Wednesday, 12 March 2014

MH370 Mangsa Kuasa Besar Dunia?

Kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan ke Beijing masih lagi kekal sebagai misteri. Setakat ini berbagai-bagai komentar diberikan tetapi semuanya buntu kerana tidak ada satu penjelasan yang munasabah dapat diberikan. Penjelasan yang diberikan oleh semua pakar penerbangan dari segi pengendalian, kejuruteraan dan penerbangan juga tidak dapat menemui sebab yang dapat menjelaskan bagaimana pesawat itu ghaib secara tiba-tiba sehingga langsung tidak dapat dijejak.

Sebelum kita meneliti lebih lanjut, sekalung tahniah diucapkan terhadap Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) kerana tidak lalai menjalankan tugas menjaga negara walaupun tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai teknologi untuk mengatasinya. Kemungkinan besar pesawat tersebut dirampas melalui pesawat AWACS.  AWACS merupakan teknologi ketenteraaan yang dibangunkan untuk USAF oleh syarikat Boeing iaitu syarikat yang sama membina MH370. Peranan utama AWACS ialah menjalankan pengawasan udara, arahan, kawalan dan komunikasi sama ada untuk tujuan taktikal atau pertahanan. 

http://www.airforce-technology.com/projects/e3awacs/

Pesawat AWACS
Walaupun MH370 hilang dari radar awam tetapi ia masih dapat dikesan oleh radar tentera selama sejam. Pesawat malang itu masih lagi berada dalam jangkauan radar awam ketika ia tiba-tiba ghaib dan bukanlah kerana transponder dimatikan.

Persoalannya apakah yang menyebabkan pesawat tersebut hilang dari radar awam tapi masih lagi dapat dikesan oleh radar tentera? Ada yang menyatakan ia dirampas oleh hacker yang mengambil alih kawalan data yang dipancar oleh satelit oleh teknologi Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B) dan Aircraft Communications Addressing and Report System (ACARS). Ia boleh dikendalikan menggunakan hanya perisian ANDROID!


Tetapi manupulasi ini tidak dapat menghilangkan pesawat dari radar, ia cuma dapat merampas pengendalian pesawat. Sebagaimana kita diberitahu pesawat tersebut hilang dari semua radar awam tetapi masih lagi dikesan oleh satelit tentera membuktikan bahawa ia pasti dirampas melalui AWACS. Seperti kejadian 9-11 dimana pesawat AWACS berada dikawasan kejadian dikatakan memerhatikan kejadian ataupun boleh juga mengemudikan pesawat untuk melanggar Twin Towers. AWACS boleh menghentikan operasi radar sama ada awam atau tentera dengan membatalkan isyarat yang dikeluarkan oleh radar. Inilah yang berlaku ketika MH370 ghaib dalam radar pada ketinggian 29,500 ka.

Motif utama ialah pertelingkahan antara kuasa besar yang melibatkan teknologi ketenteraan yang paling maju akan dibangunkan China. Malaysia merupakan pusat elektronik termaju didunia, sebab itulah dua kilang elektronik terbesar didunia iaitu Freescale dan AMD berpusat di sini. Lebih daripada 20 orang pakar elektronik Freescale berada didalam pesawat tersebut dan dikatakan untuk menjalankan latihan selama sebulan di China. Latihan apakah yang diperlukan jika semuanya adalah pakar dan umur sudah melebihi 50 tahun, melainkan membangunkan sistem elektronik termaju yang diperlukan oleh China untuk dibangunkan di tempat strategik di China. Kepentingan paling utama ialah tentera kita perlu memastikan bahawa pihak kita dapat menemuinya walau dalam apa keadaan sekalipun untuk menjaga kedaulatan negara sebelum diperolehi oleh pihak-pihak lain demi kedaulatan negara!

