Thursday, 11 August 2011

Kesan Kejatuhan Ekonomi US



Riba dari segi bahasanya bermaksud tambahan, tumbuh dan menjadi tinggi. Riba adalah sistem ekonomi yang mengamalkan interest yang dikenakan keatas pinjaman dengan cara bertambahnya bayaran apabila bertambahnya masa hingga berganda-ganda. Begitu juga dalam penjanaan wang kertas (petunjukzaman telah menjelaskan dalam tulisan sebelum ini) terkandung unsur-unsur riba dalam amalan Fractional Reserve Banking system dan bahkan sistem matawang kertas itu sendiri dinamakan debt based money system. Riba adalah asas kepada kewangan kapitalis yang berjalan didalam negara sistem demokrasi.

Dalam ayat di atas Allah telah menjelaskan bahawa penjanaan harta berdasarkan riba tidak memberikan sebarang kebaikan dan sebaliknya adalah keburukan dan kemusnahan akan menimpa umat manusia yang menjalankannya. Keuntungan yang sebenarnya ialah apabila harta itu di tunaikan zakat dan di berikan sedekah kepada orang yang memerlukan. 

Dunia menghadapi penipuan yang paling besar oleh dajjal yang telah menguasai setiap urusan dunia moden ini, dari sistem pemerintahan hinggalah sistem ekonomi. Mereka menggunakan media elektronik bagi mengabui pandangan manusia seolah-olah sistem mereka adakan ini adalah lengkap dan terbaik padahal semuanya adalah tipudaya, untuk membolehkan golongan mereka menguasai dunia ini dengan cara menindas dan mengikat seluruh dunia bagi mengikut telunjuk mereka melalui organisasi seperti UN, IMF dan sebagainya.

Maha Suci Allah segala tipudaya mereka telah mula tersingkap. Ekonomi mereka cipta bagi mencipta kekayaan menggunung telah gagal, satu persatu syarikat besar mereka jatuh bengkrap dan tidak lama lagi negara US yang menjadi tunjang kepada operasi mereka akan tersungkur. Tipu daya dajjal hanya dapat di lihat dengan matahati, bacalah dan ambil iktibar dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir dalam surah al-Kahfi yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w bagi ummat akhir zaman memahaminya. Nabi Khidir telah memberi pengajaran yang hebat kepada Nabi Musa bahawa pendapat berdasarkan hanya pandangan mata adalah silap kerana ilham yang datang dari matahati itulah yang benar.

Apakah golongan dajjal ini akan membiarkan US yang menjadi tunjang gerakan mereka jatuh begitu saja? Sudah tentu tidak, mereka tidak akan berhenti begitu sahaja, mereka pastikan hanya golongan mereka sahaja akan selamat. Kekuatan US bergantung kepada Dollar, duit kertas semata-mata (kertas yang sama digunakan tisu tandas!) yang menjadi matawang perdagangan dunia iaitu sebenarnya mereka agihkan hutang dan dapatkan barangan bernilai dari negara-negara terlibat dan sudah tentu Malaysia tidak terkecuali. Apabila duit mereka merosot sudah tentu hasil dagangan negara kita turut merosot. Sebab itu bila dollar jatuh BSKL pun turut jatuh!

Kekuatan US bergantung Dollar, dan kekuatan Dollar bergantung kepada jualan minyak. US tidak menetapkan nilai Dollar kepada emas kerana minyak adalah lebih strategik bagi mereka. Tapi kenapa harga minyak di pasaran jatuh. Sepatutnya harga minyak tentu naik kerana inflasi dan kejatuhan nilai wang. Mereka secara sengaja membiarkan harga minyak jatuh kerana ini membolehkan mereka membeli minyak dipasaran  dan menggandakan simpanan strategik mereka untuk keperluan jangka masa panjang. Mereka sebenarnya merencanakan satu peperangan yang terhebat dan mengambil peluang tersebut untuk mengisytiharkan kedatangan maharaja (Dajjal) mereka yang ditunggu-tunggu di singgahsana Jurusalem!

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran