Oscar Ramiro Ortega-Hernandez penembak White House |
Seorang lelaki umur 21 tahun bernama Oscar Ramiro Ortega-Hernandez dari Idaho telah ditahan atas cubaan membunuh Obama atau pun pegawai-pegawainya. Ini berikutan tembakan yang dilepaskan olehnya tepat mengenai tingkap white house tetapi terhalang oleh cermin kalis peluru. Motif cubaan membunuh seperti yang dikemukakan kepada mahkamah adalah ganjil iaitu beliau mendakwa Obama adalah "anti christ" yang menimbulkan kebenciannya. Sumber mahkamah juga mengatakan mungkin lelaki itu mempunyai masalah mental. Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada mengemukakan sumber bahawa Obama adalah mungkin pengikut kumpulan rahsia Knights Templer.
Dakwaan terhadap beliau menimbulkan lebih persoalan kerana didapati beliau mempunyai tattoo yang mempunyai tulisan ISRAEL dikiri tengkuknya. Siapakah sebenarnya beliau? Apakah dia Mossad?
Tattoo ISRAEL jelas di tengkoknya |
Kebolehannya membuat tembakan dari dalam kereta pada waktu malam dan tepat mengenai tingkap white house membayangkan beliau seorang penembak professional dan bukannya seorang mempunyai masalah mental seperti yang dilapurkan polis.
Pihak berkuasa menjumpai didalam keretanya selaras senjata semi-automatik Romanian Cugir SA lengkap dengan teropong jauh. Senjata ini juga banyak digunakan oleh tentera US dalam perang Iraq. Sekali lagi persoalan bagaimana seorang yang mempunyai masalah mental mendapat senjata yang terkawal dan melepasi kawalan keselamatan untuk melancarkan serangan tersebut.
Tetapi mengikut sumber FSB bahawa serangan itu dilancarkan oleh anggota salah satu cartel dadah Mexico yang sedang bertarung merebut kuasa kerajaan mexico. Terdapat dua kumpulan cartel dadah Mexico yang sedang berperang setakat ini iaitu Sinaloa Cartel dan Los Zetas Cartel, yang telah mengorbankan lebih 40,000 nyawa. Tetapi kumpulan Sinaloa Cartel dilapurkan mendapat bantuan senjata dan immunity dari CIA bagi mengimbangi kumpulan Los Zetas Cartel yang mampu menumbangkan kerajaan Mexico. http://www.washingtontimes.com/news/2011/aug/11/was-cia-behind-operation-fast-and-furious/
Jadi persamaan yang saya cuba kaitkan dalam kononya cubaan bunuh Obama dan cubaan membunuh duta Saudi (yang didakwa US di rancang Iran) adalah melibatkan cartel dadah Mexico! http://www.miamiherald.com/2011/10/11/2449467_p2/us-says-iran-plot-to-kill-saudi.html
Apakah ini amaran CIA terhadap Obama supaya melancarkan perang terhadap Iran atau menerima nasib seperti John F. Kennedy?
Mungkin ini merupakan bunga-bunga awal pengambil alihan kuasa dunia dari US kepada Israel sebagaimana penulisan buku sheikh Imran Hosein "Jerusalam di dalam Al-Quran'.
ReplyDeleteSemoga Allah memberikan keselamatan kepada Sheikh Imran Hosein kerana melalui buku2nya dan pengajiannya ia membuka mata saya melihat dunia ini dengan pandangan yang jelas. Kita jangan meninggalkan 10 ayat surah al-Kahfi sperti amanat Rasulullah s.a.w supaya kita selamat dari fitnah Dajjal, insyaAllah.
ReplyDelete