Rujukan:
http://www.jimstonefreelance.com

Wednesday, 15 January 2014

Serigala, Tali Kasut dan Paha Bercakap


Berbicaranya Binatang Buas dan Benda Padat – Berbicaranya Ujung Cambuk – Berbicaranya Tali Sandal – Paha Seseorang mengabarkan tentang keadaan pemiliknya

Termasuk tanda kiamat yang dikabarkan Nabi adalah: akan berbicaranya Binatang buas, ujung cambuk, tali sandal dan paha seseorang.

Dari Abu Said al-Khudri r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak akan terjadi kiamat sehingga: binatang buas mengajak bicara manusia, dan sehingga: seseorang berbicara dengan ujung cambuknya, tali sendalnya, dan paha seseorang mengabarkan tentang apa yang terjadi dengan pemiliknya" [HR. Tirmidzi, dan dia berkata: Hadits hasan gharib. Hadits ini dishahihkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim].

"Binatang buas mengajak berbicara": yaitu sejenis Singa, Serigala dan seluruh haiwan pemangsa.

"Manusia": manusia secara umum, baik itu seorang mukmin ataupun kafir.

"Ujung cambuk": cambuk adalah sesuatu yang dipergunakan untuk mencambuk.

"Tali sandal": atau tali kasut adalah tali yang dipergunakan untuk mengikat kasut.

Segala perkara yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w pasti akan berlaku walaupun hal tersebut diluar pemikiran manusia pada zaman tersebut bahkan jika umat Islam kini tidak berusaha mengkaji untuk memahaminya nescaya kita juga menganggap ia adalah mustahil. Tetapi Nabi s.a.w adalah utusan Allah segala perkara yang dikhabarkan adalah benar maka menjadi tanggung jawab umat Islam untuk mendalaminya.

Serigala Bercakap

Mishka anjing serigala baka Siberian Husky menjadi terkenal apabila video You Tube nya menerima 59juta hit. Ini kerana ia mempunyai keistimewaan boleh bercakap seperti manusia. Ia mempunyai kebolehan untuk bercakap " I love you", "hello", "I'm hungry" dan mengatakan "no" apabila ditanya adakah dia bodoh. Ini menunjukkan fenomena akhir zaman sedang berlaku sebagaimana telah diberitahu Rasulullah s.a.w.


↵ Use original player
YouTube
← Replay
X
i


Satu penemuan tentang rancangan Hitler untuk menyediakan pasukan tentera serigala terlatih yang boleh bercakap, membaca dan menulis semasa WWII yang dinamakan rancangan "Wooffan SS". Ia baru terbongkar hasil kajian Dr. Jan Bondeson, seorang pensyarah kanan di Cardiff University. Seekor serigala dikatakan dapat menyebut "Mein Fuhrer" manakala seekor lagi dapat menyebut perkataan yang diguris dengan kukunya diatas kertas.

Tali Kasut Bercakap

Ada kalangan yang berpendapat ungkapan ini adalah merupakan kiasan terhadap alat komunikasi tetapi yang terjadi sekarang ini adalah benar-benar tali kasut bercakap!

Tali kasut berbicara
Nike merupakan pengeluar kasut terkenal didunia sedang memajukan teknologi kasut dan tali kasut yang dapat mengumpulkan data tentang segala aktiviti yang dilakukan oleh kaki bagi tujuan menanalisa dan mengoptimakan kebolehan seseorang atlit. Teknologi yang dipasang di tali kasut tersebut akan mengukur seperti berapakah tinggi lompatan yang dibuat, kelajuan larian, begitu juga dengan data kalori.

Maklumat tersebut akan dimuat turun dalam iPhone atau iPad bagi tujuan analisa. Ia ibarat pelatih peribadi yang memberikan tindak balas terhadap pemakainya bagi meningkatkan prestasi.

