian tersebut dalam jarak masa berlainan antara satu sama lain menghasilkan perbezaan ketara di angkasa - dimana kita tidak dapat bayangkan terdapatnya hubungan kuasa graviti terhadap jasad yang berada sangat jauh antara satu sama lain dan juga berukuran yang tidak begitu besar."

Sumber:

Friday, 15 February 2013

Meteor Hentam Russia







Moscow – Sebutir meteor yang memasuki ruang udara, menghujani kawasan Ural Mountains di Rusia, awal pagi Jumaat mengakibatkan beberapa letupan kuat.

Kira-kira 150 orang yang berada di kawasan sekitar dilaporkan tercedera.

Beberapa serpihan meteor berkenaan dikatakan jatuh di kawasan terpencil dekat wilayah Chelyabinsk. Tambah Kolesnikov, bumbung sebuah kilang zink sebesar 600 meter persegi, turut runtuh.Menurut jurucakap Menteri Dalam Negeri Rusia, Vadim Kolesnikov, 102 orang dilapor mendapatkan bantuan perubatan, kebanyakannya berpunca daripada kecederaan akibat terkena serpihan kaca kesan daripada letupan berkenaan.

Di ruang udara bandar Ural di Chelyabinsk, kelihatan kepulan asap kesan jatuhan meteor.

Bagaimanapun, terdapat percanggahan dalam beberapa laporan, apabila ada wakil kementerian yang mendakwa insiden melibatkan jatuhan sebutir meteor.

Manakala, satu lagi laporan menyebut ia adalah pancuran meteor. – Reuters
Sumber:

Monday, 11 February 2013

Gerakan Anarki Berusaha Jatuhkan Islam Mesir

Kumpulan Black Bloc merupakan talibarut yahudi

Kumpulan Anarki yang dinamakan Black Bloc telah muncul di Mesir ketika ulangtahun Revolusi 25 Januari baru-baru ini. Kumpulan ini yang menganut berbagai-bagai fahaman dari fahaman anarchism, liberalism hinggalah fahaman komunis Trotskyist Marxism. Walaupun mereka mewakili berbagai-bagai fahaman tetapi tujuan mereka adalah sama iaitu menentang dengan apa jua sekalipun terhadap sistem pemerintahan Islam yang mereka sifatkan sebagai facist. 

Walaupun golongan ini tidak mewakili kehendak majoriti umat Islam Mesir yang mahhukan pemerintahan Islam dibawah Ikhwan Muslimin yang dipimpin oleh Presiden Mohammad Mursi  tetapi kumpulan penentang kufur ini telah diberikan publisiti meluas oleh media masa antarabangsa. Mereka melakukan kekacauan dibeberapa tempat dan termasuklah di Kaherah dan kumpulan ini jugalah yang membakar istana presiden.

Seorang penganalisis terkenal Mesir mengatakan bahawa agen Israel, Mossad, dan kumpulan misteri pemuda bertopeng (yang dikenali Black Bloc dan menampilkan diri sebagai pembela penentang pemerintahan Presiden Mohammad Mursi) dan Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan telah memainkan peranan utama dalam menggalakan rusuhan baru-baru ini di Mesir. Dahi Khalfan merupakan seorang yang amat membenci gerakan Ikhwan Muslimin dan sentiasa mengecamnya didalam laman twitter beliau.

"Yang disebut kumpulan Black Bloc, Mossad dan juga pasukan Dahi Khalfan, Ketua Polis Dubai, memainkan peranan yang berpengaruh dalam menciptakan kekacauan dan rusuhan di Kaherah (Cairo)," kata Ebrahim al-Darawi, direktor Pusat Study Cairo-Palestina pada hari Rabu (30/1/13).

Dia mengatakan bahwa kumpulan baru Black Bloc terbentuk mempengaruhi para pemuda Mesir untuk membangkitkan kekacauan dan mengadakan tindakan sabotaj dengan menjanjikan mereka peluang pekerjaan yang lebih baik.

Darawi menyebut sikap penentangan UEA pada sistem yang berkuasa di Mesir, dan berkata, "Pasukan Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan memainkan peranan utama dan berpengaruh dalam menjalankan pelaksanaan plot untuk menciptakan kekacauan dan rusuhan di Kaherah."

Dia mengingatkan bahwa penganjur kekacauan di Mesir itu kelak akan menlancarkan perang jalanan untuk menggulingkan pemerintahan Mursi dan mengangkat kembali saki baki penyokong Mubarak.

Israel menerusi rangkaian perisikannya Mossad akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan Presiden Muhammad Mursi kerana mereka merasa terancam dengan bantuan yang diberikan tanpa sekatan terhadap pejuang-pejuang Palestin di Gaza. Oleh itu sudah pasti pengganas Yahudi tidak berdiam diri dan mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi menjatuhkan Presiden Muhammad Mursi yang sedang menggubal undang-undang Syariah di Mesir. Syaitan Yahudi ini akan mengumpulkan puak kafir musyrik bagi menghadapi pasukan Islam tetapi Allah pasti akan menurunkan bantuanNya yang akan menghancurkan golongan kuffar tersebut.

"Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".(Al-Anfaal 8:48) 

Belajar Quran