Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah membentangkan budget untuk 2012 pada hari jumaat baru ini. Ramai memperkatakan budget kali ini merupakan gula-gula pilihanraya. Oleh kerana budget ini pasti memberi kesan kepada kita sebagai rakyat, petunjukzaman akan memaparkan aspek penting yang memberi impak secara langsung kepada kita. Satu perkara penting yang dipandang ringan oleh media arus perdana ialah budget defisit yang menjadi satu pola kebiasaan bagi Kerajaan BN yang boleh menjerumus kepada krisis hutang seperti terjadi kepada Greece. (Deficit targets missed in Greek budget draft- sources)
Keseluruhan budget melibatkan perbelanjaan sejumlah RM232.8 bil meningkat 9.4% dari tahun sebelumnya dengan jumlah pendapatan sebanyak RM186.9 bil. Ini merupakan tradisi budget defisit oleh kerajaan BN yang ke 15 berturut-turut semenjak tahun 1998. Defisit berdasarkan nilai GDP ialah sebanyak 4.7%. Ini juga menyebabkan perbelanjaan hutang meningkat secara mendadak dari RM12.8 bil pada tahun 2008 kepada RM20.5 bil pada tahun 2012, peningkatan hampir 60%!
Mengikut pakar ekonomi, pendapatan negara yang tidak sejajar dengan pertumbuhan ekonomi adalah membimbangkan jika berlakunya krisis ekonomi. Ekonomi dunia pada tahun hadapan dijangka merudum berdasarkan krisis kewangan eropah kini dan jika negara tidak bersedia untuk menghadapinya akibatnya adalah lebih hebat dari dari krisis 1998 yang lalu!
Prof Datuk Dr Mohamed Ariff, seorang pakar ekonomi dari INCEFF (International Centre for Education in Islamic Finance), mengatakan pendapatan hasil negara telah jatuh kepada 22% daripada GDP berbanding tahun lepas iaitu 32%. Jumlah hutang negara yang semakin meningkat jika tidak diatasi boleh menyebabkan keadaan ekonomi yang parah seperti dihadapi oleh kebanyakan negara lain. Katanya lagi, kedudukan fiskal negara adalah membimbangkan dan bermasalah. Kita telah berada dalam defisit semenjak krisis ekonomi 1998 dan sekarang ini kita telah tersenarai sebagai salah satu ekonomi dalam Asean yang berada dalam tempoh defisit paling lama!
Biasanya bagi mengatasi defisit, negara kita akan membuat pinjaman dari kerajaan Jepun atau US ataupun mengeluarkan bond/sukuk yang dijamin kerajaan. Pinjaman dari negara luar tersebut akan tertakluk kepada kadar faedah yang ditetapkan mereka dan bayaran akan dibuat dalam matawang mereka dan ini pasti melemahkan nilai ringgit, secara automatiknya mendorong kenaikan harga barang. Kalau dulunya harga sepasang kasut import adalah RM100, jika wang ringgit jatuh, harga sepasang kasut yang sama boleh menjadi RM150 dan begitulah juga untuk barang-barang lain.
Jika budget defisit diatasi dengan penjualan bond/sukuk, ia mungkin tidak menyebabkan inflasi jika ia mendapat sambutan dipasaran kewangan. Tetapi dalam kelembatan pasaran antarabangsa, bond seperti ini banyak dikeluarkan terutama oleh negara maju seperti UK dan US, meyebabkan terdapat banyak pilihan dalam pasaran dan mengurangkan permintaan produk kewangan negara membangun seperti Malaysia. Cara yang paling mudah bagi kerajaan bagi mengatasi defisit ini ialah mengenakan cukai GST terhadap rakyat walaupun tidak dinyatakan dalam tersebut tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan (sudah tentu selepas pilihanraya!) seperti telah dilaksanakan dalam caj ASTRO, Restoran rangkaian, jualan kenderaan, kad kredit dll.
mana yop kutip sumber artikel ni yop, Prof Datuk Dr Mohamed Ariff tu dia bercakap di mana, bercakap kepada siapa, majlis apa, bercakap dengan press ke apa ke... ish...ish...
ReplyDeletetokjanggut, disni sumbernya 'Govt revenue comes under the spotlight'
ReplyDeletehttp://www.btimes.com.my/articles/rup05cc-2/Article/