Paha Bercakap

Bagaimana pula dengan paha yang berbicara? Sedar tak sedar paha saudara sedang berbicara sekarang ini...bagaimana pula hal ini berlaku? Sebenarnya fenomena ini bukan lagi pelik dan sudah menjadi kebiasaan pada ketika ini. Paha kalau diterjemah terus ke English akan membawa makna thigh, tetapi ia lebih membawa maksud yang tidak boleh dipisahkan dengan paha iaitu riba. Satu alat teknologi yang tidak dapat dipisahkan dengan paha ialah laptop, yang dikenali juga dalam bahasa iaitu komputer riba. Bukankah dengan laptop kita memperolehi segala maklumat yang dapat menyambaikan tentang berbagai-bagai kejadian yang berlaku?

Paha berbicara
Rujukan

Monday, 16 December 2013

Petanda Salji Arab

Saudi men walk as their footprints are seen after a snowstorm in Alkan village,
west of Saudi Arabia December 13, 2013. (Reuters)
Sesuatu yang luarbiasa berlaku di Saudi apabila turunnya salji yang sangat lebat di Tabuk hingga padang pasir memutih diliputi salji. Tabuk merupakan tempat sejarah dimana berlakunya peperangan Tabuk yang terkenal di zaman Rasulullah s.a.w. Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan kawasan gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang jarang ditemui.

Dalam akhbar Alyaum, pemerintah kerajaan beraja Saudi Raja Abdullah menyuarakan simpatinya terhadap keadaan sejuk melampau yang dialami oleh penduduk didaerah tersebut. Manakala Gabenor wilayah Tabuk, Putera Fahd bin Sultan memberi jaminan akan menyediakan segala bantuan keperluan bagi menjamin keselamatan penduduk untuk menghadapi kesukaran cuaca sejuk melampau. Akhbar Al-Arabiya pula menyatakan suhu sejuk melampau yang mencengkam beberapa wilayah di Saudi mencecah -6 darjah celcius.

"Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI"
Apakah turunnya salji di tanah Arab ketika merupakan petanda berakhirnya kerajaan beraja sekarang dan akan diambil alih oleh tentera Al-Mahdi?

Perhatikan bagaimana keadaan cuaca ketika berlakunya peperangan yang di pimpin oleh Mahdi dalam keadaan bersalji, padahal tanah Arab berada dipadang pasir!

Dari Tsauban r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga orang anak Khalifah akan saling membunuh untuk memperebutkan harta kalian, namun kemudian tidak satupun dari ketiganya ada yang berhasil… kemudian muncul bendera-bendera hitam dari arah Timur, mereka menyerang kalian dengan pertempuran yang belum pernah terjadi sebelumnya". Tsauban berkata: kemudian Nabi s.a.w menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu beliau melanjutkan: "Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI" HR. Ibnu Majah

Berlaku perubahan waktu yang ketara semasa munculnya Dajjal yang juga merupakan petanda utama yang mengesahkankannya. Dimana pada ketika itu, hari pertamanya bagaikan setahun, hari kedua bagaikan sebulan. Sebahagian dari para sahabat ada bertanya kepada Nabi tentang panjangnya hari yang ada Dajjalnya tersebut: (Apakah cukup dalam satu hari yang panjang tersebut untuk melaksanakan shalat seperti hari biasanya?) Nabi s.a.w menjawab: "Tidak, akan tetapi perkirakanlah padanya waktu-waktu shalat".

Hadis tersebut disamping mengisahkan tentang waktu kedatangan Dajjal tetapi ia juga memberi alamat tentang bilakah waktu kedatangan tersebut. Pada waktu tersebut berlakunya perubahan cuaca yang amat ketara di bumi ini hingga bertukarnya masa sehari menjadi begitu panjang sehingga setahun dan beransur-ansur mengurang kepada sebulan seterusnya seminggu dan hinggalah kembali kepada waktu asal.

