Laluan Ribut Tropika Sonamu |
Amaran dari Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberikan amaran tentang kemungkinan ribut tropika Sonamu melanda Pantai Timur Semenanjung iaitu Kelnatan, Terengganu dan Pahang. Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman FB telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m. Keadaan ini dijangka bermula hari ini berterusan hingga Jumaat. Berikut adalah butiran amaran tersebut:
Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.
Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.
"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.
"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :
اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...
Rujukan:
No comments:
Post a Comment