Rujukan
  1. http://www.alyaum.com/News/art/109617.html
  2. http://www.huffingtonpost.co.uk/2013/12/16/saudi-arabia-snow-funny-video_n_4452157.html
  3. http://www.alamattaqs.com/vb/showthread.php?t=8295#.UqyUlv3HBVY.twitter

Monday, 9 December 2013

Banjir: Pahang Perlu Ambil Iktibar


Banjir yang menimpa Pahang khususnya Kuantan pada kali ini mengikut kata penduduk adalah terburuk sejak tahun 1970. Setelah banjir nampaknya mula reda, ramai yang tertanya-tanya apakah petunjuk dari ujian yang Allah timpakan itu. Banyak kejadian bencana besar yang berlaku terdapat hikmah disebalik ujian tersebut seperti bencana tsunami di Aceh, walaupun banyak berlaku korban akhirnya umat Islam dapat mengambil iktibar hinggakan peperangan selama Islam yang berpanjangan akhirnya menemui jalan perdamaian.

Begitu juga dengan banjir di Pahang, kita berharap semua pihak dapat mengambil iktibar diatas ujian tersebut dan perlu kembali kepangkal jalan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Saya tertarik dengan satu artikel yang mendedahkan perancangan menjadikan Kuantan sebagai pusat penyembahan berhala sedunia sebagai mana Mekah menjadi pusat ibadah umat Islam.


Berikut adalah petikan artikel tersebut:

Satu pusat tumpuan Keagamaan ( kecuali Islam ) TERBESAR Di Dunia menggunakan konsep Pelancungan Spiritual

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium (Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.

Kawasan terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari, perlukan 3-5 hari ! Satu bandar tersendiri yang lengkap segalanya.

Dalam laman web rasmi projek tersebut dinyatakan projek tersebut mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.(http://www.enchant1mst.com/index.html)

1MST Presentation Slides - New - Eng


Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam sebagai agama rasmi, cadangan untuk menjadikan Kuantan sebagai pusat tumpuan agama lain walau atas alasan pelancungan bagi mendapatkan sumber ekonomi sekalipun tidak sepatutnya berlaku.

Apakah tidak cukup lagi sumber rezeki yang diberikan Allah di bumi Malaysia ini hingga kita sanggup menggadai prinsip dengan mencari kemurkaan Allah? Ingatlah bencana banjir ini hanyalah amaran bagi semua pihak bahawa Allah berhak menarik balik segala kurniaNya jika kita melampaui batas. Ingatlah Allah lah sahaja pemberi rezeki sebagai mana dikurniakan di Mekah walaupun tanah tandus gersang tetapi Allah memberikannya kekayaan melimpah ruah melalui kedatangan umat Islam dari segala penjuru dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Begitu juga dikeluarkan dibawah perut buminya minyak yang menjadi bahan komoditi paling bernilai.

Masih lagi belum terlambat bagi pihak berkuasa untuk menilai semula rancangan tersebut, segala rancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan hendaklah mengikut landasan syariat yang telah digariskan dalam Islam. Kita juga menyeru alim-ulamak dari berbagai pihak terutamanya yang berada dalam kerajaan supaya menyuarakan bantahan terhadap rancangan tersebut. Ingatlah banjir yang menimpa ini adalah amaran dari Allah supaya kita kembali ke landasan yang sebenar.



Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).(4:79)

Friday, 6 December 2013

Banjir Akhir Zaman


Sebuah masjid di Kuantan di lindungi Allah dari bencana banjir seperti di Aceh banyak masjid terselamat dari Tsunami
Banyak rumah tenggelam moga ia menjadi peringatan bagi umat Islam

Keadaan banjir yang melanda pantai timur semenanjung yang melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan banyak melibatkan kerugian harta-benda. Banjir yang melanda kali ini merupakan yang terburuk pernah di alami di negara ini kerana ia melibatkan kawasan yang luas. 

Antara tanda-tanda akhir zaman ialah turunnya hujan yang merosakkan rumah-rumah kediaman. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran akan banyaknya berlaku kejadian banjir dan hujan lebat yang memusnahkan pada akhir zaman.


Hujan yang menyebabkan rumah tidak dapat menahannya


Termasuk tanda kiamat yang telah dikabarkan Nabi s.a.w adalah akan turunnya hujan yang tidak dapat ditahan oleh rumah-rumah yang terbuat dari tanah dan batu, yang akan dapat bertahan darinya adalah kemah-kemah yang terbuat dari kulit unta.

Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga langit menurunkan suatu hujan yang tidak dapat ditahan oleh rumah di pedesaan, tidak ada yang dapat bertahan darinya kecuali rumah yang terbuat dari pepohonan"[1].


Turun hujan dari langit, namun tidak menumbuhkan tumbuhan sedikitpun


Termasuk tanda kiamat yang telah dikabarkan Nabi s.a.w adalah turunnya hujan dari langit, namun ia tidak menumbuhkan apapun, baik tanaman maupun buah-buahan.

Dari Anas r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga manusia dihujani oleh hujan yang umum, namun ia tidak menumbuhkan apapun di atas muka bumi"[2].

Tidak diragukan lagi bahwa ini terjadi karena ketidak adaan keberkatan di bumi, sebagaimana sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya yang dimaksud dengan kemarau bukan karena tidak ada hujan, akan tetapi kemarau itu apabila hujan turun namun ia tidak menumbuhkan apapun di atas muka bumi"[3]. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[1] HR. Ahmad, berkata al-Haitsami: perawinya para perawi as-shahih. Syaikh al-Arna'uth berkata: sanadnya shahih, sesuai dengan syarat Muslim. Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya. 

[2] HR. Ahmad dan Abu Ya'la. Berkata al-Haitsami dalam al-majma': seluruh perawinya tsiqat.

[3]  HR. Ahmad, berkata al-Haitsami: perawi hadits ini adalah perawi as-shahih. 

Friday, 29 November 2013

An-Naml Dalam Komputer




Pada masa lalu, manusia menyangka bahawa binatang apatah lagi serangga yang kecil hanyalah hidup berdasarkan gerakan rambang semata-mata bukan mempunyai peraturan yang sistematik.

Namun setelah dicapainya kemajuan dan perkembangan pengetahuan tentang dunia serangga, yang didasarkan pada ilmu fisiologi yang membahas fungsi setiap anggota tubuh yang dimilikinya, juga ilmu genetik, para saintis mendapatkan bahwa kehidupan serangga berjalan di atas dasar fungsi-fungsi tertentu—sesuai dengan sifat genetik yang mengatur perilakunya.

Salah satu jenis serangga yang menarik penelitian mereka adalah semut. Di mana jenis serangga ini memiliki sistem kehidupan yang tertib yang membatasi perilaku tiap-tiap anggota masyarakatnya. Untuk tempat tinggalnya, semut biasanya hidup secara berkelompok di suatu tempat tertentu. Di mana terkadang, sekelompok semut boleh memenuhi satu lembah yang luas sebagai tempat tinggal mereka. Didalam al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Naml (semut), tetapi umat Islam tidak membuat perhatian mendalam terhadap serangga tersebut yang sebenarnya mengandungi banyak pengajaran yang boleh diambil hingga menjadi jalan penyelasaian bagi masalah yang komplek.



File:Knapsack ants.svg
Knapsack problem: The ants prefer the smaller drop of honey over the more abundant, but less nutritious, sugar



















Hasil penelitian mendalam ahli sains terhadap semut mereka akhirnya dapat mencipta satu formulasi yang komplek bagi menyelesaikan masalah komputer yang dinamakan Ant Colony Optimization Algorithm (ACO). Algoritma semut diperkenalkan oleh Moyson dan Manderick dan secara meluas dikembangkan oleh Marco Dorigo, merupakan teknik probabilistik untuk menyelesaikan masalah komputasi dengan menemukan jalur terbaik melalui grafik. Algoritma ini terinspirasi oleh perilaku semut dalam menemukan jalur dari koloninya menuju makanan. 

Pada dunia nyata, semut berkeliling secara rawak, dan ketika menemukan makanan mereka kembali ke koloninya sambil memberikan tanda dengan jejak pheromone. Jika semut-semut lain menemukan jalur tersebut, mereka tidak akan bepergian dengan rawak lagi, melainkan akan mengikuti jejak tersebut, kembali dan menguatkannya jika pada akhirnya merekapun menemukan makanan.


Seiring waktu, bagaimanapun juga jejak pheromone akan menguap (tersejat) dan akan mengurangi kekuatan daya tarikannya. Lebih lama seekor semut pulang dan pergi melalui jalur tersebut, lebih lama jugalah pheromone menguap. Sebagai perbandingan, sebuah jalur yang pendek akan berbaris lebih cepat, dan dengan demikian kerapatan pheromone akan tetap tinggi karena terletak pada jalur secepat penguapannya. Penguapan pheromone juga mempunyai kelebihan untuk mencegah penumpuan pada penyelesaian secara optimal di kawasan terhad. Jika tidak ada penguapan sama sekali, jalur yang dipilih semut pertama akan cenderung menarik secara berlebihan terhadap semut-semut yang mengikutinya. Pada keadaan yang demikian, eksplorasi ruang penyelesaian akan terbatas.

Oleh karena itu, ketika seekor semut menemukan jalur yang baik (jalur yang pendek) dari koloni ke sumber makanan, semut lainnya akan mengikuti jalur tersebut, dan akhirnya semua semut akan mengikuti sebuah jalur tunggal. Idea algoritma koloni semut adalah untuk meniru perilaku ini melalui 'semut tiruan' berjalan sekitar grafik yang menunjukkan masalah yang harus diselesaikan.

Algoritma optimisasi koloni semut telah digunakan untuk menghasilkan penyelesaian yang menghampiri optimal pada masalah perjalanan penghantar bagi mencari laluan yang terbaik. Algoritma semut lebih menguntungkan daripada pendekatan penguatan tiruan (simulaten annealing) dan algoritma genetik saat grafik mungkin berubah secara dinamik; algoritma koloni semut dapat berjalan secara bertererusan dan menyesuaikan dengan perubahan secara waktu nyata (real time). Hal ini menarik dalam routing jaringan dan sistem pengangkutan bandar.

Berikut ialah senarai penyelesaian menggunakan kaedah Algoritma Semut;

Scheduling problem
  • Job-shop scheduling problem (JSP)
  • Open-shop scheduling problem (OSP)
  • Permutation flow shop problem (PFSP)
  • Single machine total tardiness problem (SMTTP)
  • Single machine total weighted tardiness problem (SMTWTP)
  • Resource-constrained project scheduling problem (RCPSP)
  • Group-shop scheduling problem (GSP)
  • Single-machine total tardiness problem with sequence dependent setup times (SMTTPDST)
  • Multistage Flowshop Scheduling Problem (MFSP) with sequence dependent setup/changeover times
Vehicle routing problem
  • Capacitated vehicle routing problem (CVRP)
  • Multi-depot vehicle routing problem (MDVRP)
  • Period vehicle routing problem (PVRP)
  • Split delivery vehicle routing problem (SDVRP)
  • Stochastic vehicle routing problem (SVRP)
  • Vehicle routing problem with pick-up and delivery (VRPPD)
  • Vehicle routing problem with time windows (VRPTW)
  • Time Dependent Vehicle Routing Problem with Time Windows (TDVRPTW)
  • Vehicle Routing Problem with Time Windows and Multiple Service Workers (VRPTWMS)
Assignment problem
  • Quadratic assignment problem (QAP)
  • Generalized assignment problem (GAP)
  • Frequency assignment problem (FAP)
  • Redundancy allocation problem (RAP)
Set problem
  • Set cover problem (SCP)
  • Partition problem (SPP)
  • Weight constrained graph tree partition problem (WCGTPP)
  • Arc-weighted l-cardinality tree problem (AWlCTP)
  • Multiple knapsack problem (MKP)
  • Maximum independent set problem (MIS)
Others
  • Classification
  • Connection-oriented network routing
  • Connectionless network routing
  • Data mining 
  • Discounted cash flows in project scheduling
  • Distributed Information Retrieval
  • Grid Workflow Scheduling Problem
  • Image processing
  • Intelligent testing system
  • System identification
  • Protein Folding
  • Power Electronic Circuit Design

Inilah mukjizat al-Quran di samping keindahan serta kecanggihan gaya bahasanya, adalah gagasan futuristiknya mengenai kebenaran ilmiah yang baru kemudian dapat dibuktikan oleh ilmu pengetahuan moden. Semakin maju perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, maka semakin terbuktilah kebenaran al-Quran. 

Al-Quran, secara menakjubkan telah membuka tabir rahsia kehidupan semut ini, sejak empat belas abad yang lalu. Hal itu kita dapatkan dalam firman Allah SWT di surah An-Naml ayat 18: "Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya. Sedangkan mereka tidak menyadari."

Dalam ayat di atas, kita mendapatkan bahwa al-Quran telah membicarakan tentang sistematika yang mengatur kehidupan semut yang berjalan sesuai dengan sistem yang telah disepakati di antara mereka. Termasuk tentang struktur tempat tinggal mereka yang dibangun dengan teknik aturan yang teliti, disesuaikan dengan lingkungan di mana mereka tinggal. Hal ini tercermin dalam firman Allah SWT: "udkhuluu masaakinakum". 

Demikianlah, semua apa yang dijelaskan di atas, merupakan bukti kebenaran bagi al-Quran sebagai wahyu Ilahi.

Rujukan:

Wednesday, 27 November 2013

Stadium Vagina di Qatar

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا و قَالَ ابْنُ رَافِعٍ

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلَيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ 

حَوْلَ ذِي الْخَلَصَةِ وَكَانَتْ صَنَمًا تَعْبُدُهَا دَوْسٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ بِتَبَالَةَ


Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum pinggul-pinggul kaum wanita suku Daus bergoyang di sekeliling Dzul Khalashah, yaitu sebuah berhala yang disembah suku Daus di Tabalah pada zaman jahiliyah. (Tabalah adalah nama daerah di Yaman)

Rasulullah s.a.w telah memberikan petanda tentang dekatnya kedatangan kiamat ialah ditandai dengan kembalinya kaum Arab kepada jahiliyah. Antara ritual terpenting jahiliyah ialah amalan berkaitan seks dan ajaran paganisme. 

Qatar dan UAE adalah antara negara arab yang hebat menjalani pemodenan tanpa menghiraukan batas-batas akhlak dan syariat yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Mereka memperolehi kebebasan jahiliyah dan meninggalkan amalan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka membawa kembali segala bentuk amalan jahiliyah yang telah dibersihkan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabien yang dimuliakan. Sebut saja apa kemewahan dikehendaki didunia ini semuanya tersedia di negara arab yang hebat membangun tersebut, termasuklah pusat hiburan yang terbesar, hotel-hotel paling mewah dan segala minuman arak yang paling mahal dan eksklusif, semuanya tersedia.



Qatar juga telah berjaya memenangi hak untuk menganjurkan bolasepak piala dunia 2022. Untuk tujuan tersebut Qatar telah melantik firma akitek paling terkemuka di dunia Zaha Hadid dan AECOM bagi merekabentuk stadium utama yang dinamakan Al-Wakrah Stadium. Tetapi yang paling mengejutkan apabila rekabentuknya menyerupai vagina kemaluan wanita. Sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh puak jahiliyah ini ialah kebebasan seks dan penyembahan kepada hawa-nafsu semata-mata. Jon Stewart seorang pengacara talk show telah mempersendakan stadium tersebut sebagai Stadium Vagina.


↵ Use original player
YouTube
← Replay
X
i

Belajar Quran